Sunday, March 31, 2013

Kaswi lagi..

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Kuih kaswi ni antara kuih kegemaran saya sejak dulu lagi. Kuih ni sedap dan mudah pula membuatnya. Banyak resepi kuih kaswi, resepi ni antara yg paling mudah dan sedap pada saya. Rasa lembut dan kenyal2 manja tu yg buat kita makan berulang2. Pada peminat kuih kaswi tu, bolehlah mencubanya..boleh juga lihat di SINI dan di SINI




Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan gula merah
  • 5 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 1 sudu besar coklat emulco (utk kuih nmpk gelap)
  • Daun pandan
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan.Ayak semua tepung.
  3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur.Masukkan coklat paste.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji, sentiasalah di kacau guna whisk dlm 3 minit.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair.
  11. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  12. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  13. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

Wednesday, March 27, 2013

Ayam Goreng Pedas Daun Kari

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ayam goreng yg ringkas tapi sedap sangat. Resepi Kak Ummi mmng mudah sangat, tak perlu guna banyak bahan...tapi rasanya dah buat kita makan bertambah2 nasi dan lauk. Resepi ni sesuai juga utk ikan, lenkali nak cuba ikan pulak...mesti sedap juga. Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg binggung nak masak apa petang ni, bolehlah cuba resepi ni...mmng best.


Bahan:-Bahan.
  • 1/2 ekor ayam - potong sederhana besar
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 2 tangkai cili merah * 
  • 2 tangkai cili hijau*
  • 4 biji bawang merah *
  • 1 labu bawang besar*-Yatie tambah
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia * (tumbuk kesemua bahan bertanda * )-Yatie kisar kasar je
  • sedikit gula/madu
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 keping asam gelugor-Yatie tambah
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga garing dan bau wangi.
  3. Masukkan kicap, asam gelugor dan gula secukup rasa (*boleh juga tukar dgn madu).
  4. Kacau sebentar, masukkan daun kari yang telah disisihkan dari pelepahnya.
  5. Akhir sekali masukkan ayam, sedikit garam (jika ayam yg digoreng tadi dah masin, x letak garam pun xpa) dan kacau gaul dalam bahan tadi biar bersalut.
  6. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih. SELAMAT MENCUBA...!

Monday, March 25, 2013

Serimuka Tiga Rasa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cuti sekolah ni tak pergi mana2 ke? Rasanya ramai kawan2 terutamanya yg bertugas sebagai guru pulang kekampung utk bersama keluarga tercinta. Bagi saya macam biasalah, walau cuti sekolah, suami kerja macam biasa, cuma tunggu sabtu dan ahad jelah baru boleh jln2. Tak kisahlah kan, asalkan cuti sekolah tu dpt di manfaatkan dngn sebaiknya. Masa ini jugalah kita boleh mendidik anak2 supaya dpt melakukan tugas2 di rumah membantu ayah dan ibu. Semua itu pun amalan mulia kan.

Berbalik pada resepi kali ni, saya ingin kongsikan bersama kuih serimuka tiga rasa yg sangat sedap. Jangan rasa pelik ya, bukan resepi ikan je yg ada 3 rasa, kuih pun ada juga ya. Cuba tngk resepi serimuka kali ini, ada 3 warna dan tentunya ada 3 rasa. Pada peminat kuih2 tradisional yg di modenkan ni, bolehlah mencuba resepi mudah ni. Kuih ni sedap sangat, pulut tu terasa pandan, adunan tengah pula rasa labu yg harum dan lapisan atas pula rasa coklat....mmng yummyyyyyy..
Sekali pandang mcm kuih Talam Sinar Pesona, tapi ada sedikit kelainan dari segi bahan2 dan rasanya. Kalau nak tau rasanya, kenalah cuba...baru tau rasanya..Jom semak resepinya.





Lapisan Bawah:-loyang 10x10x3@2 inci
  • 500 gm beras pulut
  • 200 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • pewarna hijau dan perisa pandan
Cara2nya:-
  1. Basuh beras pulut dan rendamkan pulut sekurang2nya 4 jam bersama pewarna hijau.
  2. Buangkan air rendaman,basuh bersih pulut dan toskan. Ketepikan dulu.
  3. Sapukan sedikit minyak masak di sekeliling loyang dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi.
  4. Masukkan beras pulut yg di toskan tadi ke dlm loyang dan ratakan. 
  5. Dalam bekas lain, satukan santan pekat, air, garam, perisa pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati.
  6. Tuangkan adunan santan tadi ke dlm loyang berisi pulut dan gaul rata.
  7. Kukus semua bahan diatas selama 30 minit. Bila pulut dah masak, gaul sebati dan tekan2kan rata. 
** Sementara kukus pulut masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan tengah.
 
 Lapisan Tengah

  • 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
  • 1 1/2 cawan tepung beras*
  • 2 sudu besar rata tepung jagung*
  • 1 cawan santan pekat*
  • 2 cawan air*
  • 3/4 cawan gula kastor*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara2nya,
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis  dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
  2. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. 
  3. Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah/pulut dan kukus selama 20 minit.
**Sementara tunggu adunan lapisan tengah masak, bolehlah sediakan adunan utk lapisan atas.

 Lapisan Atas
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telor
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat-santan kara
  • 2 sudu kecil coklat emulco
Cara :
  1. Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk. 
  2. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. 
  3. Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kelar2kan sikit permukaan lapisan tengah sblm tuang adunan atas. Pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada lapkan guna kitchen towel.
  4. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik.

Sunday, March 24, 2013

Telur Masak Palembang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi telur masak palembang yg sangat sedap. Resepi asal menggunakan daging, dan saya telah pun mencubanya..mmng sedap. Resepi ni boleh juga di gantikan dngn ayam dan kali ni saya guna telur rebus pula. Walaupun bahan2nya ringkas, tapi rasa kuahnya sedap sangat. Pada peminat lauk telur tu, bolehlah cuba resepi ni, mmng sedap sangat. Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Jom semak resepi mudah ni. Kalau teringin tu, bolehlah cuba.




Bahan-Bahan:

  • 10 biji telur ayam- di rebus
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis 
  • minyak utk menumis
Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 1 cawan cili kisar
Bahan Tumis
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
  • 2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah
Cara Memasak
  1. Telur hendaklah di rebus dulu bersama air dan sedikit garam. Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan sejukkan. Kopek telur dan kelar2kan sikit putihnya.  
  2. Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai yg dititik sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana.
  4. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga telur mesra.
  5. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata.  
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api, angkat danhidangkan.

Saturday, March 23, 2013

Berbaju Melayu- Bila Snow Datang Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saje je cuci mata tngk gambar2 anakanda Talhah bila snow datang lagi. Ingatkan dah habis musim salju ni, rupanya berulang lagi. Anakanda Talhah tak terkecuali utk menikmati anugerah ciptaan Allah SWT ini. Saya kongsikan di blog ni sekadar buat kenangan bila rindu bertamu nanti. Bila rindu dtng tu, bolehlah tatap wajah2 kesayangan ni. Saya sentiasa berdoa moga anakanda Talhah sentiasa di berikan kesihatan yg baik dan sentiasa dilindungi dan di rahmati Allah SWT walau di mana anakanda Talhah berada. Meh cuci mata sikit...gambar sebelum ni ada di SINI..





Wednesday, March 20, 2013

Talam Vanilla Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan kuih talam vanilla coklat yg sungguh sedap. Mudah je buat kuih ni, sekali imbas mcm kuih talam suji kan, sebenarnya tidak. Kebetulan saya ni suka benar aiskrim vanilla coklat, masa makan tu, terfikirlah pulak nak buat talam warna mcm ni...tentu sweet sangatkan. Bila dah buat tu, maka terhasillah kuih talam perisa vanilla dan coklat ni. Pada peminat kuih talam tu, bolehlah cuba. Jom semak resepi mudah ni.





Bahan-Bahan- loyang 10x10x3 inci
Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 biji telur-pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul2.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 3 biji telur
  • 1 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
  • 1 sudu kecil coklat emulco
Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.

** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna kitchen towel.

** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.

** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

Monday, March 18, 2013

Ayam Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak menu ayam yg ringkas tapi sedap. Mula2 nak goreng je ayam ni, tapi tukar fikiran nak tambah lada hitam pulak. Teringat masa berpantang dulu, lauk yg ada lada hitam ni mmng kerap sangat. Kali ni tekak ala2 berpantang jugalah. Kalau teringin tu, bolehlah cuba resepi mudah ni..mmng sedap.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak secukupnya
  • 2 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
  • Daun sup secukupnya-hiris halus
  • 2 biji tomato- belah 4
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan Sos
  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 cawan air
Cara Menyediakannya.
  1. Ayam di bersihkan, cuci dan toskan. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
  4. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan ayam yg di goreng tadi. Gaul rata.
  5. Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkan dan hidangkan.
  6. Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

Sunday, March 17, 2013

Anugerah Kecemerlangan 2012- Tahniah Hamka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga  kawan2 semua ceria2 selalu di samping keluarga tersayang. Syukur Alhamdulillah, semalam hari sabtu bersamaan 16.3.13 merupakan Hari Anugerah Cemerlang 2012 bagi SKTDS.  Pagi tu merupakan sekolah ganti dan murid2 yg terlibat dngn anugerah kecemerlangan ni tak di benarkan balik. Makan minum di sediakan dan bersiaplah murid2 di sekolah. Pkl 2 ptng bermulalah majlis tersebut dan diiringi dngn mesyuarat PIBG. Majlis berjalan dngn lancar, bila jam 5.30 barulah anugerah kecemerlangan berlangsung. Hati ni meronta2 dan tak sabar melihat anakanda tersayang Mohamad Hamka naik ke pentas. Maklumlah, kali ni Hamka dpt 5 hadiah, mcm tak percaya je..tu yg teruja di buatnya.

Sebagai ibu yg melahirkan, mmng perasaan bangga dan bersyukur tetap ada, mmng tak boleh di elakkan. Rasanya tentu ibu2 di luar sana pun begitu juga kan bila lihat kejayaan anak2.Kali ni Hamka dapat hadiah bagi matapelajaran terbaik BM, BI, MT,BA dan DSV. Syukur Alhamdulillah, moga Hamka lebih berjaya di masa2 akan datang. Perjalanannya masih jauh, tugas kita sebagai ibu bapa sentiasalah mendidiknya tanpa mengeluh kesah. Sayangi dan hargailah permata hati kita...

Di sini saya kongsikan gambar kenangan saat indah kejayaan Hamka. Maaf  semua, bukan berniat menunjuk2 dan Hamka ni baru drjh 1, tapi saya rasa bersyukur sangat dan kita sebagai ibu bapa kenalah hargai hasil titik peluh anak kita selama ini. Biarlah ianya jadi pemangkin semangat utk Hamka berjaya di masa akan datang. Akhir kata buat Hamka..Sayang anak mama...terima kasih kerana membahagiakan dan membanggakan mama....moga Hamka tidak jemu dan terus belajar rajin2 ya. Mama dan abah sentiasa mendoakan kejayaan Hamka juga anak2 mama yg lain.













Friday, March 15, 2013

Roti Silang Sosej

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi buat roti utk bekalan anak2 kesekolah esok pagi. Hari ni terasa letih sangat, tapi dah janji dngn anak2 nak buatkan roti silang sosej ni...kenalah tunaikan juga. Hilang rasa penat bila lihat anak2 dan suami berselera menikmati roti ni. Macam biasalah, kena buat lebih takut tak sempat nak buat sarapan dan bekal....he3..
Resepi dari Che Mat ni resepi paling mudah dan yg kerap saya buat. Kalau takde BM pun boleh jadi juga rotinya. Pada kawan2 juga adik2 diluar sana yg nak merasa kelembutan roti ni, bolehlah mencubanya. Inti tu ikut selera masing2 ya. Boleh juga lihat di SINI dan di SINI.





BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI - 10 batang sosej, rebus dulu dan toskan..lapkan guna kitchen towel 

UNTUK GLISS ROTI- 1 sudu besar susu tepung bancuh dngn 3 sudu besar air.

 CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
  2. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  3. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  4. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.(Yatie uli guna tangan je...)
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK ROTI SILANG :-
  1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 10 ketul sama besar.
  2. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi.
  3. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1 btng sosej di tengah doh.
  4. Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega.
  5. Buat kaedah sama untuk bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
  6. Sapu gliss di atas permukaan roti.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....

Thursday, March 14, 2013

Apam Beras/ Apam Nasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni buat apam nasi gara2 tengok Mat Gebu dan Kak Ct tayang apam nasi yg comel2 tu. Saya ni mmng peminat apam tegar, pantang menu apam, cepat2 nak tngk dan cuba. Kalau dah suka tu, tiap2 hari nak buat je. Lama tak buat apam ni, kali ni buatlah 2 adunan terus..hah amek kau tamak betullah. Tak kisahlah adunan ni dpt banyak, saya sendiri boleh perabiskannya....he3..
Sebelum ni pernah buat di SINI dan di SINI. Terima kasih pada penyumbang resepi asal, mmng sedap apam ni dan tak pernah jemu memakannya, makin nak lagi..dan lagi..dan lagiiiiii....





Bahan-bahannya.

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Wednesday, March 13, 2013

13.3.13 - Selamat Hari Lahir Bonda Tersayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini merupakan hari yg paling istimewa bagi saya. Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran bonda tercinta Pn Ainon bt Kosnan. Bila tiba tarikh 13.3 hati ni sungguh gembira dan tak sabar2 ingin mengucapkan selamat hari lahir buat bonda. Petang tadi sempat menalipon bonda utk ucap selamat, alhamdulillah dengar suara bonda membuatkan hati ni gembira. Ingatkan nak telefon pagi, tapi mcm biasalah bonda sibuk menjaga kedai, kalau nak talipon mesti kena pada waktunya, kalau tak sambil cakap sambil layan pelanggan dikedai....tak sedaplah pulak kan. Kalau petang tu, dah tak berapa sibuk, jadi masa tulah yg sesuai.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat bonda tersayang, moga dipanjangkan usianya, dimurahkan rezeki yg berkat, diberikan kesihatan yg baik berpanjangan dan semoga hidupnya sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT. Aamiin

Sesungguhnya kami anak2 mu sangat menyayangimu bonda. Pengorbananmu terlalu besar buat kami semua. Hanya ucapan terima kasih....terima kasih....terima kasih yg tak terhingga atas jasamu melahirkan, membesarkan dan mendidik kami semua anak2mu. Moga ayahanda dan bonda sentiasa dlm peliharaan Allah SWT selalu. Aamiin...

Tuesday, March 12, 2013

Daging Palembang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Daging Palembang yg sangat sedap, dahlah sedap...mudah pulak tu menyediakannya. Daging ni saya masak masa hari minggu lepas. Macam biasalah, kalau masak lauk daging mesti kena masak lauk lain sbb anak saya Hamka dan Dina tu mmng tak suka lauk daging. Kalau masak daging je diaorang mmng tak selera. Tapi takpelah, kali ni mamanya masak ikut selera sendiri tapi selera suami dan anak2 tetap tidak di abaikan. Lauk sampingan saya masaklah ayam goreng kunyit bersama kacang buncis...kira semuanya berseleralah.

Ramai juga kawan2 yg dah mencubanya, antaranya Amie, K.Madihah, K.Ummi dan Zaliedana. Semuanya kata sedap sangat....kawan2 yg lain tu bila lagi nak mencubanya. Kalau teringin nak merasa tu cubalah sendiri ya...mmng sedap sangat. Terima kasih juga pada penyumbang resepi Kak Maria Hakem. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan:
  • 700 gm daging - potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai - dititik
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
  • minyak utk menumis
Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar
Bahan Tumis
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
  • 2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.
**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.

Sunday, March 10, 2013

Talam Permata Zamrud

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga ceria2 selalu di samping keluarga tersayang. Nampak tak permata zamrud kat kuih talam ni, menarikkan. Sebenarnya saya beli sago biji pandan ni,  saje2 je tau. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Fikir punya fikir, eloklah di jadikan kuih talam, dah mmng tuan rumah suka kuih2 mcm ni....maka terhasillah kuih talam hijau di hiasi permata zamrud ni. Macam biasalah, Hamka paling suka tngk kaler hijau..suka betul dia tngk sagu pandan ni, geram je nak cungkil2 sago tu. Siap tanya lagi pada mamanya, mcm ni ke permata zamrud, boleh makan ke???? Mama nya mampu senyum je sambil kata padanya, jngn banyak soal...makan jeeeee....he3..

Pada peminat kuih2 talam moden ni bolehlah mencubanya. Kuih ni sedap dan kenyal2 manje je rasanya. Kalau nak tau kesedapannya tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepi mudah ni.






Bahan-bahan- loyang 10x10x3inci
  • 250 gm sago besar pandan
  •  (saya guna yg dah siap direbus, lalukan air paip dan toskan. Bahagikan kpd 2 bahagian sama banyak)
Bahan A
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan tepung ubi 
  • 1 cawan santan pekat KARA
  • 3 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan B
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan- simpulkan
Bahan C
  • Pewarna hijau dan perisa pandan
Cara-cara
  1. Masak bahan B hingga gula larut. Keluarkan daun pandan dan ketepikan dulu.
  2. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapiskan
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan. Bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.
  4. Satu bahagian lagi biarkan warna asal dan bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.
  5. Panaskan kukusan, sapu loyang dngn sedikit minyak, alas plastik dan sapu minyak lagi.
  6. Tuang 1 bahagian dari adunan hijau, kukus selama 10 minit. Setelah siap, cakarkan sikit permukaannya dan tuangkan 1 bahagian adunan asal/putih dan taburkan separuh sago pandan.
  7. Kukus lagi selama 10 minit. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air guna sudu je / guna kitchen towel.
  8. Tuangkan satu lagi adunan hijau dan kukus selama 10 minit.
  9. Setelah siap, tuangkan lagi satu bahagian adunan asal/putih dan taburkan rata sago pandan.
  10. Kukus selama 25 minit. Setelah siap angkat kuih dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.

Saturday, March 9, 2013

Ayam Masak Halia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu ayam yg paling ringkas dan semestinya sedap. Kalau nak cepat dan tak sempat nak masak macam2 tu, bolehlah masak ayam halia ni. Lagipun ayam ni tak berapa pedas, sesuai utk anak2. Macam biasalah kalau saya masak, mesti kena pedas sikit, kalau tak...tak berseleralah suami saya nak makan. Terima kasih pada Kak Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Sebelum ni pernah masak diSINI. Jomlah semak resepi mudah ni, manalah tau adik2 diluar sana ingin mencuba menu ringkas ni.



Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Thursday, March 7, 2013

Sausage Bun

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu ni menu roti jelah ya. Lagipun anak2 tngh suka makan roti yg mamanya buat sendiri, jadi layankan jelah selagi tak jemu. Roti sosej ni antara yg paling laris dan kerap saya buat. Lagipun mudah je, siap bawa bekal ke sekolah lagi. Sebelum ni guna resepi yg sama utk buat sosej blossom bun dan Spiral sausage bun, mmng sedap dan laku betul. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi roti ni, akak kongsikan sekali lagi resepinya kat sini ya.





BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 gm susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gm mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 gm setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang,leperkan, letak 1 batang sosej ayam yg di belah 2 dan tekan2kan sikit.
  3. Alih ke dlm dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....