Monday, November 14, 2011

Ikan Siakap Bakar Tomyam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini lah menu tengahari kami sekeluarga. Kali ni saya masak ikan siakap bakar tomyam. Resepi ni ringkas je tapi sedap sangat. Bila bakar ikan tu, terasa harum semerbak je bau daun limau purut. Terima kasih pada empunya resepi asal iaitu Kak Liza dan saya C&P resepinya dari Mas Duniaku. Sebelum ni nampak gak di rumah Kzai dan Noorsha, tu yg buat terliur semacam je. Bila dah cuba tu mmng betul2 sedaplah.Pada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah mencubanya. Resepi ni mudah dan ringkas, yg penting ianya sangat sedap..cubalahhh...


Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil
Bahan B :
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos
Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

12 comments:

  1. Salam kak yatie...makan ikan bakar ye hari ni.

    ReplyDelete
  2. as-salam kak
    malam2 dtg npk ikan bakar..terliur dibuatnye..sedap ikan bakar ni mkn dgn nasi panas2 kak..

    ReplyDelete
  3. salam kak.. ita datang nak makan ikan bakar.. hik hik.. sedap ita pun pernah buat kak.. tapi guna ikan lain.. mana nak dapat ikan siakap kat sini.. lama tak makan dah

    ReplyDelete
  4. salam yatie..wah wangi nye terbau2 sampai disini...teringat kesedapan nya

    ReplyDelete
  5. salam Yatie,

    dr dulu lg nk try resepi ni. nanti kte pun try gak. nampak sgt2 menyelerakan....tq ye yatie..semangat dah ade ni... :)

    ReplyDelete
  6. salam yati....liza kalau bab2 ikan bakar ni mmg suka sgt la, nak2 yg bakar ada kuah cmni....

    ReplyDelete
  7. salam yatie. Nampak sedap ni. Thanks

    ReplyDelete
  8. hadoiiiii... Yatie! sudahlah dibakar...style bertomyam pulak....sedapnya! teringin nak buat gak...

    ReplyDelete
  9. As'salam Yatie


    Rasa macam rindu nak makan ikan, tapi ikan yang dicari tak ada lah yatie. nak makan ikan siakap ni suami tak suka pulak. tunggu ada ikan lain lah nanti..hehehe

    kecur pulak bila lihat ikan siakap bakar tomyam ni..leleh air jap ..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yatie sedapnya ikan bakar tomyam tu meh kita tuko dengan pau :)

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum kak Yatie..
    Sedapnya kak... terliur Naz. Hujan2 ni asyik terliur jer bila masuk dapur cyber org lain. Bahaya ni. Asyik nak mengunyah jer skrg. Tak perasan baju dah tak muat lak nanti..hehehe..

    ReplyDelete