Monday, December 23, 2013

Serimuka Kacang Merah Sinar

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya minggu ni adalah minggu yg sangat sibuk bagi ibu2 menyediakan kelengkapan sekolah bagi anak2 yg akan mulakan persekolahan tak lama lagi. Walauapapun, berbelanjalah dngn berhemah ya, amalkan sikap berjimat cermat. Mana yg boleh guna lagi tu, tak payahlah beli. Kalau buku2 tu mmng kena belilah. Kalau kasut dan beg masih elok tu, tunggulah pertengahan tahun baru beli. Tak semestinya tahun baru kita mesti beli kelengkapan serba baru kan. Masa ni pandai2lah ibu bapa menangani situasi ini supaya anak2 memahami.Perlu di ingatkan kwn2 di luar sana yg kurang bernasib baik. Apa yg penting pesan pd anak2, niat kita kesekolah...

Ok, takmo citer panjang....hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi serimuka yg sangat sedap. Kebetulan kat rumah ni suka makan pulut, jadi saya pun pelbagaikan lah kuih yg berasaskan pulut. Serimuka Kacang Merah Sinar di beri nama....sesedap rasa seindah namanya...leh gitewww. Pada peminat kuih serimuka, bolehlah cuba resepi ni....mmng sedap sangat. Lebih2 lagi bila tergigit kcng merah yg ada kat pulut tu...perghhhh...lagilah bertambah sedap.





Bahan2 Lapisan Bawah:-

  • 500 gm beras pulut
  • 200 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/2 cawan kacang merah yg telah di rebus-toskan (saya guna yg dlm tin je, toskan)
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 20 minit.
  4. Apabila pulut masak, masukkan kacang merah dan gaulkan rata. Kukus lagi selama 10 minit.
  5. Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". Ketepikan dulu.
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/4 cwn tepung beras
  • 1 cawan kacang merah yg telah di rebus (saya guna  yg dlm tin je)
  • 300 gm gula pasir
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air (ambil 250ml air ni utk kisar kcng merah)
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil pewarna merah
Cara caranya :
  1. Kisar kacang merah bersama 250 ml air (ambil air dari jumlah yg 500ml tu)
  2. Bancuh semua tepung bersama santan pekat, telur, garam dan air. Blend semua lagi mudah.
  3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul rata.
  4. Masak sehingga naik wap dlm 5 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah/pulut tadi.
  5. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna trio steamer, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
  6. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.
**Jangan keliru dngn jumlah air 500ml tu ya. Nak mudah lagi campur kesemua bahan dan kisar sekali dngn kacang merah tu. Masak hingga naik wap dan tuangkan atas lapisan bawah dan kukus. Mudah kan....

**Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.Sekiranya ada sedikit kuih melekat di pisau, lapkan saja pisau tu guna tisu dan bolehlah ptng lagi. Jika melekat lagi lap lagi pisau tu dan seterusnya..ini bagi menjadikan setiap potongan kuih tu cantik dan kemas, maksudnya tak comotlah..

6 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Yatie...ish ish sama lah kita..pun suka kuih muih berasaskan pulut ni...Nampak gayanya bertambah lagi koleksi talam pulut kali ni

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum kak yatie...
    canteknya kue tu kak... ^_^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yatie...aduh..duh...duh...respect & admire betul lah hasil kerja yatie kalau bab kuih talam ni. Cantik sangat & kemas potongannya. InsyaAllah...teringin nak cuba buat nanti. T/kasih sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
  4. Salam kenal..suka dtg blog yatie..respinya pelbagai dan mendorong sya tuk mncuba buat famili tersayang

    ReplyDelete
  5. saya suka sgt kuih ne dah buat pun memang sedap

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails