Saturday, November 19, 2011

Kerabu Jantung Pisang Ala Peranakan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni tayang kerabu jantung pisang ala peranakan gitew. Sejak nampak Mat Gebu buat aritu, tak sabar rasanya nak buat dan merasa. Kebetulan masa aritu saya baru balik pasar tani, adalah sayur2 kampung di beli termasuklah si jantung pisang ni. Dalam kepala dok berkira2 je bila nak buat. Hari ni sampailah hajat nak buat kerabu jantung pisang yg sungguh harum dan sedap ni. Suami saya suka betul makan kerabu ni, main ratah2 gitewwww je. Kena gigitan lada lagi..bertambahlah sedap katanya. Saya dok senyum je bila suami makan dngn penuh nikmat dan selera. Terima kasih Che Mat Gebu kerana berkongsi resepi kerabu yg sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji jantung pisang
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda, hiris halus
  • 2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 100 ml pati santan
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi*
  • 1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibuang sedikit kulitnya, rebus hingga lembut. Tos dan sejukkan, kemudian buang lagi lapisan kulit hingga dapat bahagian yang lembut. Belah dua, hiris dan toskan, kalau berair, perah sedikit dan letak dalam bekas.
  2. Santan dimasak bersama bahan tumbuk halus, guna api kecil, kacau rata dan masukkan udang, tambah garam dan gula secukup rasa. Bila udang masak, matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Masukkan hirisan daun limau purut, serai, bunga kantan dan bawang merah ke dalam bekas berisi jantung pisang tadi. Gaul rata dan masukkan no. 2, gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, sesuaikan rasa, jika kurang garam tambah sedikit lagi. Tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan..

11 comments:

  1. Buat kecur air liurrr jeeee...huhu

    ReplyDelete
  2. Kak Yatie, ni Dr Khatta mesti mkn bertambah2 tu ya, hihi

    ReplyDelete
  3. Puan yatie.. kerabu nampak sgt menyelerakan.. terliur ani .. oh ya thx folo.. saya hargai..

    ReplyDelete
  4. salam kak..sedapnye kerabu..feberet ni!!! jantung pisang pun suke..nyumnyummmm!

    ReplyDelete
  5. Assalam kak yatie,mmg terliur abis ni kak,sy lak ari yg CMG tayang kerabu nih baru jer wat kerabu jantung pisang siam jer,bila nmpk resepi nih,mmg dah terpikat tapi jantung pisang dah xda,Huhu..1 day mmg nak try juga resepi ni..

    ReplyDelete
  6. halamak....benda pertama Amie kutip tentulah udang-udang yang dah togel tu Yatie... terus masuk mulut! sedapnya....

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum kak Yatie..
    Sedap ni kak. naz suka jantung pisang. Suka juga kerabu.. Kecur dibuatnya..

    ReplyDelete
  8. sis kalau tak letak santan
    masih ok ker?

    ReplyDelete
  9. akak...
    x tertahan tgk kerabu yg akak buat nie tau.. sedaaapnya.. meleleh air liur d buatnya tau.. dian kalu bab kerabu gini mmg suka sgt makan... mmg best!!

    ReplyDelete
  10. sedapnya kerabu...my fav kerabu ni kak..ishh lama tak jumpa jantung pisang selalu cari asyik tak de stok jer:)

    ReplyDelete
  11. sungguhla meggoda kerabu tu kak.. nape la baru skg jumpa blog akak. hehe..

    ReplyDelete