Friday, March 15, 2013

Roti Silang Sosej

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi buat roti utk bekalan anak2 kesekolah esok pagi. Hari ni terasa letih sangat, tapi dah janji dngn anak2 nak buatkan roti silang sosej ni...kenalah tunaikan juga. Hilang rasa penat bila lihat anak2 dan suami berselera menikmati roti ni. Macam biasalah, kena buat lebih takut tak sempat nak buat sarapan dan bekal....he3..
Resepi dari Che Mat ni resepi paling mudah dan yg kerap saya buat. Kalau takde BM pun boleh jadi juga rotinya. Pada kawan2 juga adik2 diluar sana yg nak merasa kelembutan roti ni, bolehlah mencubanya. Inti tu ikut selera masing2 ya. Boleh juga lihat di SINI dan di SINI.





BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI - 10 batang sosej, rebus dulu dan toskan..lapkan guna kitchen towel 

UNTUK GLISS ROTI- 1 sudu besar susu tepung bancuh dngn 3 sudu besar air.

 CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
  2. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  3. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  4. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.(Yatie uli guna tangan je...)
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK ROTI SILANG :-
  1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 10 ketul sama besar.
  2. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi.
  3. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1 btng sosej di tengah doh.
  4. Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega.
  5. Buat kaedah sama untuk bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
  6. Sapu gliss di atas permukaan roti.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....

8 comments:

  1. salam yatie.... saya teringin nak buat roti cam nie... tapi masih ragu2...takut tak menjadi...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Assalam,
    Tq, sedapnyer. I like...

    ReplyDelete
  3. kak yati,bestnyaa roti ni :) kemass je lahai. tak pernah buat lagi roti tapi teringin jugak buat. tapi x confident hehe

    ReplyDelete
  4. As salam,
    Dah lama nak buat ni. Sosej pun dah habis, belum buat lagi

    ReplyDelete
  5. mcm senang pulak tgk resepinya kak.....tp klau sy buat...x tau la jdi ke tdk....hehe...
    nak try beli bhnnya dulu la...

    ReplyDelete
  6. Salam kak...sedap tgk roti akak tu...fiza pun lama dah x meroti ni...he he he

    ReplyDelete
  7. terbaiklah.. cantik kejadiannya

    Ayu makin hari makin suka meroti. mcm kak Yatie juga guna jari. hehehehe

    ReplyDelete