Sunday, July 4, 2010

Pulut Seri Warna

Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya. Dah bersarapan ke belum? Rasanya ramai yg sarapan sedap2 pagi ni. Saya buat kuih pulut seri warna malam tadi. Anak2 saya suka sangat kuih lapis dan saya suka kuih serimuka...jadi saya satukan jadilah resepi kuih pulut seri warna. Pada mulanya nak buat kuih serimuka pelangi...tapi ramai yg asyik bertanya, kenapa tak cukup 7 warna kuih pelangi saya. Jadi saya pun letaklah tajuk yg bersesuaian dngn kuih ni. Resepi ni saya campur je resepi kuih serimuka dan kuih lapis....alhamdulillah memang menjadi dan sedap. Kalau kawan2 nak rasa...bolehlah mencubanya.



Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
  3. Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
  8. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  9. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  10. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

11 comments:

  1. cantiknya kuih pulut seri warna,berseri2 warnanya,pandai la akak buat,insyaAllah, nanti mas nak buat juga la....rasa seketul boleh kak..

    ReplyDelete
  2. sedapnya.... lapar pulak pagi2.. anyway jom tukar link nak, saya dah letak ur link

    http://sharinginfoz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. memnag berseri2 pulut akak tu...guna santan tin ke freash kak? E-na guna santan tin macam berminyak laaaa..apsal ek?

    ReplyDelete
  4. salam yatie. cantik talam tu.. tentu rasanya pun ummphh...

    ReplyDelete
  5. ummpp tak kisah la atie namanye.. yg ptg rase dan rupenyue...mmg cantik 100% akak cop ..lulus persatuan masak memasak dunia blog kita..

    ReplyDelete
  6. salam..wah ni memang pakar kuih tradisi ni..cantik sungguh.Pasti sedap ni:)

    ReplyDelete
  7. Mas=> anak2 suka makan kuih yg berwarna warni, tu yg akak rajin melapis tu..mmng sedap kuih ni...cubalah...

    Sharinginfoz=> terima kasih sudi singgah dan letak link..nnti saya singgah ya..

    ReplyDelete
  8. E-na=> terima kasih...akak guna santan dlm tin je...mungkin E-na punya brand lain kot...akak punya setakat ni ok...

    Kak Pah=> wkmsalam, terima kasih kak...mmng sedap kuih ni....cubalah..

    ReplyDelete
  9. Kak Ilah JY=> wkmsalam, mmng sedap kuih ni....terima kasih kak lulus dan sokong yatie...hi3...selalu sangat kalau kita buat kuih ada nama pelangi, orng dok cakap warna pelangi 7....mana warna yg lain...tu yg malas tu...kita suka2 je..

    Cik Manggis=> wkmsalam, takdelah pakar kuih tradisi....yatie suka dan minat buat kuih2 mcm ni...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. nak try gak lah nanti.. tapi selalu kalau buat kuih talam-talam nie kurang menjadi, terlembik ler terkeras ler..ada jer...

    ReplyDelete
  11. Jamie=> yakin diri...mesti jadi punya...cubalah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails