Sunday, March 31, 2013

Kaswi lagi..

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Kuih kaswi ni antara kuih kegemaran saya sejak dulu lagi. Kuih ni sedap dan mudah pula membuatnya. Banyak resepi kuih kaswi, resepi ni antara yg paling mudah dan sedap pada saya. Rasa lembut dan kenyal2 manja tu yg buat kita makan berulang2. Pada peminat kuih kaswi tu, bolehlah mencubanya..boleh juga lihat di SINI dan di SINI




Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan gula merah
  • 5 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 1 sudu besar coklat emulco (utk kuih nmpk gelap)
  • Daun pandan
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan.Ayak semua tepung.
  3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur.Masukkan coklat paste.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji, sentiasalah di kacau guna whisk dlm 3 minit.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair.
  11. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  12. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  13. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

9 comments:

  1. sedapnyer kak Yatie kuih kaswi ni...tapi fiza suka yg kaler hijau...suka sgt2 kuih ni...he he he

    ReplyDelete
  2. wahhh.. sedap tu.. akak dlm cuti sekolah aritu 2 kali buat kaswi.. anak2 dok rumah jd kena ada makanan yg cukup utk dorang.. hihi.. 2nd time buat lagi sbb mak dtg.. lgpun.. masa 1st time buat dlm cuti sekolah tu tak sempat amik gambar.. hihi..

    ReplyDelete
  3. Assalam Yatie, selain ondeh2..kuih kaswi pun mantops kalau masuk ke tekak akak ni...fav jgk ni...nnt harus la teringin nk buat ni pulak...lama x buat...hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie,

    Maklong ni kira penggemar kaswi juga, tapi tak pernah buat sebabnya cuma maklong jer yang suka makan kaswi ni di rumah, jadi mana tempat kual kaswi yang maklong rasa sedap, maklum akan beli.

    Susah nak dapat yang sedap.

    ReplyDelete
  5. cantiknya warna kaswi Yatie mesti manis dah uhhh enak b angat kan, akak ni selalu buat yg anak2 suka je nanti nak try lah yg mama suka pulak ni copy resepi ok

    ReplyDelete
  6. Salam kak yati...meh kita tukar kuih ari ni akak..ct plak wak kuih cek mek

    ReplyDelete
  7. kuih kegemaran masa bulan puasa ni..nice2 :)

    ReplyDelete
  8. As salam. Cantik warna kaswi ini. Apa gula yg Yatie guna?

    ReplyDelete
  9. Saya dah cuba!! Memang marbelessss....makan satu, nak lagi dan lagi...thanks for the recipe!!

    ReplyDelete