Wednesday, January 9, 2013

Pulut Kukus Inti Kelapa Durian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan pulut kukus inti kelapa durian mmng sedap. Sebenarnya buat inti ni malam tadi, petang ni barulah sempat mengukus pulutnya, jadi bolehlah menikmatinya petang2 ni. Kalau nak lagi sedap bungkus dlm daun pisang, tapi kat rumah ni takde stok daun pisang, so cetak jelah dngn bekas lompang supaya menarik sikit. Bila nak tambah tu, ambil jelah kat loyang...hahhhh kan senang. Oklah pada peminat pulut inti durian tu, bolehlah cuba menu ringkas ni. Walau ringkas tapi enak banget. Jom semak resepi sempoi ni....



 Bahan Pulut Kukus
  • 2 cawan beras pulut
  • 100 ml santan pekat
  • 300ml air
  • 1 sudu kecil garam
Cara Kukus Pulut
  1. Beras pulut di cuci bersih dan rendamkan dlm 3 jam. Setelah itu cuci lagi dan toskan.
  2. Masukkan pulut dlm loyang bersama santan pekat, air dan sedikit garam.
  3. Gaul rata dan kukus dlm 20 minit.
  4. Angkat dan gaulkan perlahan guna chopstik. Bila dan sebati semuanya kukus lagi dlm 10 minit. Angkat dan sejukkan. Bolehlah di makan bersama inti kelapa durian.
  5.  Kalau ada daun pisang bolehlah bungkus pulut bersama inti durian.
Utk Inti Kelapa Durian
  • 1 biji kelapa parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka 
  • 3 sudu besar gula pasir(manis ikut suka)
  • 3 sudu besar lempuk durian- boleh guna isi durian juga
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Satukan gula merah bersama sedikit air panas. Gaul rata dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  2. Dalam kuali masukkan kelapa parut putih, gula pasir dan secubit garam. Gaul rata.
  3. Masukkan air gula merah/melaka tadi dan gaul rata. Masukkan daun pandan yg di simpul dan masukkan sekali lempuk/isi durian. 
  4. Guna api sederhana dan gaul rata sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan dan masak sehingga sedikit kering.
  5. Angkat dan keluakan daun pandan tadi. Sejukkan dan bolehlah di makan bersama dngn pulut kukus tadi. Boleh juga di buat inti kuih.

Sotong Masak Kicap Lada Hitam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu kicap kegemaran Hamka lagi. Sebenarnya kami sekeluarga tak kisah pun masak apa, semuanya ok. Sejak2 ni je Hamka suka sangat menu yg berkaitan kicap....berselera betul dia makan. Sebelum ni, menu kicaplah dia tak suka sbb kelihatan gelap dan tak menarik katanya. Hahhhhhh.....sekarang baru tau Hamka, hitam bukan sebarang hitam tau....hitam tulah yg menawan dan memikat selera.

Resepi ni ringkas tapi sedap sangat, cuma saya tambahkan kicap pekat. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Terima kasih juga pada Kak Ummi sbb Yatie kopipes dari blog akak ni.


Bahan:-Bahan
  • 500 gm sotong sederhana besar 
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat-Yatie tambah
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)
Bahan Tumis:-
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris serong
  • 1 tangkai cili hijau- dihiris serong
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam, kacau sebentar.
  3. Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.

Monday, January 7, 2013

Durian Butter Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu durian lagi, selagi tak habis stok durian, selagi tulah menu berkaitan dngn durian je. Pada peminat durian tu, mmng sukalah apa2 yg berkaitan dngn durian, pada yg tidak tu..haishhhh dok diam2 jelah ya...tengok je..takyah komen2...he3..

Sebenarnya buat kek ni masa sabtu lepas. Biasalah bila cuti, barulah masak mcm2..lagipun bila ada tetamu dtng mengejut tu....adalah kek sebagai penyelamat..tak gitewww. Kek ni sedap mcm butter cake, cuma ada rasa durian..tu yg terasa lemak berkrim tu. Pada peminat durian tu, bolehlah cuba resepi kek ni...mmng sedap. Terima kasih AlongRoz berkongsi resepi yg best ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-Bahan
  • 250 gm butter
  • 200 gm gula halus
  • 4 biji telur
  • 300 gm Isi durian*
  • 4 sudu besar Susu Segar* (* blend halus)
  • 240 gm tepung naik sendiri**
  • 1 sudu besar tepung jagung**
  • 1/4 sudu kecil garam** (** campurkan dan ayakkan)
Cara-Cara
  1. Pukul butter & gula sehingga gebu & putih.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul lagi.
    Masukkan campuran tepung** sedikit demi sedikit selang seli dngn susu segar. 
  3. Gaul rata . Lenserkan loyang dngn butter.
  4. Tuang adunan dlm loyang dan bakar pd suhu 180C selama 40-45 minit sehingga masak.
Related Posts with Thumbnails