Sunday, March 17, 2013

Anugerah Kecemerlangan 2012- Tahniah Hamka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga  kawan2 semua ceria2 selalu di samping keluarga tersayang. Syukur Alhamdulillah, semalam hari sabtu bersamaan 16.3.13 merupakan Hari Anugerah Cemerlang 2012 bagi SKTDS.  Pagi tu merupakan sekolah ganti dan murid2 yg terlibat dngn anugerah kecemerlangan ni tak di benarkan balik. Makan minum di sediakan dan bersiaplah murid2 di sekolah. Pkl 2 ptng bermulalah majlis tersebut dan diiringi dngn mesyuarat PIBG. Majlis berjalan dngn lancar, bila jam 5.30 barulah anugerah kecemerlangan berlangsung. Hati ni meronta2 dan tak sabar melihat anakanda tersayang Mohamad Hamka naik ke pentas. Maklumlah, kali ni Hamka dpt 5 hadiah, mcm tak percaya je..tu yg teruja di buatnya.

Sebagai ibu yg melahirkan, mmng perasaan bangga dan bersyukur tetap ada, mmng tak boleh di elakkan. Rasanya tentu ibu2 di luar sana pun begitu juga kan bila lihat kejayaan anak2.Kali ni Hamka dapat hadiah bagi matapelajaran terbaik BM, BI, MT,BA dan DSV. Syukur Alhamdulillah, moga Hamka lebih berjaya di masa2 akan datang. Perjalanannya masih jauh, tugas kita sebagai ibu bapa sentiasalah mendidiknya tanpa mengeluh kesah. Sayangi dan hargailah permata hati kita...

Di sini saya kongsikan gambar kenangan saat indah kejayaan Hamka. Maaf  semua, bukan berniat menunjuk2 dan Hamka ni baru drjh 1, tapi saya rasa bersyukur sangat dan kita sebagai ibu bapa kenalah hargai hasil titik peluh anak kita selama ini. Biarlah ianya jadi pemangkin semangat utk Hamka berjaya di masa akan datang. Akhir kata buat Hamka..Sayang anak mama...terima kasih kerana membahagiakan dan membanggakan mama....moga Hamka tidak jemu dan terus belajar rajin2 ya. Mama dan abah sentiasa mendoakan kejayaan Hamka juga anak2 mama yg lain.













17 comments:

  1. comel je anak akak ni... tahniah ye.. :)))

    ReplyDelete
  2. Tahniah Hamka, banyaknya hadiah. jugak tahniah buat mama n abahnya

    ReplyDelete
  3. Tahniah Hamka! Tahniah juga buat ibu & ayah Hamka! Moga terus berjaya pada masa hadapan...tak cukup tangan bawa hadiah tu he he eh...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Hamka..semuga terus berjaya di dunia dan di akhirat..insya Allah

    ReplyDelete
  5. aduh...cutenya dak hamka ni...comel!

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat hamka n k.yati....sejuk perut ibu yg melahirkan ye....

    ReplyDelete
  7. tahniah utk Hamka dari aunty Noor hee semoga terus berjaya seganding dgn si abang di UK sana, ada harapan besar ke sana tu Yatie, mudah2an ya berkat didikan dan doa ibubapa amin ya robbal alaminn

    ReplyDelete
  8. Tahniah hamka...bleh lah ct mintak tips dgn kak yati cara didik ank sampai semua cemerlang..

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk bujang cilik, moga terus maju..

    ReplyDelete
  10. Tahniah Hamka.. juga buat ibunya Yati.. moga terus cemerlang di hari mendatang..

    ReplyDelete
  11. Tahniah Hamka. ikut jejak adik-beradik yg lain jugak.

    ReplyDelete
  12. tahniah buat adik hamka,smoga trus berjaya..comel anak mcm mak dia je..:)

    ReplyDelete
  13. tahniah hamka..tahniah jgk buat mama dn abahnya.. :) zila66

    ReplyDelete
  14. tahniahhhhhhh

    tumpang happy sangat

    kak.. mmg kejayaan anak akak buat Ayu lebih slute sgt. sbb ayu nak umai berjaya jua..
    saat taip komen nie pun bulu roma Ayu dah naik.. sangat terharu dgn kejayaan Hamka

    ReplyDelete
  15. Salam mcm mana nak didik anak utk menjd mcm hamka ye...?

    ReplyDelete
  16. tahniah Hamka..
    ya Allah.. hati ibu manalah yg tak gembira bila anak2 cemerlang begini...
    kalau sy sekalipun pasti gembira juga... bertuahnya Yatie punya anak2 yang semuanya berjaya dlm pelajaran.. walaupun perjalanan masih jauh.. tp dah nampak tanda2 kejayaan besar akan menanti anak2 Yatie.. tahniah Yatie.. tahniah sekali lagi buat Hamka... kegembiraan berganda2 ni...

    ReplyDelete
  17. Tahniah buat Hamka... Gembira bukan kepalang.. Tentu ibu bapanya pun terharu dengan kejayaannya..

    ReplyDelete