Monday, October 25, 2010

Apam Pisang

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Petang tadi saya buat apam pisang. Apam pisang ni sesuai di makan pagi, petang ataupun malam ketika menonton tv. Dulu pernah buat apam pisang, tapi resepi lain sikit, kali ni cuba resepi Ros dan saya C&P dari rumah Mas. Sebenarnya jiran saya ada beri pisang berangan semalam. Pisang ni banyak sangat, buat cucur pisang sudah, kek pisang pun sudah dan akhirnya jadilah apam pisang. Bila dah buat tu saya beri pula kepada jiran yg memberi tadi....alhamdulillah dapat sama2 merasa buah pisang dan kuih yg di buat daripada sumber pisang. Apam ni saya buat dua adunan sbb anak2 mmng suka kuih ni. Terima kasih kepada penyumbang resepi.



Bahan ( 10 biji acuan apam ) :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum ( dilecek)
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam
Cara :
  1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. Selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
  3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

8 comments:

  1. salam yatie..umah atie pon byk pisang gak..ari isnin aritu blk kg...blh cuba nih!copy resepi yer...

    ReplyDelete
  2. salam kak, wah...montok2nya apam pisang akak, terasa lagi kesedapan apam tu...lembut kan kak...seronoknya jadi jiran akak....bila lak kita nak berjiran kak..

    ReplyDelete
  3. Hello Yatie, very nice this apam pisang. I have never eaten it before.
    Would you mind if I copy this picture as well your previous nasi lemak and ayam kurma gambars?

    No need surat lawyer, or Royalty? Ha ha.
    Saya outang you dua teh tarek lambong tinggi, boleh?

    I will simpan the gambars bila saya naik angin buat blog posting about foods, will display yours, with credit to you of course.
    Boleh kan?
    Have a nice day, keep a song in your heart, Lee.

    ReplyDelete
  4. Atie= boleh je ...silakan...kalau bnyk pisang mmng berderet2 menu pisang....tapi sedapkan...

    Mas= wkmsalam, mmng best klau kita berjiran...akak yg untung sbb Mas rajin memasak....sambil dok bersembang sambil ngulur piring....leh gitew...wakakakkaa....

    ReplyDelete
  5. Uncle Lee= tak pernah mkn ke apam pisang ni....sedap dan lembut je tau....pasal gambar tu boleh je....asalkan kredit to Yatie ok...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumwbh kak yatie.....apa khabar? Seronok kak kat johor la ni? Moga Allah swt mudahkan urusan kakak.

    Sedap nampak apam pisang ni...sejuk or panas...menjadi je dlm mulut....kan2?

    ReplyDelete
  7. ayu suka mix ngan coklat...
    jadi la coklat apam pisang hahaha

    ReplyDelete
  8. salam yatie,gebunye apam pisang 2.akak pernah jge wat.tp xbrepe jd mgkn salah sukatannye.akak pakai agak2 je,maklumlh pisang msk bnyk mse2....

    ReplyDelete