Wednesday, November 30, 2011

Blog Kena Remove Atau Not Found? Penyelesaiannya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni seharian takleh on9 sebab takde letrik kat kawasan perumahan saya. Bila malam baru boleh online. Macam biasalah bila line dah ok, saya pun terus lihat blog kesayangan saya ni...macam biasa ok je pastu terus tngk FB dan tngk blog semula. TIBA-TIBA......blog Sinar Kehidupanku/Yatiememories blogspot.com not found/ kena remove/ akaun blog tak boleh buka....adoyaiiii pening kepalalah juga di buatnya. Sebelum ni pernah terbaca blog kawan2 yg kena kes macam ni. Masa tu tak berapa faham sangat, jadi cuma ambil kisah macam2 tu je. Bila dah kena kat blog sendiri barulah panik sendiri. Sebelum ni kena pak guard merah..hai serbasalah di buatnya sbb tak tau nak buat macamana. Saya pun fikir dan ronda2 kat blog kawan2 yg memberikan tutorial mengenai masaalah macam ni.

Terima kasih pada adik Sunah kerana berkongsi petua/tutorial mengenai kes macam ni. Akak amat2 menghargainya, dan berasa amat gembira bila masaalah ni dapat di selesaikan dngn segera. Pada kawan2 yg belum terkena kes2 mcm ni, harap tidaklah panik bila perkara mcm ni berlaku ya. Dengan tutorial yg di kongsikan bersama ni harap dapat membantu. Sama2lah kita berkongsi ilmu yg bermanfaat ni ya. Janganlah bila berlaku perkara mcm ni kita terus tuduh ada orang dengki dngn kita ataupun kita berburuk sangka sesama manusia. Seelok2nya kita tenangkan fikiran dan carilah jalan penyelesaiannya...itulah yg terbaik.


Ermmm...meh sini nak kongsi sikit cara-cara bila blog kene remove oleh Blogger.com secara tiba-tiba. Bila kamu-kamu mendapati yang blog kamu kene remove dan tak dijumpai kat mana-mana, jangan panik. Mula-mula sekali gi website www.blogger.com dan login macam biasa.


Selalunya, bila da Sign In dengan betul, Google akan keluarkan mesej macam kat bawah ni.


Ni salah satu cara Google untuk buat verification pada akaun Google kita. Diorang nak check sama ada kita ni betul-betul manusia atau robot spammer semata-mata. So, bagi la no fon kamu yang boleh dihubungi. Bila da bagi no fon, klik "Send verification code", dia akan kuar cam kat bawah ni pulak.


Aha...no fon yang kamu-kamu bagi tadi tu, sebenarnya Google nak gunakan untuk hantar verification code, biasanya dalam 6 angka. Masukkan 6 angka tu ke dalam kotak verification code. Then klik "Verify". Google akan keluarkan window untuk Sign In balik sebagai tujuan menjaga security.


Masukkan semula password kamu, then klik "Verify" tu. Tunggu la dia loading, insya'Allah kalau ok, dia akan terus masuk ke dashboard dan kamu-kamu akan nampak balik blog kamu kat situ.

Tak ade???

Kalau tak ade tu, sabar la ye. Insya'Allah Blogger.com akan kembalikan jugak blog kamu, tapi lambat sikit. :)

Tuesday, November 29, 2011

Ayam Masak Kuzi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Maaflah sebab tak letak resepi ayam masak kuzi sekali. Sebenarnya saya dapat resepi ni dari buku masakan Kelantan oleh Chef Hafiza. Dah lama nak cuba resepi ni, tapi tak ada rempah kuzi. Bila tengok resepi ni mudah je walau tak guna rempah kuzi, malahan kita boleh buatnya sendiri mengikut bahan2 yg ada. Bila dah cuba resepi ni...wallahhhhh tak terkatalah mmng sedap sangat...memang kena betul bila di makan bersama nasi serai ataupun nasi kegemaran. Resepi ni pula tak perlu menumis, masukkan semua rencah dan biarkan ayam mesra dan masak sekata. Bila dah masak seakan2 rasa ayam beriani pula..mmng sedap betullah.

Pada kawan2 yg nak masak ayam kuzi ni tapi takde perencah kuzi, bolehlah cuba resepi ni..mmng menjadi dan sedap..kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Kalau nak tumis perencah tu pun boleh tak jadi masalah...anda cuba, anda juga yg tau hasilnya...betulkan..kan..Jom semak resepinya.


Bahan A
  • 1 ekor ayam- di potong 12, cuci dan toskan
  • 3 ulas bwng putih tumbuk dan sedikit kunyit utk goreng ayam
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan kismis hitam
  • 1 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 cawan badam cincang
  • 3 sudu makan tomato puri
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak secukupnya utk goreng ayam
Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering/ 1 cawan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
Bahan B (Rempah Kuzi )
  • 2 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 btng kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 tangkai bunga cengkih
Cara Memasak
  1. Bersihkan ayam. Gaulkan garam , kunyit dan bawang putih tumbuk. Goreng hingga kekuningan pada kedua-dua bahagian dan angkat.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan semua bahan A , bahan kisar dan bahan B.
  3. Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Masak hingga ayam empuk.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah buah tomato yg di belah 6.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
  6. Sedap di makan bersama nasi kegemaran.

Nasi Serai Dan Ayam Masak Kuzi

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi serai dan di makan bersama ayam masak kuzi. Masakan ni simple tapi sungguh menyelerakan. Anak2 suruh masak nasi ayam lagi, tapi saje je beri kelainan asalkan nasi2 yg berperisa...taklah asyik makan nasi putih je. Resepi asal adalah dari K.Nor dan saya ubah sikit ikut kesesuaian citarasa sendiri. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi. Pada kawan2 yg nak cuba kelainan masak nasi tu, bolehlah cuba resepi ni...pasti keluarga anda menggemarinya.



Bahan-bahan

  • 4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit)
  • 6 cawan air
  • 1 labu bawang besar ~ didadu kecil
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg kayu manis
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 btg serai ~ dititik/ketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • garam
  • 3 sudu besar minyak sapi ~ saya guna windmill
Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
  8. Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.

Sunday, November 27, 2011

Bingka Suji

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1433H buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Moga dngn kehadiran tahun baru islam ini kita sama2 memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan amal ibadah semoga setiap amalan kita di terima dan di berkati Allah swt.
Ok hari ni nak kongsikan bersama bingka suji yg saya buat petang tadi. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah cantik di potong. Rasanya jangan ceritalah...mmng sedap sangat. Sebelum ni nampak AlongRoz buat, tak sabar nak cuba...pastu nampak pula Mat Gebu dan seterusnya K.Zana buat bingka suji ni. Hari ni saya dapatlah merasa kuih yg sedap ni. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Saya guna loyang bulat 8 inci dan sapu butter di sekelilingnya. Alhamdulillah kuih jadi sempurna dan tak melekat di loyang. Selamat Mencuba semua.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 biji telur gred A
  • 110 gram gula (boleh tambah lagi jika suka manis)
  • 160 gram suji @ semolina
  • 250 ml santan pekat
  • 435 ml air
  • 1 camca teh pes pandan
  • 1/4 camca teh garam
  • 90 gram mentega
  • 30 gram tepung gandum
  • Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega.
  3. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur.
  4. Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  5. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan.
  6. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.

Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H. Mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.

Sejarah Hari Maal Hijrah

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN 1432 HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam


DOA AWAL TAHUN 1433 HIJRAH

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

**Jangan lupa kalau tak ke mana-mana, petang ni ajak semua ahli keluarga baca doa akhir tahun 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah 1432H dan selepas itu baca doa awal tahun 3 kali selepas maghrib pada awal 1 muharam 1433H bersama-sama.

C&P dari resepi rahsiaku

Friday, November 25, 2011

Ikan Siakap Kukus Halia

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Lama rasanya tak makan ikan kukus. Hari ni saya masak ikan siakap kukus halia. Bila menu ikan siakap, dalam kepala ni dok fikir nak di bakar atau di kukus. Biasalah kalau makan2 kat luar, mmng inilah menu wajib di order. Kadang2 tu masakannya tak menepati citarasa kita, dlm kepala dok fikirlah nak wat sendiri. Jadi hari ni saya masaklah ikan siakap kukus halia resepi dari Wana. Resepi ni mudah je, hiris bahan2 pastu campur semuanya dan terus kukus. Bila siap dah boleh makan, takyah tumis2 dan bersihkan dapur...mudahkan, yg penting sekali ianya sedap sangat. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni....mmng best.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
  • 2 inci Halia – di hiris halus
  • 3 biji Bawang merah – di hiris halus
  • 2 ulas Bawang putih – di hiris halus
  • 10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
  • daun ketumbar (dihiris)
  • daun bawang
  • 1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
  • 2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
  • 1 biji Air limau nipis
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Kicap Cair
  • 1 sudu kecil Gula
  • 4 sudu besar Air
Cara penyediaaannya
  1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
  2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
  3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
  4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.

Kuih Dadar/Gulung/Ketayap

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Kuih dadar/gulung/ketayap ni saya buat pagi tadi utk bf. Kuih ni sesuai buat sarapan ataupun minum petang. Kali ni saya bancuh adunannya guna santan dan intinya saya letak sedikit lempuk durian...waduhhh mmng sedap dan lemak kuih ni. Saya buat dapat dlm 20 ketul kuih ni...sedap betul dan puas makan. Kalau beli 3 seringgit, dah tu kadang2 tak menepati citarasa kita. Bila buat sendiri ni, suka hati kitalah nak letak apa2, janji sedap. Sebenarnya nak buat kaler kuning kuih ni, tapi biasalah atas permintaan Hamka lagi..kalau takde warna hijau dia takmo makan kuih ni..so saya buatlah 2 warna....sama2 puashati dan sama2 makan penuh selera. Kuih ni kuih2 biasa je, tapi mmng tetap di hati dari dulu,kini dan selamanya. Saya mmng suka kuih2 lama ni...pada saya ianya mudah, senang dan sedap.



Bahan-bahan.

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk pewarna hijau/ kuning
  • 2 cwn air
  • 3/4 cwn susu segar/santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan
  • Utk Inti
  • 1 biji kelapa parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar lempuk durian
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

Thursday, November 24, 2011

Sambal Ikan Bunga Kantan

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Malam ni nak kongsi resepi sambal ikan bunga kantan pulak. Resepi ni simple tapi sedap sangat. Gabungan sambal ikan bersama bunga kantan ni membuatkan masakan ni sungguh harum sekali. Lebih sedap lagi bila lalu kat tekak. Waduhhhhhh sedap betul, makan bersama nasi hangat2..takyah lauk lain daaaa.....asyik gitewwww. Resepi ni saya ambil dari Che Mat Gebu yg mmng pakar memasak tu. Kalau pening dan blurrrr tak tau nak masak apa, mmng wajib singgah blog DTS...kat sana mcam2 adaaaa. Terima kasih Mat Gebu berkongsi resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kali ni akak guna ikan kerisi..mmng sedap sangat. Pada kawan2 yg nak merasa tu, apa lagiiiii..cubalah resepi ni...mmng sedap.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 ekor ikan kerisi, siang dan cuci bersih*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Garam secukup rasa*
  • Serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan bunga kantan untuk hiasan
  • 4 biji limau kasturi
  • minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 5 biji cili merah (Yatie guna 1 cwn cili kisar je)
  • 6 biji cili padi
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • Secubit belacan
  • 1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api....
  3. Curah sambal tadi atas ikan goreng dan hias dengan hirisan bunga kantan dan hidangkan segera...hmmm.

Kek Span Pandan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama kek span pandan yg saya buat petang semalam. Kalau setakat kek biasa2 ni bolehlah saya buat, kalau yg canggih2 tu mmng tak retilah. Lagi2 bab mendeco tu, tak ada kemahiran langsung. Tak kisahlah, asalkan kek yg saya buat ni hasil air tangan sendiri dan di berikan pada suami dan anak2 yg menghargainya dan menikmatinya dngn penuh selera. Syukur Alhamdulillah....

Sebelum ni nampak Kak CT buat kek span perisa strawberry. Kali ni saya buat perisa pandan sebab Hamka tu mmng suka sangat kek/kuih warna hijau. Kalau kek warna hijau..hai tak sabar2 dia nak rasa, sampaikan mangkuk adunan tu pun di ambil dan dirasa lebihan adunan yg belum masak tu. Pastu tunggu je depan oven, tanya bilalah nak masak kek ni..hehehehe..klakorlah Hamka ni. Takpelah, inilah masa seronoknya bila anak2 masih kecil, ada yg menanti masakan mamaNya. Bila semuanya dah besar dan tinggal jauh dari kita, takdelah yg menunggu kek depan oven lagi. Masa tu barulah terasa sunyi je.. Btw hargailah kegembiraan hari ini dan jangan selalu mengeluh bila sesuatu tu berlaku.

Ok, resepi ni saya kopipes dari Sweet4ever@my resepi.com. Terima kasih pada penyumbang resepi. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan. Kalau nak buat tu terpulanglah pada selera masing2 ya. Boleh di ubah ikut perisa kegemaran. Kek ni mmng sedap dan lembut sangat. Rasanya seakan2 kek chiffon.



Bahan-bahan : (loyang 4 segi 8 inci)
  • 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telor A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80 ml susu segar/air pandan
  • 80 ml minyak masak / mentega cair
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-cara :
  1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Yatie pkl telur bersama gula hingga kembang dulu. Lepas tu baru masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar/air pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.

Wednesday, November 23, 2011

Nasi Ayam Basmathi Special

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Dah masak ke belum? Hari ni saya masak cepat sikit. Ini adalah permintaan anak2 utk makan nasi ayam buatan mamaNya. Lama dah mama tak buat nasi ayam katanya. Jadi hari ni tunaikanlah permintaan anak2 tersayang. Bila dah siap masak, cepat2 tangkap gambar pastu suruhlah anak2 makan..waduhhhhh berselera betul mereka. Bila dah siap makan, tanya pula menu apa utk minum petang. Adoyaiiiiii lum hilang penat dah ada permintaan utk petang pula. Begitulah ragam anak2 bila semuanya ada kat rumah. Kalau ada anak yg sulung kat rumah ni lagi best. Semuanya berkumpul sambil menikmati hidangan bersama. Oklah jom kita semak resepi nasi ayam yg menggunakan beras basmathi ni. Saya suka guna beras ni sbb suka tngk berasnya panjang2 dan peroi dan rasanya tetap lembut walau dah sejuk. Resepi kali ni mudah je..jom semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan untuk nasi :
  • 4 cawan beras (saya guna beras basmathi kali ni)
  • 6 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 6 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan rendam dlm 30 minit, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Madu
  • 1 ekor ayam- di potong 12....selebihnya di cincang utk buat supnya
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
Bahan-bahan untuk Sos pedas merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
Bahan-bahan sambal kicap
  • 8 biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
Bahan-bahan untuk Sup Ayam ringkas
  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Tuesday, November 22, 2011

Pengat Keledek Sekoteng

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Pengat keledek ni saya buat petang tadi. Kali ni berderet menu keledek. Sebenarnya saya beli keledek dua jenis aritu, satu kaler kuning dan satu jenis lagi warna oren. Keledek kuning telah selamat dibuat kuih keria, manakala yg oren ni pula saya buat pengat dan sebahagian lagi saya buat kuih talam. Kuih talam pula esok2 jelah ya n3 kat sini. Rasanya ramai yg dah tau buat pengatkan, takpe saya kongsikan juga kat sini resepinya buat rujukan anak2 di masa akan datang.





Bahan- Bahan

  • 2 ketul keledek oren sederhana besar
  • 1 cawan sekoteng
  • 1/2 ketul gula melaka/gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Cara Menyediakannya.
  1. Keledek di bersihkan, potong dadu besar, rebus sehingga empuk dan toskan.
  2. Dlm periuk lain, rebus sekoteng sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  3. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  4. Satukan keledek dan sekoteng yg telah di rebus ke dlm periuk.
  5. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  6. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
  7. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.

Monday, November 21, 2011

Kuih Keria istimewa sentuhan air tangan my son.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni bf kuih keria je. Uwaaa..kat tajuk tu sentuhan air tangan anak bujang lagi. Saja je nak kongsikan bersama kawan2 semua kuih keria yg anak bujang saya buat. Bila tngk kuih ni terasa sayu je..tapi gembira pun ada sbb hasil air tangannya sendiri. Bila dok merantau ni, kenalah masak sendiri dan cuba pelbagai resepikan.

Sebenarnya buat keria ni malam tadi, saya buat 2 adunan sekali...dapat banyak dlm 45 ketul. Suami dan anak2 mmng suka kuih ni, jadi saya mmng kena buat lebihlah. Takut tak sempat sira kuih dngn gula, kuihnya dah habis mcm sebelum ni. Kali ni nak bagi semua kenyang dan tak takut2 nak makan, saya pun buatlah guna 1kg keledek....semuanya puashati sbb puas makan. Kalau beli asyik terkena yg keras dan liat je sbb banyak tepung....kalau nasib baik dapatlah seperti kuih keria yg di inginkan.

Sebelum ni pernah buat kuih ni, tapi tak pernah n3 lagi sehinggalah anak bujang yg tinggal kat UK cari resepinya kat blog mamaNya tapi tak jumpa2. Alahai kesiannya anak mama, teringin sangatlah tu nak makan kuih keria. Saya pun beritahu melalui talipon je, tak sangka anak saya meneruskan juga niatnya buat kuih keria yg di idamkan. Akhirnya kuih kerianya menjadi dan siap di sira gula. Cuma kat sana cuma ada keledek oren, jadi tak berapa sesuai sbb dah letak lebih tepung pun still lembik...daripada di buang lebih baik di teruskan je projek kerianya tu. Tak kisahlah, yg penting anak saya berani mencuba...lenkali pasti Talhah boleh guna kentang pula atau guna separuh kentang rebus dan separuh lagi keledek oren tu. Saya akak buat percubaan dahululah..bila ok, saya beritahu kat anak saya...ok, tungguuuuuu....

Oklah resepi keria yg sedap ni saya kopipes dari Kak Anim dan Kak Liza adalah tuan punya resepi asal. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya buat rujukan diri sendiri dan anak2 di luar sana yg baru belajar2 masak. Kalau teringin tu, bolehlah mencubanya.




Inilah kuih keria yang anak bujang saya buat menggunakan keledek oren

Bahan-Bahan
  • 500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Untuk Sira Kuih
  • 1 cawan gula-
  • 1/2 cawan air
Cara-Caranya
  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
**Untuk adunan kuih di atas, saya hanya gunakan separuh je adunan gula utk sira kuih. Maksudnya saya guna 1/2 cwn gula dan 1/4 je air. Masak sampai likat, matikan api dan masukkan kuih dan gaul perlahan sehingga semua kuih bersalut gula. Selamat Mencuba.

Saturday, November 19, 2011

Kerabu Jantung Pisang Ala Peranakan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni tayang kerabu jantung pisang ala peranakan gitew. Sejak nampak Mat Gebu buat aritu, tak sabar rasanya nak buat dan merasa. Kebetulan masa aritu saya baru balik pasar tani, adalah sayur2 kampung di beli termasuklah si jantung pisang ni. Dalam kepala dok berkira2 je bila nak buat. Hari ni sampailah hajat nak buat kerabu jantung pisang yg sungguh harum dan sedap ni. Suami saya suka betul makan kerabu ni, main ratah2 gitewwww je. Kena gigitan lada lagi..bertambahlah sedap katanya. Saya dok senyum je bila suami makan dngn penuh nikmat dan selera. Terima kasih Che Mat Gebu kerana berkongsi resepi kerabu yg sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji jantung pisang
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda, hiris halus
  • 2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 100 ml pati santan
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi*
  • 1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibuang sedikit kulitnya, rebus hingga lembut. Tos dan sejukkan, kemudian buang lagi lapisan kulit hingga dapat bahagian yang lembut. Belah dua, hiris dan toskan, kalau berair, perah sedikit dan letak dalam bekas.
  2. Santan dimasak bersama bahan tumbuk halus, guna api kecil, kacau rata dan masukkan udang, tambah garam dan gula secukup rasa. Bila udang masak, matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Masukkan hirisan daun limau purut, serai, bunga kantan dan bawang merah ke dalam bekas berisi jantung pisang tadi. Gaul rata dan masukkan no. 2, gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, sesuaikan rasa, jika kurang garam tambah sedikit lagi. Tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan..

Friday, November 18, 2011

Talam Roti Lapis Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat talam roti lapis coklat resepi Kak Wan. Sejak nampak K.Wan tayang aritu, tak sabar rasanya nak buat dan merasa kesedapan kuih ni. Bila dah buat ni, barulah tau betapalah sedapnya kuih talam ni. Bahan2nya simple je dan cara membuatnya pun mudah. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada K.Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-Bahan
  • 4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
  • 50 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200 ml santan KARA
  • 100 ml air
  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung sagu/tpng ubi
  • 1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji)- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap betullah.

Cara-cara :
  1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
  2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
  3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
  5. Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
  6. Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Thursday, November 17, 2011

Apam Polkadot utk jamuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni busy betul, banyak urusan kat sekolah mengalahkan ibu2 yg anaknya nak ambil keputusan UPSR kat sekolah. Tahniah di ucapkan pada anak2 yg telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang. Pada yg tak berjaya tu, jangan sedih..cuba lagi di masa2 akan datang. Lagi pun dah nak akhir tahun persekolahan, jadi adalah jamuan sekolah pagi dan petang. Anak2 main order je suruh mamaNya buatkan kuih muih utk jamuan. Sejak petang smlm mmng tak berhenti buat apam polkadot ni atas permintaan guru kelas anak2. Seronok pula bila buat apam polkadot bersama anak2. Saya buat je, yg tukang dot2kan anak dara sayalah Seri Izati. Kalau bab menghias2 ni Seri mmng rajin sikit. Lihatlah apam Seri yg comel2 tu.

Kali ni saya kukus guna trio steamer tu. Mula2 tu risau gak takut apamnya mekar sbb steamer ni cepat masak dan macam guna api besar..sedangkan kukus apam ni kena guna api sederhana. Saya kukus guna tingkat yg ke dua, jadi hasilnya cantik dan permukaannya pun licin je takde lubang2 kecil. Pada kawan2 yg ada trio steamer tu bolehlah mencubanya. Pada yg takde tu, boleh je guna pengukus biasa sbb sebelum ni pun saya guna kukus biasa je....hasilnya pun tetap memuaskan hati. Resepi macam biasa boleh juga lihat di SINI.




Wednesday, November 16, 2011

Nangka Masak Lemak Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi tadi saya ke pasar, macam biasalah teruja betul kalau nampak sayur kampung. Tak sabar nak beli dan cuba masak macam2. Tapi biasalah sayur mcm ni tak tahan lama kat peti ais. Jadi saya pun kurangkanlah membeli sayur2an kampung ni, nak elakkan pembaziran. Sebelum ni beli apa yg nampak depan mata. Pucuk ubi, pucuk manis, pucuk keledek, paku pakis, pucuk labu dan segala macam pucuklah...termasuklah nangka muda dan pisang muda ni. Sampaikan dlm seminggu tu, sayur2 kesayangan tu dah layu dlm peti ais. Sayang betullahhh...last2 terbuang begitu saja. Seronok betul kalau apa yg di hajati tercapai.

Tapi tulah..takkan minggu tu asyik nak masak masakan kampung je....cian pulak kat anak2. Diaorang siap tanya asyik sayur yg mama dan abah suka je. Mana sayur kegemaran diaorang. Lagi2 Hamka tu, cerewet sikit....dia suka makan brokoli, carrot, cauliflower dan kacang panjang. Kalau tomato tu 2 biji dia sorang je yg makan. Hamka mmng suka makan buah tomato mcm gitew je. Kalau jumpa tomato ceri lagilah....macam makan anggur di buatnya. Satu bekas tu, satu hari je dah abes. Klakarlah Hamka ni...tak kisahlah, asalkan dia suka makan buah dan sayur2an. Kadang2 tu saya beli buah tomato 1 kg khas utknya saja utk 1 minggu. Seronok tngk dia makan mcm gitew je.

Oklah, kali ni saya masak nangka muda lemak putih je. Makan dngn ikan goreng, ikan masin dan sambal belacan....fuhhhhh sedap betulllah. Maunya bertambah2 nasi dan lauk. Bukan selalu dapat makan sayur nangka muda ni. Haiiiii bila citer ni, perut terus lapar lagi..nampaknya lepas ni nak kena makan lagilah..hah3..teruk betullah. Terima kasih Mat Gebu berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan akak kopipes resepinya kat sini ya buat rujukan. Esok akak nak masak jantung pisang pulak macam yg Che Mat buat tu. Eeeee... tak sabar rasanya. Jomlah kita semak resepi nangka muda lemak putih ni.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg nangka muda, potong kecil dan rendam
  • 1 liter santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Garm secukup rasa
  • Secubit gula
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan nangka muda (toskan) ke dalam periuk bersama bawang merah hiris, bawang putih, serai titik dan juga udang kering, gaul rata.
  2. Tuang santan cair hingga nangka tenggelam, kalau kurang tambah air.
  3. Masak hingga mendidih, renihkan hingga nangka lembut.
  4. Tambah daun kuyit dan pati santan. Masukkan lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula, kalau nak guna serbuk perasa pun ok.
  5. Kacau dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  6. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  7. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin@ikan goreng....

Tuesday, November 15, 2011

Puding Sagu Pelangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita layan puding sagu pelangi pula. Istimewanya puding ni adalah ianya seakan2 permata, cantikkan bila biji sagu tu di warnakan. Saya mmng dah lama teringin nak buat, asyik tertangguh je. Kali ni buat pun ikut versi Lina PG, mengikut resepi asal menggunakan santan, tapi saya guna susu cair macam yg Lina buat. Lain kali nak juga guna santan, tentu lagi sedap dan lagi lemak. Btw puding ni mmng menarik dan sangat sedap. Terima kasih pada penyumbang resepi asal iaitu Gert, resepi ni ada gak di blog Mat Gebu, Naz Cute Oven dan saya C&P resepinya dari Lina PG. Kalau kawan2 rajin tu, bolehlah buat guna acuan2 kecil yg menarik. Saya nak cepat, so buat je dlm loyang 8 inci.






Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu putih
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
  • 3 jenis pewarna kegemaran
Cara Membuatnya
  1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
  2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
  3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
  5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
  7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku

Monday, November 14, 2011

Ikan Siakap Bakar Tomyam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini lah menu tengahari kami sekeluarga. Kali ni saya masak ikan siakap bakar tomyam. Resepi ni ringkas je tapi sedap sangat. Bila bakar ikan tu, terasa harum semerbak je bau daun limau purut. Terima kasih pada empunya resepi asal iaitu Kak Liza dan saya C&P resepinya dari Mas Duniaku. Sebelum ni nampak gak di rumah Kzai dan Noorsha, tu yg buat terliur semacam je. Bila dah cuba tu mmng betul2 sedaplah.Pada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah mencubanya. Resepi ni mudah dan ringkas, yg penting ianya sangat sedap..cubalahhh...


Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil
Bahan B :
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos
Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

Kaswi Nyonya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi kuih Kaswi Nyonya yg saya buat petang semalam. Kuih kaswi ni sesuai utk sarapan pagi ataupun hidangan minum petang. Cara membuatnya senang je, sama macam kuih kaswi yg lain tu, cuma kuih ni adunannya di bancuh dngn santan pekat dan santan cair. Rasanya....jangan citerlah, mmng sedap sangat. Saya mmng suka kuih2 macam ni, sedap kenyal2 manje gitewwww.

Oklah kita semak resepinya ya. Hari ni saya tak berapa sihat, sakit kepala dan rasanya mmng nak selsema ni. Pening yg amat sangat dan tekak ni berasa perit sangat.. Lepas ni nak makan ubat dan rehat kejappppp. Terima kasih pada Kak Fida@myresepi kerana berkongsi resepi kuih yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )

Bahan A - dimasak hingga mendidih dan sejukkan,tapis.
  • 250 gm gula pasir
  • 250 gm gula melaka (Yatie guna gula merah yg gelap)
  • 600 gm santan cair(drpd 2 biji kelapa utk santan pekat dan cair)
  • 1 sk garam
  • 2-4 helai daun pandan - disimpul
Bahan B - di satukan di dlm sebuah mangkuk
  • 140 gm tepung beras (cap gajah)
  • 140 gm tepung ubi/tapioca FLOUR
  • 55 gm tepung jagung
  • 600 gm santan pekat
  • 1 sudu kecil rata kapur (yg pekat, pastu bancuh dngn sedikit air)
  • 1 sudu besar pewarna choc.(Yatie tak letak sbb dah guna gula merah gelap)
Cara-cara
  1. Masak bahan A hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan.
  2. Dalam mangkuk yg lain, satukan bahan B.
  3. Bahan A dan B di satukan dan digaul rata dan ditapis lagi.
  4. Masak adunan hingga naik wap .
  5. Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu minyak dan dipanaskan di dlm kukusan
  6. Kukus selama 30-40 min.
  7. Sejukkan kuih kaswi dulu baru dipotong dan disajikan bersama kelapa parut putih.

    ** Yatie guna acuan kecil, masa mengukus di pendekkan dari 20- 25 minit saja.

Friday, November 11, 2011

Bingka Ubi Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi kuih bakar/bingka ubi pandan. Biasanya kita makan bingka ubi gula merah, gula melaka ataupun yg warna kuning tu, kali ni kita cuba pula yg di letak perisa pandan. Kalau dah namanya kuih yg berkaitan dngn ubi, mmng pastinya sedap...letaklah perisa apa pun..mesti sedap punya. Saya ni mmng peminat setia kuih yg berkaitan dngn ubi, cuma kadang2 tu sukar utk mendapatkan bekalan ubi. Kebetulan saya balik kampung aritu,jadi dapatlah ubi yg segar dari kebun. Ubi ni sedap juga di rebus ataupun di goreng, terasa lembut dan lemak sangat. Kalau dapat ubi yg mcm ni mmng berbaloi betullah....

Ok, kali ni saya buat bingka ubi pandan ni resepi dari Bro Rozan. Sebelum ni nampak juga di rumah MamaHawa dan juga AlongRoz. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya.



Bahan-Bahan (loyang 10x10x2 inci)
  • 1 kg ubi yg telah di parut (perah dan buang semua kanjinya)
  • 500 ml santan pekat (santan kotak)
  • 150 ml air
  • 250 gm gula
  • 4 biji telur –kacau sedikit
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar pes pandan
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning (utk mendapatkan warna hijau yg lebih menarik)
Peraturan :
  1. Satukan ubi parut dan gula dalam sebuah mangkuk besar lalu masukkan minyak sapi dan telur. Gaul rata bahan-bahan ini.
  2. Kemudian masukkan santan, pes pandan, air, garam dan pewarna kuning. Kacau lagi sehingga sebati.
  3. Sapukan sedikit minyak pada dasar dan keliling loyang berukuran 10 inci. Bubuh adunan ubi tadi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam – 1 jam 10 minit dgn suhu 200/220 darjah Celsius. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.

Thursday, November 10, 2011

Dalca Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan Dalca Daging pula ya. Rasanya ramai kawan2 yg dapat daging korban sempena AdilAdha tempohari. Tentu juga kawan2 binggung nak masak apa, begitu juga dngn saya. Kali ni teringin pula nak makan dalca daging. Lagipun senang keje, tak payah masak sayur segala..dlm dalca ni macam2 ada...ada daging dan juga sayur2an. Bila kuah dalca ni banyak lagi, bolehlah merajinkan diri membuat roti canai ke, roti jala, roti puri, roti arab,takpun makan dngn roti putih je. Dalam kepala saya ni dok fikir2 nak makan dngn lempeng pekak je....ianya senang, mudah, cepat dan sememangnya sedap. Resepi kali ni saya C&P dari Mat Gebu, terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Dalca ni mmng sedap. Kawan2 bolehlah mencubanya, jom kita semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA
  • 400 gram daging, hiris dan rebus empuk,
  • 1 biji terung bulat, dadu besar2
  • 8 tangkai kacang panjang, kerat2 pada saiz 1 inci
  • 2 biji kentang, belah 8 setiap biji
  • 1 batang lobak merah, potong berbaji
  • 1/2 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk
  • 2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
  • 1 biji tomato, belah 8
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama baba's)
  • 700 ml santan cair
  • 200 ml santan pekat
  • 2 camca besar cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 2 keping hirisan lengkuas
BAHAN TUMIS
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
CARA MEMBUATNYA
  1. Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang bancuhan rempah kari, tu tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masukkan daging bersama air rebusan. Tambah santan cair dan biar mendidih hingga kentang dan lobak lembut. Tambah sayur lain, kacang dhal rebus, asam gelugor dan juga pati santan. Kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api...boleh hidangkan.

Wednesday, November 9, 2011

Pari Lemak Cekur Bersama Terung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan pari lemak cekur bersama terung. Masakan ni lebih kurang macam ikan masak pecal je. Kalau orang jawa mmng cukup suka dan sinonim dngn pecal ni. Sebut je pecal, mmng dah tau daaa apa dia. Pecal juga boleh di makan dngn sayur2 yg di celur dan di tambah kuah kacang. Sebelum ni saya masak pecal ikan, ramai pula yg keliru, tapi itulah, dah namanya pecal..nak buat macamana ya.. Kalau nak tau macamana rasanya, bolehlah mencubanya..mmng sedap. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan- Bahan

  • 2 potong ikan pari
  • 1 btng terung panjang (belah 2 memanjang, pastu potong 3, belah tengahnya tapi jngn sampai putus hujungnya)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun cekur (hiris halus)
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • minyak utk menggoreng ikan.
Bahan tumbuk
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji ubi cekur
  • 20 biji cili padi merah (cili ni di tumbuk kasar je)
Cara Memasak.
  1. Bersihkan ikan pari, cuci dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan goreng sehingga masak dan ketepikan.
  2. Goreng terung sehingga masak dan ketepikan juga.
  3. Satukan bahan2 yg di tumbuk ke dalam periuk. Masukkan santan cair, asam gelugor dan biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan ikan pari dan terung yg telah di goreng tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  5. Masukkan hirisan daun cekur dan gaul lagi. Biarkan mendidih sambil di gaul.
  6. Bila dah cukup rasa, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan.

Doh Asas Roti Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf dngn roti manis buatan sendiri. Kalau buat sendiri ni, sedap makan masa baru keluar dari oven...terasa fresh betul roti tu. Biasanya kalau tiada kerajinan, saya cuma beli je roti2 ni. Kali ni mood meroti tu datang semula, so jadilah pelbagai roti yg di hasilkan menggunakan resepi yg sama. Terima kasih pada Ros@jintanmanis.com kerana berkongsi resepi roti yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg belum pernah buat roti sendiri tu....cubalah dan yakinlahhhh...pasti menjadi roti ni. Buat pengetahuan kawan2 semua, Yatie hanya guna tangan je utk menguli kesemua roti2 yg di hasilkan di blog Sinar Kehidupanku. Kebanyakkannya menjadi dan hasilnya tetap gebu dan lembut. Anggaplah ianya cuma senaman tangan je ya. Lebih seronok dan hilang segala penat menguli doh bila roti yg di hasilkan menjadi. Kalau tak percaya..anda cubalah sendiri...mmng berbaloi..




Doh roti ini juga boleh di buat roti berinti sosej

Bahan-bahanya
  • 300 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 180 ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
  • sosej yang telah direbus
  • sedikit gula
  • mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, Yatie sapu gliss pastu tabur gula, boleh juga bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.