Friday, February 12, 2010

Opor Sotong

Hai bertemu kembali. Hari ni sebenarnya saya masak ringkas je. Saya masak lauk sotong dan ianya memang kegemaran kami sekeluarga. Saya masak opor sotong. Sebenarnya saya pergi rumah kawan hari tu, saya berkenan dengan resepinya. Jadi saya pun cubalah dan ternyata memang sedap sekali. Saya tambah sikit2 apa yang kena dengan selera sendiri. Ok mari kita lihat resepinya.



Bahan-bahan
1 kg sotong> di cuci, rebus sekejap dan toskan
2 sb serbuk besar ketumbar
2 sb jintan manis
4 ulas bawang putih> di kisar
1 biji bawang besar> di kisar
1 inci kunyit hidup> di kisar
1 inci halia>di kisar
15 tangkai cili kering(5 sb cili kisar)
1 inci lengkuas> di titik
1 batang serai> di titik
1 cwn santan
2 helai daun limau purut
2 sudu kerisik
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
  3. Masukkan lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut, masak hingga wangi.
  4. Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
  5. Biarkan pekat dan akhir sekali masukkan sotong.
  6. Gaul sebati dan matikan api. Bolehlah di hidangkan.

2 comments:

  1. salam yatie. k.ita tgh 'cuti' memasak sbb esok nk balik kg hubby, BIL bertunang. cuma memasak kek & kuih2 utk dibawa balik esok. engagement on monday tp mlm tu juga balik sini sbb selasa hubby kena kerja... errr...sbb x masak lauk, nk mintak sotong tu dlm 6 ekor ke, sekor sorang...hehehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak ita, setakat 6 ekor tu boleh je...tapi takpe, akak punya pasal yatie bagi lebihlah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails