Tuesday, November 29, 2011

Nasi Serai Dan Ayam Masak Kuzi

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi serai dan di makan bersama ayam masak kuzi. Masakan ni simple tapi sungguh menyelerakan. Anak2 suruh masak nasi ayam lagi, tapi saje je beri kelainan asalkan nasi2 yg berperisa...taklah asyik makan nasi putih je. Resepi asal adalah dari K.Nor dan saya ubah sikit ikut kesesuaian citarasa sendiri. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi. Pada kawan2 yg nak cuba kelainan masak nasi tu, bolehlah cuba resepi ni...pasti keluarga anda menggemarinya.



Bahan-bahan

  • 4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit)
  • 6 cawan air
  • 1 labu bawang besar ~ didadu kecil
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg kayu manis
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 btg serai ~ dititik/ketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • garam
  • 3 sudu besar minyak sapi ~ saya guna windmill
Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
  8. Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.

14 comments:

  1. Hi Yatie, Dua2 menu ni KC tak penah cuba lagi. Thnks for sharing ye Yatie.

    ReplyDelete
  2. as-salam kak yatie
    nampak cantik nasi serai ni..kenalah dgn ayam masak kuzi tu kak..berselera tgk..

    ReplyDelete
  3. sedapnya tgk menu akak ni....memang menyelerakan. sukalah anak-anak akak time cuti sekolah ni kan maknya rajin masak mkn sedapx2 pula:)

    ReplyDelete
  4. salam Yatie..dah berbau nasi serai nie hingga ke perak la :)

    ReplyDelete
  5. kita tukar menu hari ni ya yatie..sedap betul nampak kuzi ayam tu..akak pun terliur.sama lah kita.hehe

    ReplyDelete
  6. salam akak...sedapnyer hidangan....ada respi ayam masak kuzi tu??

    ReplyDelete
  7. Salam yatie apa kbr?
    Sedap nye menu kali ni.. insyaallah akan ani cuba nanti..

    ReplyDelete
  8. Assalam yatie, sedapnya nasi serai tuu..
    mesti bau serai yang wangi..kena pulak dgn ayam kuzi..aduh duh..kecur dah ni..

    ReplyDelete
  9. Kak yatie,nmpak sedap sgt,igt da resepi ayam kuzi tadi kak,nak juga amik resepi,hihi.Owh akak pon da wat bingka suji eks,mmg sedap kan kak..Cuma nx time sy nak krngkan butter,kalo guna santan fresh,sbb agk berminyak cikit..

    ReplyDelete
  10. gerenti dapur dan rumah berbau wangi serai masa masak nasi ni kan yatie.. tq yatie sudi cuba ya.. dan k.nor pun sangat suka hati sbb yatie share resipi ayam kuzi. dah lama k.nor plan nak buat, rempah dah ada tp tak terbuat lg.. k.nor salin resipi ya.. tq :)

    ReplyDelete
  11. laaaaaaaaa.. masyaallah.. lepas komen baru perasan tak letak lg resipi ayam kuzi tu ya.. hehehehhe

    ReplyDelete
  12. restoren nasi serai ada di jb tapi saya belum gi lagi. kalu senang2 tu jenguk2 la yer blog tentang tempat2 makan di JB di www.blogmakanbest.blogspot.com dan jadi follower yer TQ TQ TQ maklum la blog baru nih sunyi skit hehe

    ReplyDelete
  13. nasi serai sama ke dgn nasi beringin.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails