Wednesday, November 9, 2011

Doh Asas Roti Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf dngn roti manis buatan sendiri. Kalau buat sendiri ni, sedap makan masa baru keluar dari oven...terasa fresh betul roti tu. Biasanya kalau tiada kerajinan, saya cuma beli je roti2 ni. Kali ni mood meroti tu datang semula, so jadilah pelbagai roti yg di hasilkan menggunakan resepi yg sama. Terima kasih pada Ros@jintanmanis.com kerana berkongsi resepi roti yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg belum pernah buat roti sendiri tu....cubalah dan yakinlahhhh...pasti menjadi roti ni. Buat pengetahuan kawan2 semua, Yatie hanya guna tangan je utk menguli kesemua roti2 yg di hasilkan di blog Sinar Kehidupanku. Kebanyakkannya menjadi dan hasilnya tetap gebu dan lembut. Anggaplah ianya cuma senaman tangan je ya. Lebih seronok dan hilang segala penat menguli doh bila roti yg di hasilkan menjadi. Kalau tak percaya..anda cubalah sendiri...mmng berbaloi..




Doh roti ini juga boleh di buat roti berinti sosej

Bahan-bahanya
  • 300 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 180 ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
  • sosej yang telah direbus
  • sedikit gula
  • mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, Yatie sapu gliss pastu tabur gula, boleh juga bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

15 comments:

  1. Assalam yatie, semua roti2 tu cantik n mcm beli kat kedai, mesti puas hati buat, bila tgk hasil begini

    ReplyDelete
  2. teringin jugak buat sendiri, uli dgn tangan pun jadi juga kan, nak buat lah

    ReplyDelete
  3. Rajinnyaaa membakar roti kak oiiii

    ReplyDelete
  4. hai...salam kenal yatie...^^ baru skrg nak follow slps khatam semua menu2 kat sini...^^

    ReplyDelete
  5. as-salam kak
    sedapnye roti2 tu..npk gebu dan lembut texture nye.

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah yatie...nnt Liza nk try buat basic roti guna resepi ni pulak...Liza masuk list dulu yer...thanx

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie....waaaah, dah meroti eks...akak malas tul la skrg ni..BM tu pun dah lama tul berehat...ntah2 dah berkaratzzz, hehhee..mintak 3 ketuii bun tu Yatie cayanggg :))

    ReplyDelete
  8. Assalam K Yatie...
    rajinnya meroti...roti manis tu kalau dapat makan ngan Kopi O panas ptg ni, sedapppnya... ^__^

    ReplyDelete
  9. clap clap.. bagus akak uli pakai tangan.. rajin tau.. suka dengar.. ita yang ada BM ni pun dah jarang Bm tu berkerja hihihi.. ita pun suka resepi ni kak

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum k yatie..apa kabar? Lama x kita x borak2. Byknya menu yg lyza tertinggal semuanya sedap2 nampak..roti pon nampak sedap tu..lagi lak mkn panas2 sambil hirup air kopi panas..perkhhh..

    ReplyDelete
  11. ada bukak bakery ke...???

    ReplyDelete
  12. Mcm mana bake roti ni?gune api atas bawah ke dari awal membakar? Tlg tunjuk ajar ye....

    ReplyDelete
  13. Tq saya selalu mencube resepi yatie,harap halalkan ye

    ReplyDelete