Friday, September 3, 2010

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Rasanya ramai yg dah mula buat kuih raya. Bagi saya, kalau buat kuih raya ni, kena buat malam....sbb anak2 nak membantu dan tak sabar menjadi tukang rasa. Kalau buat siang tu...sian pulak diaorang...kecur je di buatnya. Oklah, hari ni n3 pasal lauk asam pedas. Kalau masak asam pedas ni...memang kegemaran kami sekeluarga. Kali ni saya masak asam pedas ikan pari. Lama dah tak makan ikan pari ni. Sejak balik Msia, inilah ikan yg menjadi pujaan hatiku. Makan bertambah2...jom lihat resepi yg ringkas tetapi sedap.


Bahan-Bahan

* 2 ekor ikan pari yg sedang2 je (di kerat2..)
* 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
* 1/2 cawan jus asam jawa
* 3 cwn air atau lebih sikit
* 5 tangkai daun kesum
* Garam dan gula secukup rasa
* minyak utk menumis

Bahan di kisar

* 1 cwn lada kering kisar (20 btng)
* 8 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit

Cara-Caranya
  1. Cuci ikan dan toskan. Sementara itu blend bahan2 kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Tambah garam dan sedikit gula, tuang air dlm 1 cawan, dan kacau rata, biar mendidih.
  4. Masukkan ikan dan jus asam jawa serta air selebihnya.
  5. Bila mendidih, masukkan tomato dan rasa kuahnya dan tambah garam jika perlu.
  6. Masukkan daun kesum dan gaul sebati. Jika rasa dah ok, bolehlah matikan api dan hidangkan.

Thursday, September 2, 2010

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam saya buat biskut badam rangup resepi dari Mat Gebu. Mulanya ternampak di rumah Ika dan ada juga di rumah Maz. Sempena perasmian oven baru, resepi dari Mat Gebu menjadi pilihan utama. Sebenarnya banyak resepi biskut dari kawan2 lain yg sememangnya sedap2 belaka, tapi biasalah resepi dari CMG memang tak mengecewakan. Biskut ni sedap dan rangup. Saya memang suka kalau biskut ada badam...sedap sangat. Kalau kawan2 nak tahu rasanya.....bolehlah mencubanya. Mat, izinkan akak letak resepinya di sini pula ya...terima kasih banyak2.


Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Wednesday, September 1, 2010

Kuih Bakar Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Harap anda semua sihat dan ceria selalu di samping menjalani ibadah puasa di bulan yg mulia ini. Bagi saya serta keluarga, alhamdulillah sihat walafiat. Lama rasanya tak berblogging....rindu pada kawan2 semua. Terima kasih pada yg masih setia dan sudi singgah ke blog Sinar Kehidupanku. Kehadiran kawan2 semua, amat2 saya hargai. Sebenarnya di bulan Ramadhan ni, saya menyediakan juadah seperti biasa....tetapi di sebabkan kesibukkan yg teramat sangat, menjadikan aktiviti berblog terpaksa di rehatkan sementara. Oklah, inilah kuih bakar labu yg saya buat utk berbuka puasa. Rasanya dah tak ingat menu berbuka puasa yg keberapa, tapi baru inilah saya berkesempatan utk n3 resepi terkini. Pada pengemar labu tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ini.




BAHAN-BAHAN

3 biji telur
3 cwn santan (sederhana pekat)
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
    Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.

  2. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
    Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi.

  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
Related Posts with Thumbnails