Monday, May 9, 2011

Kuih Lopes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap makan kuih lopes, kena pula bila air gulanya di sejukkan...waduh sedap betullah. Biasanya masa bulan puasa je saya kerap makan kuih lopes ni, mak selalunya belikan kuih kegemaran saya ni dari kawan mak yg mmng pakar membuat kuih lopes ni. Terasa lembut je lopes yg di bungkus daun pisang tu. Kali ni saya buat kuih lopes sendiri. Tak payah tunggu bulan puasa baru nak makan kuih lopes ni...bila teringin je, boleh buat sendiri...mmng sedap, tapi buat cara yg mudah dan cepat jelah. Resepi kuih lopes ni saya ambil dari tulip77@myresepi. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk Air Gula
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan, di simpul
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan

14 comments:

  1. lama dah mas tak buat kuih lopes ni...
    sedapppnya...

    ReplyDelete
  2. oh tidakkkkk.. apsal ada je yg tayang kuih lopes nie.. terliur laa.. nk sgt makan tp malasnyer nk buat.. tolong2... huhu..

    ReplyDelete
  3. salam Yat,

    akak baru je beli bahan2 utk wat kuih lopez ni ptg tadi. Ingatkan esok nak mencuba lopez masak dlm daun pisang..kebetulan tgk blog yat ada lopes versi yang akak minat ni...kalau jadi wat esok akak entry dlm blog insyaallah...

    ReplyDelete
  4. sedapnyer.. tun x penah wat lg kuih ni. bila blk kg kt KB je jumpa nih. kg kt ganu susah nk cari.

    ReplyDelete
  5. kuih peberet ni..ada lagik tak..kalau yatie yang buat,dah tau dah mesti sedap ni

    ReplyDelete
  6. my fav kuih ni tp mmg beli time bln pose je...best leh try wat sndiri :)

    ReplyDelete
  7. salam kak..sodapnyer.kalau say beli biasa simpan peti dulu air gula..pas dfah sejuk baru mkn..heeh..**beli tu**..

    Mas : lama tak buat? aku tak pernah buat tau..

    ReplyDelete
  8. k.nor pun suka sgt dgn kuih lopes ni.. nak buat tu .. haishhh terlebih rajin :)

    ReplyDelete
  9. Salam K.Yatie..
    Saya pn ade buat gak kuih lopes ni... http://syarasin.blogspot.com/2011/04/kuih-lopes.html . saya guna RICE COOKER je nk masak pulut...sng sggt berbanding guna kukus..

    ReplyDelete
  10. salam...suka kuih ini - hanya beli sekali sekala...boleh cuba buat ni...tk resepi

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum Kak Yatie..

    Uih.. tergodanya tengok ini kuih... Lebih tergoda tengok air gula yg pekat warnanya ituwww...

    ReplyDelete
  12. akak yatie.... nie ler fav diana.. dah lama x makan dah... sbb x jumpa yg berkenan d hati kat bandar tu... nak buat sendiri x reti ler plak.. ha' nie dah ada resipi nie.. nnt nak try buat... tq akak

    ReplyDelete
  13. Kak Yatie,

    Saya dah cuba lopes ni semalam , mmg menjadi walaupon tak penah buat sebelum ni...Tq ya!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails