Sunday, January 6, 2013

Gulai Nangka Berempah ...lagi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni cuti, so sempatlah masak menu yg memakan masa yg lama sikit ni. Maklumlah nak mengupas nangka yg bergetah ni, merebusnya dulu sebelum masak,mmng memerlukan masa yg lama sikit. Bila dah masak tu, makan tak ingat..sedap betul sayur kampung mcm ni,kena pulak di gandingkan dngn ikan goreng dan sambal belacan, mmng layan habisssss. Resepi ni mcm biasalah dari Che Mat Gebu yg mmng pakar memasak tu. Sebelum ni pernah juga masak spt diSINI dan di SINI. Jom semak resepinya lagi. Pada peminat sayur nangka tu, bolehlah mencubanya..



Bahan-Bahannya
  • 1 kg nangka muda yang siap dikupas
  • 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 700 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar
  • 1 labu bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1/2 inci belacan*
  • 5 biji cili merah*
  • 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Cara Memasaknya
  1. Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Biarkan sehingga ayam separuh masak. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
  4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!

Saturday, January 5, 2013

Bawal Masak Kicap Sempoi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas tapi menyelerakan. Sejak2 ni Hamka suka sangat kalau mamaNya masak ayam/ikan kicap. Berselera betul dia makan. Sebelum ni Hamka asyik suruh masak sup atau tomyam je, naik jemu mamaNya. Kali ni dah tukar selera pulak, hampir setiap hari disuruhnya mama masakan kicap. Saya pun tak kisah, lagipun masak kicaplah paling senang. Terpulanglah pada selera masing2 samaada nak pedas ke tidak. Dalam pada yg mudah tu, saya nak kongsikan jugalah resepinya kat sini buat rujukan anak2 di masa akan datang. Jomlah semak resepi mudah ni




Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 2 biji kentang -potong baji dan goreng sehingga masak
  • 1/2 cawan kicap pekat jalen
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawn air
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit dan garam utk goreng ikan
  • minyak masak utk menggoreng ikan dan menumis
  • 1 batang cili merah-di belah 2
  • 1 batang cili hijau- di belah 2
  • Daun sup/daun bawang utk hiasan
Bahan2 yg di mayang dan di tumis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang,2 biji buah pelaga
Cara-Cara
  1. Bersihkan ikan,cuci dan toskan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit...gorengkan hingga separuh masak.
  2. Setelah siap, gorengkan pula kentang yg dipotong baji sehingga masak dan ketepikan dulu.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg di mayang sehingga wangi.
  4. Masukkan air, kicap,sos tiram dan gaul lagi.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan bila mendidih masukkan ikan dan kentang yg di goreng tadi.
  6. Masukkan pula cili merah dan cili hijau yg di belah 2 tadi...gaul lagi .
  7. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Taburkan dngn daun sup dan daun bawang yg di hiris halus.

Friday, January 4, 2013

Serimuka Durian Gula Melaka/Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu pertama persekolahan mmng minggu yg sibuk. Masak tetap masak tapi malas nak tangkap gambar, ambil mana yg sempat je. Kuih serimuka durian gula melaka ni antara kuih yg sempat di buat. Sayang tngk durian kat petiais tu, jadi saya buatlah gara2 tergoda dan terliur tngk kuih yg Iza Akma buat. Bila Iza cakap sedap je, dah dpt bayangkan dan rasakan betapalah sedapnya. Bila dah buat  dan rasa kuih ni...ternyata mmng betul2 sedaplah, terasa lemak manis dan harum semerbak durian tu. Gandingan yg mantap bila pulut, gula melaka dan durian...rasanya seakan2 makan pulut tanak bersama serawa durian.

Menurut Iza, Chef Asma adalah pemilik asal resepi serimuka durian ni. Kalau resepi2 dari Chef Asma mmng menjadi punya dan semestinya sedap. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih2 tradisional yg di modenkan ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...




Bahan-Bahan (loyang 10x10inci)

Lapisan Bawah:
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 sudu teh garam
Lapisan Atas:

Bahan A:
  • 100 gm gula merah 
  • 200 gm gula melaka
  • 50 gm gula pasir
  • 500 ml air
  • 2 helaidaun pandan (disimpul)
Bahan B:
  • 150 gm tepung gandum
  • 250 ml santan pekat
  • 1 sudu teh garam
Bahan C:
  • 100 gm isi durian
  • 5 biji telur
Cara-cara:
  1. Untuk lapisan bawah, rendam beras pulut selama empat jam. Basuh dan toskan.
  2. Kemudian kukus beras pulut tadi bersama santan pekat, air dan garam selama 30 minit.
  3. Apabila sudah masak, pulut ditekan padat ke dalam loyang dan biarkan dalam kukusan sementara menyiapkan untuk lapisan atas.
  4. Untuk menyediakan lapisan atas pula, masak bahan A sehingga gula larut dan tapiskan.
  5. Kemudian satukan bahan B, kacau sehingga sebati dan campurkan bahan A. Tapiskan dan masukkan ke dalam periuk.
  6. Untuk bahan C pula, kisar isi durian bersama telur sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk. Didihkan sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk, tuangkan ke atas lapisan pulut tadi.
  7. Kukus selama 30 minit. 
** PETUA= Lenserkan loyang dngn sedikit minyak di sekelilingnya. Alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi. Masukkan pulut dan kukus sehingga masak dan seterusnya tuang adunan lapisan atas dan kukus sehingga masak. Angkat dan biarkan betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.

Related Posts with Thumbnails