


Bahan-Bahan- loyang 10 inci
Lapisan Bawah
- 1 1/2 cwn tepung beras
- 1/2 cwn tepung jagung
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1 cwn gula
- 1 cwn jagung krim manis
- 3 1/2 cwn santan
- sedikit perwarna kuning
- sedikit garam
- Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
- Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
- Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
- Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
Bahan Utk Lapisan Atas
- 2 cwn santan pekat
- 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
- 1 cwn tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tpng ubi
- 2 biji telur
- 2 sudu besar gula pasir
- secubit garam
- Pewarna hijau/pandan
- Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
- Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
- Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
- Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.




