Friday, November 25, 2011

Kuih Dadar/Gulung/Ketayap

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Kuih dadar/gulung/ketayap ni saya buat pagi tadi utk bf. Kuih ni sesuai buat sarapan ataupun minum petang. Kali ni saya bancuh adunannya guna santan dan intinya saya letak sedikit lempuk durian...waduhhh mmng sedap dan lemak kuih ni. Saya buat dapat dlm 20 ketul kuih ni...sedap betul dan puas makan. Kalau beli 3 seringgit, dah tu kadang2 tak menepati citarasa kita. Bila buat sendiri ni, suka hati kitalah nak letak apa2, janji sedap. Sebenarnya nak buat kaler kuning kuih ni, tapi biasalah atas permintaan Hamka lagi..kalau takde warna hijau dia takmo makan kuih ni..so saya buatlah 2 warna....sama2 puashati dan sama2 makan penuh selera. Kuih ni kuih2 biasa je, tapi mmng tetap di hati dari dulu,kini dan selamanya. Saya mmng suka kuih2 lama ni...pada saya ianya mudah, senang dan sedap.



Bahan-bahan.

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sk pewarna hijau/ kuning
  • 2 cwn air
  • 3/4 cwn susu segar/santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan
  • Utk Inti
  • 1 biji kelapa parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar lempuk durian
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

18 comments:

  1. sedapni yatie lama akak tak buat ,cantik aje gulungan ketayap yatie ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya k.yati..wiyah suka kueh ni,, btol tu kalau beli kadang tu tak menepati ngan selera kita..dah lama nak try buat tp belum sampai seru lagi,,;-)

    ReplyDelete
  3. Wah cantiknya kuih ketayap Yatie... hijau kuning gitu... bilalah akak nak rajin buat kuih ni...

    ReplyDelete
  4. Yatie .. asben ella suka kueh ni tapi kita suka beli jer sbb selalu tak berbaloi bila buat kue utk 3 org.

    BTW Yatie, thnks for sharing resepi ni sbb kita dah hampir2 lupa walaupun masa kecik2 dulu slalu tolong mama buat kue ni.

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie..biasa duk tengok kaler hijau je, ini kuning pun ada...dah jd geng kedah ni (hijau+kuning)...hehehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yatie...

    Cunnnnnnya Gulungan & Warna Kuih ketayap Tu...Tgk Gambar Mcm Nak Ngap!! Jer...Sabau Jerlah...

    ReplyDelete
  7. salam kak yati..smooothnye permukaan dadar kak yati ni.....nampak cute n sedapp... lame x mendadar, teringin lak nak mkn kuih dadar ujan2 nih.. uhuhuh..tulunn tulunnn..

    ReplyDelete
  8. Salam petang Yatie...
    Cantik betul kaler hijau n kuning :)
    Sedap nyer :P

    ReplyDelete
  9. cantik je gulungnya, eksklusif gitu hee.. part inti aku suruh mak aku modified letak telur hancur2 dalamnya, sedap gak hee..

    ReplyDelete
  10. sedapnya kuih ketayap yatie ni.Sungguh kemas gulungan kuih ini

    ReplyDelete
  11. yum yum.. lama ita tak buat kak punya teringin plak tambah sekarang dah sejuk asyik lapar je...;)

    ReplyDelete
  12. Aslmkum Yati

    kemas sama besar je gulungan kuih dadar ni...kuning hijau tu buat nampak lagi menarik. kuih dadar antara kuih kegemaran...dah lama betul tak buat....

    ReplyDelete
  13. rasa mcm nak buat je lagi.inti pun ada lagi tu..:)

    ReplyDelete
  14. Kemas dan gulungannya sama saiz sahaja. Kalau dah nampak sedap, bila dah makan lagilah sedap ye!

    ReplyDelete
  15. saya kalau gulung popia dengan kuih ketayap fail..hehe

    ReplyDelete
  16. Kalau tak buh minyak masa bancuh dadar uh jadi apa eh ? And kalu tak buh santan pn tak pe kan ?

    ReplyDelete