Sunday, June 3, 2012

Black Magic Chocolate Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cuti2 ni asyik buat kek je, maklumlah tak ke mana2 tunggu je saudara mara datang rumah. Bila hari minggu ni mestilah ada menu kek, tapi buat kek yg ringkas dan semestinya sedaplah. Kali ni saya buat kek coklat yg mudah dan boleh tunjuk cara membuatnya pada adik masa datang rumah tempohari. Sambil makan dapatlah belajar buat sekali...mudahkan. Jom kita tngk resepi yg mudah ni, pasni bolehlah adik2 diluar sana mencubanya, tak perlu guna mixer segala..cuma godek2 pastu bakar..mudahkan. Terima kasih pada penyumbang resepi, juga buat Yat Maria, MamaSya dan Ayu. Kalau kawan2 rajin tu, bolehlah letak topping kat kek tu.


Ingredients:
  • 2 cups sugar
  • 1-3/4 cups all-purpose flour
  • 3/4 cup HERSHEY’S Cocoa
  • 2 teaspoons baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1 teaspoon salt
  • 2 eggs
  • 1 cup buttermilk or sour milk*
  • 1 cup strong black coffee OR 2 teaspoons powdered instant coffee plus 1 cup boiling water
  • 1/2 cup vegetable oil
  • 1 teaspoon vanilla extract
Directions:
  1. Heat oven to 350°F (180C). Grease and flour two 9-inch round baking pans or one 13×9x2-inch baking pan.
  2. Stir together sugar, flour, cocoa, baking soda, baking powder and salt in large bowl. Add eggs, buttermilk, coffee, oil and vanilla; beat on medium speed of mixer 2 minutes (batter will be thin). Pour batter evenly into prepared pans.
  3. Bake 30 to 35 minutes for round pans, 35 to 40 minutes for rectangular pan or until wooden pick inserted in center comes out clean. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely. Frost as desired. Yields 10 to 12 servings.
* To sour milk: Use 1 tablespoon white vinegar plus milk to equal 1 cup.

Saturday, June 2, 2012

Kari Ayam Gaya GOA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kari ayam gaya GOA yg saya masak semalam yg di makan bersama roti naan goreng. Resepi asal menggunakan ikan, kali ni saya tukar pada ayam pula...mmng sedap sangat. Walau tak menggunkan rempah kari, tapi masakkan ni sungguh sedap hingga menjilat jari. Terima kasih juga pada Mat Gebu yg mewar2kan resepi yg best ni. Jom kita semak bahan2nya, manalah tau berkenan dan terus nak cuba...


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam-potong 12, cuci bersih dan toskan
  • 4 biji kentang-potong 4
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
  • 500 ml santan (200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan jus asam jawa. Kacau perlahan dan masukkan santan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Friday, June 1, 2012

Roti Naan Goreng

Assalamualaikum dan Selamat petang semua. Hari ni masak kari ayam gaya GOA. Pelik ke nama tu? Sebenarnya resepi asal menggunakan ikan dan saya dah pernah mencubanya. Kari Ikan Gaya GOA resepi Chef Wan mmng sedap sangat. Walau tak menggunakan rempah kari, rasa kuahnya sedap sangat. Kali ni saya tukar pada ayam pulak, fuhhhh mmng sedap betullah. Lepas makan je dah terfikir nak buat minum petang. Saya pun buatlah Roti Naan Goreng yg mudah ni dan cepat di makan. Alhamdulillah mmng sedap sangat. Roti ni lebih sedap di makan panas2.Kali ni saya buat 1/2 adunan je sebab nak merasa dulu. Rasanya boleh buat lagi lenkali. Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 500 g tepung gandum/tepung roti
  • 2 sk baking powder-diayak
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml air
  • 3 sb susu manis
  • minyak masak untuk goreng terendam
Cara-cara
  1. Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
  2. Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
  3. Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
  4. Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
  5. Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
  6. Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
  7. Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
  8. Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.
Related Posts with Thumbnails