Tuesday, November 22, 2011

Pengat Keledek Sekoteng

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Pengat keledek ni saya buat petang tadi. Kali ni berderet menu keledek. Sebenarnya saya beli keledek dua jenis aritu, satu kaler kuning dan satu jenis lagi warna oren. Keledek kuning telah selamat dibuat kuih keria, manakala yg oren ni pula saya buat pengat dan sebahagian lagi saya buat kuih talam. Kuih talam pula esok2 jelah ya n3 kat sini. Rasanya ramai yg dah tau buat pengatkan, takpe saya kongsikan juga kat sini resepinya buat rujukan anak2 di masa akan datang.





Bahan- Bahan

  • 2 ketul keledek oren sederhana besar
  • 1 cawan sekoteng
  • 1/2 ketul gula melaka/gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Cara Menyediakannya.
  1. Keledek di bersihkan, potong dadu besar, rebus sehingga empuk dan toskan.
  2. Dlm periuk lain, rebus sekoteng sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  3. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  4. Satukan keledek dan sekoteng yg telah di rebus ke dlm periuk.
  5. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  6. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
  7. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.

7 comments:

  1. wah sekoteng...bila la saya nak merasa sekoteng ni...hheheh...lama betul saya tak beli keledek...teringin lak rasanya...biasanya saya ni bila dah beli skit nye malas nak masak kuih keria ke pengat ke..last2 kecut...hehhehe..bila tak dek gatai nak makan...huhuhu

    ReplyDelete
  2. cantik warna keledek tu Yatie...menyelerakan!

    ReplyDelete
  3. kat mane ade jual sekoteng ni?kat pasaraya ade tak?

    ReplyDelete
  4. @quinnie
    akak pun dah lama tak makan sekoteng ni, ni pun gara2 pergi melaka aritu...baru jumpa..akak pun mcm tu gak, kalau beli keledek tu sampai keledek tumbuh tunas barulah nak di masak..ni yg cepat2 gunakan sblm tumbuh tunas..hehehehe..

    ReplyDelete
  5. @Amie
    mmng saje guna keledek oren, tu yg menarik sikit tu..

    ReplyDelete
  6. @Siti Asiah
    akak beli kat melaka..mmng susah sikit nak dpt sekoteng ni..kat pasaraya mmng takde...

    ReplyDelete
  7. sekoteng tu apa kak?

    ReplyDelete