Wednesday, November 30, 2011

Blog Kena Remove Atau Not Found? Penyelesaiannya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni seharian takleh on9 sebab takde letrik kat kawasan perumahan saya. Bila malam baru boleh online. Macam biasalah bila line dah ok, saya pun terus lihat blog kesayangan saya ni...macam biasa ok je pastu terus tngk FB dan tngk blog semula. TIBA-TIBA......blog Sinar Kehidupanku/Yatiememories blogspot.com not found/ kena remove/ akaun blog tak boleh buka....adoyaiiii pening kepalalah juga di buatnya. Sebelum ni pernah terbaca blog kawan2 yg kena kes macam ni. Masa tu tak berapa faham sangat, jadi cuma ambil kisah macam2 tu je. Bila dah kena kat blog sendiri barulah panik sendiri. Sebelum ni kena pak guard merah..hai serbasalah di buatnya sbb tak tau nak buat macamana. Saya pun fikir dan ronda2 kat blog kawan2 yg memberikan tutorial mengenai masaalah macam ni.

Terima kasih pada adik Sunah kerana berkongsi petua/tutorial mengenai kes macam ni. Akak amat2 menghargainya, dan berasa amat gembira bila masaalah ni dapat di selesaikan dngn segera. Pada kawan2 yg belum terkena kes2 mcm ni, harap tidaklah panik bila perkara mcm ni berlaku ya. Dengan tutorial yg di kongsikan bersama ni harap dapat membantu. Sama2lah kita berkongsi ilmu yg bermanfaat ni ya. Janganlah bila berlaku perkara mcm ni kita terus tuduh ada orang dengki dngn kita ataupun kita berburuk sangka sesama manusia. Seelok2nya kita tenangkan fikiran dan carilah jalan penyelesaiannya...itulah yg terbaik.


Ermmm...meh sini nak kongsi sikit cara-cara bila blog kene remove oleh Blogger.com secara tiba-tiba. Bila kamu-kamu mendapati yang blog kamu kene remove dan tak dijumpai kat mana-mana, jangan panik. Mula-mula sekali gi website www.blogger.com dan login macam biasa.


Selalunya, bila da Sign In dengan betul, Google akan keluarkan mesej macam kat bawah ni.


Ni salah satu cara Google untuk buat verification pada akaun Google kita. Diorang nak check sama ada kita ni betul-betul manusia atau robot spammer semata-mata. So, bagi la no fon kamu yang boleh dihubungi. Bila da bagi no fon, klik "Send verification code", dia akan kuar cam kat bawah ni pulak.


Aha...no fon yang kamu-kamu bagi tadi tu, sebenarnya Google nak gunakan untuk hantar verification code, biasanya dalam 6 angka. Masukkan 6 angka tu ke dalam kotak verification code. Then klik "Verify". Google akan keluarkan window untuk Sign In balik sebagai tujuan menjaga security.


Masukkan semula password kamu, then klik "Verify" tu. Tunggu la dia loading, insya'Allah kalau ok, dia akan terus masuk ke dashboard dan kamu-kamu akan nampak balik blog kamu kat situ.

Tak ade???

Kalau tak ade tu, sabar la ye. Insya'Allah Blogger.com akan kembalikan jugak blog kamu, tapi lambat sikit. :)

22 comments:

  1. Trima kasih atas informasi.. Ani hargai.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yatie...Terima kasih Bagi Info...Kalau Kak Lin Kena Mcm Ni Pun Panik Gak...Silap2 Buat Blog Baru...HikHikHikHik..

    Sayang Blog Yg Dah Sedia Ada Ni, Bukan Senang Nak BuatYg Baru, Perlukan Masa....

    ReplyDelete
  3. klau saya yg kene pun panik jugak ni.. TQ yatie berkongsi maklumat..

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie... terima kasih kongsikan kat sini... manalah tahu kan... sebagai panduan..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak yatie cayang..
    info yg sangat berguna sekali... terima kasih akak atas info nie.. Diana pun semakin risau kalau2 kena mcm nie.. dah ramai kena kan akak.. Alhamdulillah lepas nie boleh tarik nafas lega ckit sbb dah ada jalan penyelesaiannya.. TQ akak... Muahss...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak yatie..

    memang kan, ayu pun masa tu minta jasa baik sunah..
    thanks buat beliau sekali lagi
    dan terima kasih sbb kak buat tutorial free ttg blog yang not found tu..

    sangat berdebar2 saat blog kita hilang sekelip mata.. kan...

    ReplyDelete
  7. Aslmkm. TQ Yati kongsi tips ni. Kalau hilang blog tu mmg sedih kan.

    ReplyDelete
  8. Tq kak yatie. Mcm mennanti2 je jugak blog saya jadi cam tu. Baru ni saya tolong buat blog untuk kakak. Google siap2 tanya phone. Numbe untuk bagi pasword tu la. Kita dulu tak de kan. Tul maybe 1 day mesti jadi mcm ni jugak kan. Tq kak yatie.. Sangat bagus entry ni..

    ReplyDelete
  9. Assalam kak Yatie, baru tau boleh jadi gini yer..apapun tqvm diatas info yg menarik ni.semoga dapat membantu pada blogger lain pula jika berlaku masalah yg sama nanti.

    ReplyDelete
  10. gitu caranya nak buat....terima kasih kak kongsikan kat sini..risau jugak saya kot2 satu hari nanti terkena...mintak2 jgn lah ye...:)

    ReplyDelete
  11. tQ kak kerana berkongsi entri yang bagus.. sungguh menakutkan kalau terkena pada diri sendiri

    ReplyDelete
  12. terima kasih bg info ni.. harap² jgnlah berlaku dkt blog sy..

    ReplyDelete
  13. Assalam Yatie...owh kena jugak ke...hehe, nasib baik ada adik Sunah kita kaaann... Mmg akak dulu pun masa followers semua hilang, dia yg dptkan balik melalui GFC (google friend connection). Budak comey ni mmg pandai kaaan....hahahaha.. leh wat menantu ni Yatie... :))

    ReplyDelete
  14. salam yatie..dulu akak pernah gak kena mcmni bila nk buka email..panik gak dibuatnya..tq share entry ni..

    ReplyDelete
  15. salam yatie..tq share entry ni....manalh tau kot2...akk nk wat blog ^_^ zila66

    ReplyDelete
  16. kak yatie =) tun pun pernah terkena mcm ni. masa tu panik jap, tp tun tekan sana, tekan sini, dia kuar mcm ni la.. masa tu try n error je.. bagus sunah n akak share camni, xde la nnti kelam kabut sapa2 yg terkena.

    ReplyDelete
  17. Yatie....adik comeeyy Sunah kita tu mmg terbaaiiikkk kan....hehehe.. Akak pun terkena kejap smlm...baru nak letak entry...aleh2 ku tdo dulu sbb lambat sgt blogger.com tu antar verification code...hahahaha

    ReplyDelete
  18. yeay ada gak tutor ni
    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  19. Thanks! :'3

    http://koxtau.blogspot.com/2013/07/ya-allah-rasa-nak-menangis-akuuuuuu.html

    ReplyDelete
  20. Terima kasih info yang amat berguna,blog sy ok lg,tp kenapa sbbnya blog kena remove yer,ada sapa tahu.
    zamashop.blogspot.com

    ReplyDelete