Saturday, January 15, 2011

Ayam Masak Asam

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan sentiasa ceria di petang sabtu ni. Hari ni anak2 cuti sklh, jadi saya masak lambat sikit...biasalah pagi2 dah sarapan mee goreng....mamanya masaklah lewat sikit. Dalam pada kelewatan di dapur, saya pun masak menu yg ringkas tetapi amat menyelerakan. Ini adalah hasil skodeng di dapur teman di S'pore iaitu Ayu yg mmng pakar memasak tu. Kalau singgah rumah Ayu, bnyk menu2 yg menambat selera dan tak sabar ingin mencubanya. Resepi asal dari Mrs-Noor@Myr dan saya kopipes dari Ayu. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni...



Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam-(Saya guna 1 ekor jadi bahan2 rempah digandakan)
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 biji bawang kecil
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • 10 biji cili api-dibelah 2 tapi tak putus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • sedikit air -saya tambah
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Ayam dipotong sederhana besar & goreng hingga kekuningan(jangan terlalu garing)(saya gaulkan dengan sedikit garam & kunyit).
  2. Tumbuk bahan bertanda* dan tumis bersama serai hingga kekuningan.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar, air asam & ayam(saya tambah air lagi sikit).
  4. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Masak hingga kuah agak pekat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, January 14, 2011

Kek Kukus Sandwich Lapis Jem

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Petang ni kita menjamu mata dengan Kek Kukus Sandwich Lapis Jem. Buat kek ni mudah je dan yg paling penting ianya lembut, moist dan sangat sedap. Anak2 saya suka sangat kek ni....kejap je dah licin, nampaknya lain kali kena buat lagi. Resepi asal adalah dari buku Chef Zubaidah dan saya kopipes dari Lyza(Nely's Kitchen). Kek asal menggunakan coklat emulco utk lorekkan di atas permukaan kek, tapi saya tukar pada strawberry emulco supaya rasanya sama dngn jem strawberry. Harap Lyza tak marah ya...terpulanglah pada selera masing2 ya. Terima kasih pada penyumbang resepi...mmng berbaloi but kek yg mudah dan sedap ni....izinkan akak kongsikan resepinya di sini pula ya.



Bahan-Bahan
  • 3 biji Telor B
  • 1 tsp Ovalet
  • 30 gm Air
  • 100 gm Gula Kastor
  • 100 gm Tepung naik sendiri
  • 20g m Susu Tepung (diayak)
  • 30 gm Minyak masak/minyak jagung
  • 1 tsp Coklat emulco-saya guna strawberry emulco
HIASAN
  • Jem secukupnya (saya gunakan jem strawberry)
Cara-Cara
  1. Panaskan air kukusan.
  2. Pukul Telor, gula dan ovalet sehingga putih dan pekat.(Speed laju).
  3. Masukkan tepung dan Susu tepung kedalam adunan dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan air dan gaul lagi.
  4. Akhir sekali masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati juga.
  5. Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan Coklat emulco (untuk lorek atas adunan kek).
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan 9" x 9" x 3" segi empat yang telah dialaskan dengan kertas minyak dan paipkan adunan Coklat sepanjang kek dan tarik lorekkan dgn lidi untuk membuat marbel.
  7. Tutupkan acuan dengan aluminum foil.
  8. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana sehingga masak.
  9. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Keluarkan kek dari acuan dan sapukan Jem (bahagian yang tak berlorek).
  10. Potongkan 2 bahagian dan tindihkan keatas kek.

Thursday, January 13, 2011

Spiral Sausage Bun

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Hari ni saya bf sosej bun lagi....anak2 mmng suka kalau buat roti mcm ni...bolehlah di bawa utk bekalan sekolah. Saya buat malam tadi...jadi pagi ni senanglah dah ada sarapan, takyah susah2 bersilat kat dapur pagi2. Resepi saya guna dari resepi sosej blossom bun....mmng sedap dan lembut je, cuma kali ni saya tukar bentuknya saja. Terpulang pada citarasa masing2lah ya. Resepinya boleh juga lihat di SINI ya..




Bahan-bahan
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar)
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
Related Posts with Thumbnails