Monday, June 13, 2011

Donut Ball

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kembali kita di arena blogging ni. Sebenarnya saya nak berkongsi satu resepi donut yg sangat sedap, lembut dan gebu...di sini ada rahsianya juga. Bila dah citer kat sini, taklah jadi rahsia lagi ya.... Kali ni saya menggunakan resepi donut ball dari Dayang Jack. Donut kali ni menggunakan sedikit ovallette. Tak sangka donut yg di hasilkan sangat lembut. Terima kasih pada DJ kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan di sini pula ya. Pada kawan2 yg teringin tu, bolehlah mencubanya.




Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)= (Yatie tuang sikit2 utk mendapatkan doh yg di kehendaki)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

Sunday, June 12, 2011

Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je iaitu ikan cencaru bakar. Pada mulanya nak goreng je ikan ni, tapi hasil selongkar dapur K.Nor, berkenan dngn resepi yg ringkas tapi menyelerakan. Resepi asal ikan ni di goreng, tapi saya bakar je. Alhamdulillah sedap sangat. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kopipes kat sini pula ya. Pada kawan2 yg lihat versi goreng tu, bolehlah singgah dapur K.Nor ya.


Bahan-Bahan
  • 3 ekor ikan cencaru
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 3 - 5 biji cili api
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar air asam jawa pekat
  • 1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
  • garam
  • gula
  • minyak (saya bakar, so tak guna minyak)
Cara-Cara
  • Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
  • Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
  • Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
  • Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.
Cara bakar.
** Setelah siap semuanya, saya bungkus ikan dlm aluminium foil dan letak di loyang. Saya bakar dlm 45 minit. Siap utk di hidangkan.

Saturday, June 11, 2011

Kami Di Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai lagi yg masih bercuti ya sempena cuti sekolah yg masih berbaki 1 hari lagi ni. Ada juga yg menghadiri majlis pertunangan ataupun perkahwinan kawan2 ataupun saudara mara. Moga semuanya berjalan lancar dan di harap percutian kalian semua kali ini membawa seribu kenangan manis yg tidak dpt di lupakan.

Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi bersama pemgalaman bercuti di Pulau Langkawi. Dah lama betul saya tak ke Pulau Lagenda ni, lebih kurang 19 thn. Saya pernah kesini masa baru pengantin baru dulu. Bila ada peluang berkumpul bersama keluarga ni..kami tidak ketinggalan utk pergi bersama. Anak2 saya hampir pelik bila cerita pasal Langkawi dan Mahsuri, ada yg tanya kenapa Mahsuri di bunuh, kenapa darahnya putih dan macam2 lagi. Kali ni diaorang dah tahu sejarahnya dan tempat yg penuh sejarah ni. Masa ni cuti sekolah, mmng ramailah pengunjung yg turut sama menziarahi tempat ni.

Selepas pergi tempat2 bersejarah, time to shoppinglah utk mamaNYA. Sebagai seorang wanita dan ibu.....apalagi tempat yg paling best ialah membeli belah pingan mangkuk, cadar, periuk dan banyak lagi. Bila part beli belah ni takyah tunjuklah ya...di sini saya sertakan sedikit sebanyak gambar2 yg sempat di ambil. Jom layannnnnnn....












Related Posts with Thumbnails