Wednesday, November 23, 2011

Nasi Ayam Basmathi Special

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Dah masak ke belum? Hari ni saya masak cepat sikit. Ini adalah permintaan anak2 utk makan nasi ayam buatan mamaNya. Lama dah mama tak buat nasi ayam katanya. Jadi hari ni tunaikanlah permintaan anak2 tersayang. Bila dah siap masak, cepat2 tangkap gambar pastu suruhlah anak2 makan..waduhhhhh berselera betul mereka. Bila dah siap makan, tanya pula menu apa utk minum petang. Adoyaiiiiii lum hilang penat dah ada permintaan utk petang pula. Begitulah ragam anak2 bila semuanya ada kat rumah. Kalau ada anak yg sulung kat rumah ni lagi best. Semuanya berkumpul sambil menikmati hidangan bersama. Oklah jom kita semak resepi nasi ayam yg menggunakan beras basmathi ni. Saya suka guna beras ni sbb suka tngk berasnya panjang2 dan peroi dan rasanya tetap lembut walau dah sejuk. Resepi kali ni mudah je..jom semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan untuk nasi :
  • 4 cawan beras (saya guna beras basmathi kali ni)
  • 6 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 6 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan rendam dlm 30 minit, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Madu
  • 1 ekor ayam- di potong 12....selebihnya di cincang utk buat supnya
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
Bahan-bahan untuk Sos pedas merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
Bahan-bahan sambal kicap
  • 8 biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
Bahan-bahan untuk Sup Ayam ringkas
  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

21 comments:

  1. salam.. sedapnye nasi ayam kak.. arini saye masak lauk bodo2 jer.. huhu.. dah bosan nak makan ape.... hhehe...antarler semangkuk kat umah.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalam yatie, wah dah lama tak masak nasi ayam..sedap nya..tengok nasi ayam yatie ni..kita kalau masak nasi berperisa, tak kira nasi lemak/ ayam dan sewaktu dengan nya memang gunakan beras basmathi..memang terangkat makan sebab nasinya peroi2 gitu.. sedap..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yatie...
    Cuti sekolah dah bermula banyak lah resepi yang menarik dari Yatie..

    Tak sabar ita tunggu resepi dari Yatie setiap hari.. semua nampak menyelerakan.. kalau lah kita masih berjiran mesti ita dah dapat sepinggan hasil air tangan Yatie ni..

    Nasi ayam guna beras Basmathi mesti lebih menyelerakan lagi pula berasnya nampak sangat lembut dan berderai.. sedapnya.. tak sabar nak cuba!

    ReplyDelete
  4. hehe.. baru je kita ngomel kat entry td.. ibu2 kat rumah mesti sibuk melayan 'perut' anak2 bila cuti2 sekolah ni kan.. tp takper.. seronok tgk anak2 mkn berselera betul tak? nasi ayam ni mmglah all time feberet anak2.. kat rumah pun sama jugak kalau buat nasi ayam mmg laku...

    ReplyDelete
  5. Cantek la Beras tu. panjang2 ..tak hancur pun. pandai Yatie masak eh.

    ReplyDelete
  6. Yatieee....
    kita belum balik rumah lagi, belum lunch lagi...adeeehh Yatie, kecur liur dah niiii tengok menu hiodangan di sini....

    ReplyDelete
  7. ahai....seleranya tgk nasi ayam Yatie tu... kalau dekat dh tumpang bersila dah...hujan2 begini mmg perut asik keroncong jer... heee...

    ReplyDelete
  8. mengancam betul nasi ayam Yatie ni....ada lagi ke...nak lah sepinggan hehe

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Yatie... sedapnyer.. tgkpun dah terliur.. time2 cuti sekolahni meriahlah akak ngan order anak2... seronoknyer... kalau umh dekat lama tompang sekaki he he he

    ReplyDelete
  10. sedapnya yatie lama tak buat nasi ayam ,mmg cantik kalau guna beras basmathikan

    ReplyDelete
  11. As'salam...yatie (tak tau saper yg lebih tua...should i call u kak?...panggil nama jelah ye...lebih mesra)...hehe...tahu tak?..hari ni sangat suka + terkejut bila bukak blog saya, dan nampak yatie follow my blog...^_^ saya dah lama jadi follower yatie...hehehe

    tau tak apa yg lebih specialnya?...yg lebih specialnnya....baru malam tadi saya try buat resepi cheese coklat kek yatie...dan hari ni tuan punya resepi follow blog saya.....hehehehe

    tq and selamat berkenalan...

    p/s : saya suka blog yati sbb kat sini ada semua faveret dish me & hubby...hehehe

    ReplyDelete
  12. Salam Yatie, sedapnya nasi ayam Yatie... tergoda akak, cuti2 sekolah ni mesti seronok melayan permintaan anak2 kan...

    ReplyDelete
  13. Salam Yatie lama tak singgah sini.Nasi ayam ni nampak sungguh cantik.Tergoda dan terliur nak buat la pulak.

    ReplyDelete
  14. sedap seroi je nasi dia ye kak? saya jarang guna berasmathi ni..selalu fail je kalau guna...lembik..hhehehe

    ReplyDelete
  15. Aslmkum Yati.

    Gitulah kan bila anak2 cuti sek...tukang masak lagi sibuk di dapur...mcm2 anak order.bila dpt tunaikan permintaan mrk...semua mkn dgn selera...hilang penat kita di dapur...
    kalau nasi ayam mmg favorit....anak2 cukup suka.tambah2 guna beras basmati...elok je butir nasinya.

    ReplyDelete
  16. bila dah ramai2 ni mkn apa2 pun sedap.. lebih2 lagi dpt mkn masakan ibunya.. cantik nasi ayam klau buat guna beras basmathi.. nmpk terurai sebiji2..

    ReplyDelete
  17. Assalam Kak,Hihi anak2 bercuti,mamanya xmenang tanganlah kak eks,tangan pon xsempat kering,dah tanya menu utk mnum ptg lak,hihi..Tapi puas hati kan kalo anak2 n suami suka n mkn ngan penuh selera masakan kita,hilang segala penat..Sedap nmpk set nasi ayam akak tuh..

    ReplyDelete
  18. salam rindu yatie..lamanye x BW umah kengkawan..cantiknye nasi tu..yatie guna basmathi jenama apa ek?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaykumwbh Kak Yatie............

    Kaaaaaaaaaaaaaaaaak, memang cedap dap dap yum yum, wat nasi ayam guna beras basmathi, nak tambah2 je.....

    ReplyDelete
  20. salam yatie..sedap nya npk terhidang nasi ayam special..lama dh x buat

    ReplyDelete
  21. suka nasi ayam..kalau dpt rasa nasi ayam akak ni lagi ler sedap ni...ishh lapar lak nengoknya..hehe

    ReplyDelete