Thursday, August 19, 2010

Selamat Sampai Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Apa khabar? Harap anda semua baik2 saja dan sentiasa sihat dalam menjalani ibadah di bulan yg mulia ini. Bagi saya serta keluarga, alhamdulillah sihat walafiat. Syukur alhamdulillah kerana kami sekeluarga telah selamat sampai di Malaysia pada 11/8/10 pkl 4 ptng ...hari rabu. Terima kasih kepada semua pengunjung yg masih sudi singgah ke blog Sinar Kehidupanku. Maaf kerana lama tak update, ini adalah kerana saya begitu sibuk dan letih di saat ini. Perjalanan dari US yg begitu jauh, membuatkan kami mengambil masa untuk pulih seperti biasa, lebih2 lagi dengan perubahan cuaca. Perjalanan dari Louisiana ke ke Los Angeles mengambil masa 4 jam, dari Los Angeles ke Taipei mengambil masa 13 jam....dari Taipei ke KLIA selama 4 jam dan dari KLIA ke JB selama 45 minit. Semuanya perjalanan sepanjang dlm Flight dan tidak termasuk waktu menunggu penerbangan....semuanya lebih kurang 30 jam perjalanan....bayangkanlah betapa lama dan jauhnya.

Saya tetap bersyukur, walaupun perjalanan yg jauh...tapi saya dan keluarga sempat menyambut awal Ramadhan walaupun terpaksa bersahur di dalam Flight. Terima kasih kepada penerbangan MAS kerana mengumumkan waktu bersahur pada masa itu. Rasanya itulah kenangan paling indah yg tak mungkin saya lupakan dan ianya begitu menyentuh hati. Pada awal Ramadhan juga saya dan keluarga dapat bertemu kembali bersama keluarga tercinta setelah 3 tahun tidak bertemu. Kami di sambut oleh keluarga tersayang dan dapat berbuka puasa bersama2 pada awal Ramadhan. Rasa terharu sangat sebab mak dan keluarga bersusah payah menyambut kepulangan kami dan menyediakan juadah berbuka puasa yg begitu enak sekali merangkumi doa selamat. Gembira dan rasa bersyukur yg teramat sangat dengan nikmat yg Allah kurniakan

Buat masa ni saya bersama keluarga bersiap2 unuk berpindah dan menyediakan kelengkapan untuk anak2 memulakan persekolahan di Malaysia. Blog masakan buat masa ni direhatkan sementara waktu. Rasa rindu sangat nak main masak2....sepanjang seminggu di Malaysia, juadah bersahur dan berbuka puasa, banyak di sediakan oleh mak dan mertua. Sesungguhnya saya masih rindu dngn masakan mak dan alhamdulillah dapat juga saya menikmatinya. Terima kasih pada mak dan keluarga...menjadikan saya manja sekejap dan tolong apa2 yg patut je di dapur....hihihihi........

Oklah setakat ini dulu coretan kali ini....jumpa lagi di lain kesempatan. Terima kasih pada kawan2 yg singgah ke blog Sinar Kehidupanku....kehadiran anda semua amat2 saya hargai. Maaf kerana tidak sempat membuat kunjung balas dan membalas komen2 dari kawan2 semua......bila semuanya dah selesai....insyaAllah saya akan buat kunjungan balas pada semuanya. Selamat Berpuasa Semua....

Sunday, August 8, 2010

Bercuti Dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk memberitahu bahawa saya akan bercuti dari berblogging. Ini adalah kerana saya akan pulang ke Malaysia dan mungkin mengambil masa yg lama sedikit utk menyelesaikan banyak perkara. Saya juga ingin memohon salah dan silap sekiranya ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada umat islam semuanya...moga setiap amalan kita diterima oleh yg Maha Esa. Doakan moga semuanya berjalan lancar dan semoga kami selamat sampai ke Malaysia. Terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah ke blog Sinar Kehidupanku. Kita jumpa lagi di lain kesempatan.

Tahniah Dr Mohd Khata Bin Hj Jabor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..gambar lagi..













Related Posts with Thumbnails