Wednesday, January 12, 2011

Sambal Goreng Jawa

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Hari ni busy betul rasanya..tapi tetap menyibukkan diri di dapur. Hari ni saya masak sambal goreng jawa. Masakkan ni mmng popular....biasanya setiap kenduri yasinan barulah merasa lauk macam ni. Kalau nak masak utk saja2 makan..rasanya taklah rajin nak masak....sebabnya malas nak letak sayur yg macam2, pastu jadinya sekuali....bila dah campur bahan2 itu dan ini, jadilah banyak. Sebab tu sayur ni sesuai di masak masa kenduri je. Aritu nampak kat rumah Mat Gebu resepi ni....hai terliur di buatnya, saya pun masaklah mcm Mat Gebu, tapi tak letak hati/pedal ayam sbb takde stok...so saya gantikan dngn udang je. Kalau udang mmng kegemaran kami sekeluarga....tapi kira jadilah sambal goreng jawa moden....Mat, izinkan akak kopipes kat sini ya resepinya....senang nak buat rujukan di kemudian hari..terima kasih banyak2..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 ketul pedal ayam muda-saya ganti udang sbb takde stok pedal/hati ayam
  • 10 tangkai kacang panjang
  • 1 keping fucuk (tauhu kering), potong kecil dan rendam
  • 3 keping tempe, goreng dan potong kiub
  • 2 keping tahu,goreng dan potong kiub-saya tambah
  • 1/2 cekak soo hoon, kerat pendek2 dan rendam hingga lembut
  • 1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 1/3 cawan air
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • 1/4 cawan pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1 biji cili hijau, hiris halus
  • 2 keping hirisan lengkuas
  • 1 batang serai, dititik
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam dihiris, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kacang panjang dihiris serong, tempe digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan pedal ayam dan goreng sekejap hingga masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas. Tumis hingga harum. Tuang belacan dan jus asam jawa. Kacau rata.
  3. Masukkan fucuk, tempe goreng, kacau dan tuang santan. Masak hingga hingga pekat. Tambah soo hoon (toskan dulu), hirisan cili merah/hijau, kacau rata, masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sebagai lauk sampingan.....

Tuesday, January 11, 2011

Talam Cendol

,Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat pengunjung yg di kasihi. Harap kawan2 semua sihat dan ceria selalu. Hari ni saya bf kuih talam cendol. Sebenarnya dah lama teringin nak buat talam cendol ni tapi asyik tak berkesempatan je. Semalam masa ziarah rumah kawan2 blog, adalah jumpa kuih yg saya idam2kan ni...saya nampak di rumah Kak Am yg memang cantik talam cendolnya. Resepi asal adalah dari Chef Asma, ada juga di rumah Bdaria dan saya kopipes dari Kak Am. Saya buat kuih talam cendol ni malam tadi...kuih ni kena betul2 sejuk barulah cantik bila di potong. Rasanya......uummmpppphhhhh....tersangatlah sedapnya, cukup rasa lemak manisnya. Kepada peminat kuih talam tu, bolehlah mencuba resepi ni.Terima kasih kepada penyumbang resepi yg sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini ya.



Lapisan bawah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Monday, January 10, 2011

Terung Goreng Belacan

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Hari ni masak ringkas je...saya masak sambal terung goreng belacan. Selalu masak kangkung goreng belacan, tapi kali ni tukar pada terung..mmng sedap. Satu keluarga mmng suka sayur terung ni....anak saya yg bongsu (Hamka) mmng suka kalau saya masak terung. Kalau sayur terung utk Hamka, biasanya saya tumis biasa je..tak perlu letak lada...mmng banyak dan berselera dia makan. Klakor pun iye...sbb budak kecik suka makan sayur terung. Setakat ni saya takde masalah, sbb apa2 jenis sayur...semua anak2 saya makan..syukur alhamdulilah. Jom tngk resepi yg mudah ni.


Bahan-Bahan
  • 4 batang terung-di buang kulit sedikit, belah dua dan potong serong
  • sedikit belacan *
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 cwn ikan bilis*-rendam,cuci dan toskan
  • 5 cili merah *
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Kisar belacan,bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili merah.
  2. Tumis bahan yg di kisar tadi dengan sedikit minyak sehingga naik bau,
  3. Masukkan terung dan masukkan sedikit air..... tumis sampai sebati.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula...gaul sebati dan tutup kuali sekejap dngn menggunakan tutup periuk.
  5. Buka tudung periuk, gaul lagi...perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan angkat.
  6. Hidangkan bersama nasi putih hangat bersama lauk kegemaran anda semua.
Related Posts with Thumbnails