Thursday, July 25, 2013

Baked Macaroni - Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa semalam baked macaroni. Lama tak masak menu omputih, sesekali teringin jugalah nak makan pasta/macaroni. Kali ni buat ala melayu iaitu perisa kari. Memang sedap terasa seakan murtabak pun iye juga. Terima kasih pada penyumbang resepi. Saya kopipes dari Rohah dan kwn2 juga boleh lihat di blog Sheila. Jomlah semak resepinya, kalau teringin nak merasa tu, bolehlah cuba...mmng sedap.




Bahan-bahan:
  • Macaroni 2 cawan / 16oz | direbus hingga lembut dan toskan
  • 500 daging kisar (ayam kisar pun boleh)
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • (semua bahan bertanda * ditumbuk)
  • Minyak untuk menumis
  • 1 tin susu cair + 3/4 tin air
  • Sedikit daun sup/ daun bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • 4 biji telur | dipukul
  • Garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)
  • Sedikit gula (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
Cara:
  1. Tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  2. Masukkkan susu cair, air, sedikit bawang goreng dan masak sekejap.
  3. Masukkan macaroni dalam bekas dan tuangkan bahan yang telah dimasak tadi, gaul hingga rata.Boleh tambah cheddar cheese yang telah diparut sekali kalau suka.
  4. Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yang telah dipukul. (Tak perlu gaul, tuang rata2 ke atas macaroni).Boleh tabur cheese lagi jika suka.Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Bergantung pada saiz bekas dan tahap kelembapan.
  6. Boleh juga letak mushroom, capsicum dan tomato yang dipotong dadu, kalau suka.

Wednesday, July 24, 2013

Puding Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah teringin nak buat puding milo lapis oreo ni. Ingatkan susah, rupanya mudah je. Puding ni saya buat dlm pkl 4 ptng semalam, masa buka puasa dah boleh makan daaaaa. Nyaman je lalu kat tekak, sedap di makan sejuk. Kali ni saya betul2 teruja nak buat bila Ayu Citarasa Rinduan post kat FB mengatakan Dato Siti Nurhaliza buat puding ni. Saya pun jadi tak sabar nak buat dan merasa puding ni...mmng sedap sangat. Ramai kawan2 dah mencubanya, antaranya Ayu,K.Nor, Mas dan ramai lagi....(maaf ya tak berapa ingatlah) Terima kasih pada AlongRoz berkongsi resepi puding yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya. Pada kawan2 yg belum cuba tu, sangat di alu2kan supayan mencuba ya..mmng sedap. Jom semak resepinya.




Bahan : ( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Tuesday, July 23, 2013

Bawal Emas Masak Kari Asam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kari ikan ni saya masak semalam. Sebelum ni tak pernah masak ikan bawal emas ni, biasa masak bawal hitam atau putih je. Pelik juga bila suami beli ikan bawal emas ni sbb tak pernah masak ikan ni sebelum ni. Fikir punya fikir saya pun buat keputusan utk masak kari asam je ikan ni. Tak sangka memang sedaplah, lebih sedap dari ikan bawal hitam dan putih tu. Malam tu pula saya buatlah lempeng pekak utk cicah dngn kuah kari ikan ni. Kenyang taw sampai sahur, masa sahur tu saya sambung makan lagi lempeng dngn kuah kari ni..sedap betul, mcm makan sarapan pagilah pulak. Jomlah semak resepi ringkas ni...alaaaa mcm kari2 biasa je tu, cuma tak letak santan je.



Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan bawal emas sederhana besar- potong 2, cuci dan toskan
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 1 tangkai cili hijau-belah 2
  • 1 tangkai cili merah-belah 2
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar kari ikan*
  • 2 sudu besar kari daging*
  • 2 sudu besar cili kisar*( *bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • air secukupnya
  • minyak utk menumis
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • sedikit kunyit
Bahan Tumis
  • 1 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 biji bwng merah di hiris
  • 1 btng kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 btng serai di titik
Cara menyediakannya.
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau sebati. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg di bancuh dngn sedikit dan gaul lagi. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau lagi. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan biarkan mendidih. Tambahkan air lagi ikut kepekatan yg di kehendaki. Masukkan garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan buah tomato yg di belah 4. Biarkan mendidih lagi.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.
Related Posts with Thumbnails