Wednesday, September 25, 2013

Sotong Masak Lada Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah, terima kasih pd kwn2 semua yg beri ucap selamat ulangtahun perkahwinan saya samaada di FB juga di blog. Saya amat2 menghargainya, moga hidup kita sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Hari ni saya masak ringkas lagi. Walau ringkas tapi sedap sangat. Macam biasalah resepi dari Kak Liza lagi dan saya kopipes dari blog Kak Ummi. Terima kasih kak berkongsi resepi dan idea masakan. Izinka saya kongsikan resepinya kat sini ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni..mmng sedap.



Bahan- Bahan
  • 500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
  • 1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)
Bahan Tumis:-
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar.
  3. Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.

Tuesday, September 24, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke 22 thn

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 24 sept 2013 merupakan ulangthun perkahwinan kami suami isteri yg ke 22 thn. Syukur Alhamdulillah....moga jodoh kami berkekalan bahagia hingga ke Syurga. Kebetulan petang tadi suami beli kek kat secret recipe, jadi tak payahlah buat kek lagi. Sesekali merasa kek beli apa salahnya kan. Bukan main selera lagi kami anak beranak makan, maklumlah kalau maknya buat..setakat kek2 biasa je...kali ni makan kek yg beli. Lebih sedap lagi ada pizza hut dan sup cendawan sekali. Kebetulan tekak ni teringin plk nak makan pizza, bila petang tadi suami balik dari kerja je bawa kek dan pizza....waduhhhh..makin berbunga2lah hati ini. Rasa gembira dan terharu sangat..bila berdetik dan teringin, tetiba ada kat depan mata....di bawa oleh suami tercinta...lagilah terharu. Terima kasih suami ku kerana memahami diri ini dan terima kasih di atas segalanya. Buat rakan2 semua doakan moga kami kekal bahagia hingga ke Syurga. Aamiin.








Monday, September 23, 2013

Ayam Dan Kentang Goreng Berempah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je tapi sedap sangat. Saya mmng suka masak yg ringkas2 je sbb nak cepat. Bila anak2 sekolah ni, semua kerja kena buat cepat, maklumlah nak masak, kemas rumah segala, pastu hantar dan ambil anak2 sekolah lagi....semuanya kena buat sendiri. Bila suami takde kat rumah lagilah ntah berapa trip ulang alik ke sekolah. Bila suami ada tu, kuranglah sikit tugas saya. Apa pun saya suka dngn kerja saya...ni pun bila anak kecil2 lagi dan perlukan perhatian kita, bila dah dewasa dan berkerja nnti, takdelah yg nak di hantar dan ambil..masa tu terasa sunyi pula...jadi hargai setiap hari2 yg di lalui dngn penuh kesyukuran....Alhamdulillah.

Resepi mudah dan sedap ni adalah dari Kak Liza. Saya mmng suka guna resepi2 K.Liza ni, selain ianya mudah hasilnya tetap tak mengecewakan. Terima kasih kak, moga bertambah2 murah rezeki akak sekeluarga. Pada kwn2 yg nak merasa tu, boleh cuba resepi ayam goreng berempah ni...mmng sedap sangat. Jom semak resepinya.




Bahan A:
  • 1 ekor ayam -potong kecil
  • 3 biji kentang-kupas dan belah 4 setiap biji- Yatie tambah
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 tangkai cili merah - hiris kasar
  • 1 labu bawang besar -hiris kasar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 cwn air
  • daun bawang /daun sup- potong pendek
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan B - Kisar Halus
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil lada hitam
Cara-Cara.
  1. Ayam dan kentang diperap dengan bahan2 yg di kisar selama 1jam.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan ayam dan bahan perapan.
  3. Masukkan sedikit air dan sos tomato. Biarkan sampai mendidih dan agak pekat.
  4. Masukkan bawang besar, tomato buah dan cili. kacau rata.
  5. Masukkan daun bawang dan hidangkan.
Related Posts with Thumbnails