Thursday, June 30, 2011

Black Beauty Chocolate Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah kek hari ulangtahun kelahiran yg saya buat utk anak saya Mohamad Talhah semalam. Saya tanya nak makan kek apa, Talhah tak kisah, asalkan dari air tangan mamaNya sendiri. Saya ni kalau buat kek tu kira bolehlah, tapi bab mendeco mmng tak pandai dan tak ada seni langsung. Apa pun saya puashati jugalah sbb dpt menyediakan kek yg sungguh istimewa utk hari ulangtahun anak saya.

Resepi kek ni saya ambil dari dapur Maklang. Kek ni mudah je, tak payah guna mixer guna whisk je. Cara buat pun seakan2 American Cake. Pada peminat kek coklat dan nak buat cara yg mudah tu, bolehlah cuba resepi ni. Saya rekomen kek ni mmng sedap, bab topping tu pun sedap seakan2 puding rasanya. Memang sedap betullah, terasa moist dan lemak manis kek ni. Terima kasih pada maklang kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.





Bahan A
  • 2 cwn tepung gandum/superfine
  • ¾ cwn serbuk koko
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil b.powder
Bahan B
  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
  • 1 cwn air panas suam
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3 biji telur
Cara-Cara
  1. Ayak Bhn A, ketepikan
  2. Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
  3. Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
  4. Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
  5. Guna loyang 8x8
Topping mudah tapi sedap
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 2 sudu besar majerin/ butter
Cara- Cara
  1. Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Wednesday, June 29, 2011

Selamat Ulangtahun ke-19 Mohamad Talhah bin Mohd Khata


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata yg ke 19 thn. Syukur alhamdulillah kerana tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul bersama meraikan ulangtahunnya. Sebelum ni kami berjauhan kerana tanggungjawab yg perlu di laksanakan. Walaupun terpisah selama 3 thn, kami di beri kesempatan lagi utk bersama berkumpul dan mejalani kehidupan seperti biasa dngn penuh kesyukuran, ketakwaan dan keharmonian. Moga kami sekeluarga sentiasa di berkati dan di rahmati.

Masa berlalu begitu pantas, kini anak saya sudah remaja. Masih terbayang2 lagi saat melahirkannya 19 thn yg lalu. Saat melahirkan, membesarkan dan mendidiknya penuh dngn kesabaran. Saya paling tak boleh lupa bila masa kecik2 tu, Talhah tak suka tutup lampu bila nak tidur. Kadang2 tu sampai pkl 3 pagi, barulah saya boleh tutup lampu. Bila tutup tu pun..kdng2 dia tersedar balik dari tidurnya...wallaaaahhhhh...tidurlah saya dlm terang.

Bayangkanlah betapa silaunya.....manalah boleh tidurkan. Kdng2 tu bila siang saya balas baliklah nak tidur sekejap sbb terlalu mengantuk bila berjaga malam. Lagi sekali saya di uji....Talhah tak bagi saya tutup mata....dia tak bagi mamaNya tidur. Dia kata dia takde kwn....Saya pun cakaplah, Mama tak tidur, mama cuma tutup mata jeee... Mula2 tu oklah, dpt juga melelapkan mata. Bila esok lusa dia dah tahu daaaa..Dia kata, mama bukan tutup mata/kejam jek..mama tidur sebenarnya. Dia kata kalau mama tutup mata je, mesti sekejap...ini lama...tu yg dah kantoi daaa. Dia tahu mamaNya tidur. Kadang tu sampai mata saya di korek2nya supaya buka. Dia mmng tak suka tngk mamaNya tidur. Pelik kan....

Ada satu kisah lagi, Talhah suka naik kereta masa kecik2. Kalau malam nak tidur je, mesti kena pusing/ ronda2 dulu. Bila dah tertidur tu, barulah dia dpt tidur dngn lena. Pernah satu malam tu, Talhah menangis je tengah2 malam, puas pujuk tapi takmo diam. Biasanya kalau dia tak sihat barulah dia menangis malam. Tapi kali ni lain sikit, pujuk punya pujuk takmo diam juga. Suami saya pun bawa Talhah masuk dlm kereta....ya ampuuunnnn Talhah terus diam dan tersenyum. Dia pegang stering kereta tanda suruh jalankan kereta. Sejak hari tu, dah tau..mesti satu hari kena ronda2 dulu. Kalau tak..abeslah melalak malam2.

Bila kenang2kan masa lalu mmng mencuit hati dan membuatkan kita tersenyum jek. Alhamdulillah bila Talhah dah besar, dia menjadi anak yg baik, yg mendengar kata dan banyak mengalah. Masa sekolah rendah tu, tiap balik sekolah je Talhah belikan mamaNya kuih donut atau kuih apam yg di jual kat sekolah. Saya tanya, kenapa bawa balik dan tak di makan masa rehat. Dia kata teringat mama kat rumah. Talhah tahu mama suka sangat makan kuih. Hai..anak2, gembira dan terharu di buatnya. Sampai skrng, kalau balik dari asrama, mesti dia belikan kuih utk mamaNya. Itulah Talhah dulu, kini dan akan datang. Saya cerita ni bukannya apa, cuma sekadar berkongsi pengalaman. Kita sebagai emak, mestilah terharu bila anak buat macam ni...walaupun ianya sekadar kuih muih yg tak seberapa harganya, tapi saya amat2 menghargainya. Dari situ dah menunjukkan betapa kasihnya dia pada kita.

Hingga kini, bila saya cerita kisah2 lama je, dia menitiskan airmatanya. Dia sedih kerana membuat mamaNya sedih dan penat,tapi itu kisah masa kecik2lah. Syukur sangat2 sbb Talhah banyak mengembirakan dan membanggakan ayah dan ibunya sekarang. Moga Talhah akan terus kekal dngn tingkahlakunya yg menyenangkan dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 19 thn (29-6)buat anak kesayangan saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata. Moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagia dan membanggakan ayah dan ibu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Moga segala apa yg di cita2kan menjadi kenyataan dan di berkati. Pesanan mama,jagalah diri dan maruahmu walau di mana saja kamu berada. Taat perintah Allah, hormat kedua orang tuamu, hormati juga orng lebih dewasa dan hormati jua kita sesama insan....kelak dirimu selamat di dunia dan di akhirat. Aminn. Sesungguhnya mama, abah dan adik2 amat menyayangimu Mohamad Talhah.

* maaf ya, saya nak letak sekali gambar anak saya, tapi dari tak boleh nak upload...

Tuesday, June 28, 2011

Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni nak tayang kek kukus asam manis yg saya buat petang semalam. Biasanya kek kukus asam manis saya buat menggunakan tepung biskut, tapi kali ni nak mudah, guna je tepung gandum. Resepi asal kek ni adalah dari resepi Kek Kukus Velvet. Saya mmng suka kek kukus ni sebab ianya gebu dan lembut je. Saya sukat guna cara sendiri je sbb malas nak timbang. Saya lebih suka guna sukatan cwn metrik bila buat kek. Pada penggemar kek kukus tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ini.




Bahan-bahan (loyang bulat 9 inci)
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 1 sudu besar ovallette
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna kuning dan hijau
  • asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

Monday, June 27, 2011

Kuih Lapis Tembikai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi kuih lapis tembikai yg saya buat petang semalam. Kuih ni menarik warnanya seakan2 seperti buah tembikai. Sebelum ni saya pernah buat kuih lapis ni, tapi adunan tu keras sedikit. Kali ni saya dah buat lagi dan hasilnya amat memuaskan hati. Terasa kuih yg lembut, lemak manis dan kenyal2 manja gitewww. Kuih ni lembut seakan2 resepi kuih lapis nyonya. Saya mmng suka kuih2 yg macam ni. Pada peminat kuih talam atau kuih lapis tu, bolehlah mencuba resepi ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan- Bahan.(loyang 9")
  • 2 1/2 cwn tepung beras
  • 1 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 4 cwn santan sederhana pekat (saya guna santan kotak kara 200ml....saya guna 2 kotak tambahkan air selebihnya)
  • pewarna hijau dan merah
  • cincau secukupnya- di potong kecil
Bahan perlu di masak dan jadikan sirap gula..
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 3 helai daun pandan
Cara Menyediakannya
  1. Masakkan bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan seketika hingga suam. Masukkan santan dan garam, kacau rata.
  2. Satukan ke semua tepung, garam dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan, kacau rata dan tapis. Saya sukat adunan tu dan dapat dlm 7 cwn kesemuanya.
  3. Bahagi kepada 3 bahagian:
  4. Lapisan Bawah : ambil dlm 1 1/2 cwn dan letak pewarna hijau
  5. Lapisan Tengah: ambil dlm 1 1/2 cwn dan biarkan warna asal/putih.
  6. Lapisan Atas : ambil 4 cwn dan letak pewarna merah, bahagikan pada 3 bahagian pula. Ambil 1 1/2 cwn utk merah pertama, 1 1/2 cwn utk lapisan merah kedua dan 1 cwn utk lapisan merah terakhir)
Cara memasak kuih
  1. Panaskan pengukus. Saya guna loyang 9 inci. Alaskan plastik di permukaan loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Tuang adunan hijau sebagai lapisan bawah kedalam loyang. Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api sederhana kuat.
  3. Setelah masak,baru lapiskan dengan lapisan tengah/warna putih dan kukus lagi selama 5-7 minit.
  4. Selepas tu lapiskan 1 1/2 cwn lapisan merah dan taburkan sedikit cincau di atasnya. Kukus lagi selama 7 minit.
  5. Setelah masak lapiskan 1 1/2 cwn lagi warna merah dan taburkan sedikit cincau. Kukus lagi selama 7 minit.
  6. Akhir sekali lapiskan dngn lapisan merah 1 cwn dan kukus selama 20 minit dngn menggunakan api sederhana.(jumlah warna merah kesemuanya 4 cwn)
  7. Setelah masak, buka penutup tapi jngn matikan api dan biarkan lagi kukus selama 10 minit. Setelah siap, matikan api dan angkat.
  8. Biarkan sehingga betul2 sejuk barulah di potong.
**Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

Saturday, June 25, 2011

Puding Tauhu Lemak Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat puding. Lama dah tak memuding, kali ni saya buat Puding Tauhu Lemak Manis. Sebenarnya dah lama berkenan nak cuba resepi puding tauhu dari K.Nor. Resepi tu menggunakan agar2 strip/tali. Saya mmng dah lama tak beli agar2 tali tu dan dah tak berapa mahir nak menggunakannya. Fikir punya fikir, saya pun cubalah buat puding tauhu menggunakan agar2 serbuk. Saya agak2 je macam buat puding laici dangdut, cuma bahan2nya saja lain sedikit. Puding kali ni menggunakan susu pekat manis dan santan. Rasanya tentulah lagi lemak kan...bila dah cuba, mmng betullah. Puding ni terasa, lembut, lemak manis dan yg pentingnya sedap. Puding ni sesuai di makan bersama laici dan air laici sekali, boleh juga di makan bersama susu segar dan laici, boleh juga di makan begitu saja. Terpulanglah pada selera masing2 ya. K.Nor jngn marah ya Yatie buat puding tauhu guna agar2 serbuk. Rasanya tentu lebih kurang sama je ya. Lenkali, Yatie cuba juga guna agar2 strip tu....itupun kalau rajin laaaaa....Jom kita semak resepi puding yg sedap ni.




Bahan-Bahan
  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 7 cwn air
  • 1/2 cwn gula
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn santan (200ml santan kotak+50ml air)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara
  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Boleh juga di tuang ke dlm loyang, tapi kalau nak makan kenalah sendukkan kedlm mangkuk kecil.
  7. Hidangkan bersama buah laici ataupun bahan2 kuah seperti di bawah.
Bahan kuahnya
  • 1 tin laici- toskan airnya, siat2kan laici tu
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn air masak
  • 1 cwn air laici tadi
  • 5 sudu besar gula, nak lebih pun boleh
Caranya.
  1. Bancuhkan air masak bersama gula. Masukkan air laici tadi, susu cair dan gaul sebati. Masukkan laici yg di siat2 tadi. Bila dah siap, bolehlah di hidangkan bersama puding tauhu lemak manis.
  2. Selamat Mencuba.

Ayam Tumis Lada Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je, pagi tadi dah bf mee goreng jadi masak ayam tumis lada hitam ni je utk lunch. Masakan ni mudah je, masukkan ayam, sayur kcng pnjng dan carrot. Walaupun mudah tapi menyelerakan. Anak2 bukan main suka lagi lauk mcm ni. Petang ni pula dah menu lain. Maklumlah bila cuti ni...mmng kena masak mcm2. Apa pun tak kisahlah janji makanan tu di gemari dan laku mcm pisang goreng panas. Jom kita semak resepi yg sempoi ni.


Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam- di ptng kecil
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 batang kecil carrot- dipotong kecil
  • 8 batang kacang panjang -di potong pendek
  • minyak utk menumis
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam jika perlu
Bahan hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 btng cili merah
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, lada hitam dan kacau rata. Masak sehingga ayam lembut.
  3. Masukkan carrot dan kacang panjang . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
  4. Masukkan kicap, sos tiram dan gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air dan tambahkan garam jika perlu.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, tutup api dan bolehlah angkat dan hidangkan.

Thursday, June 23, 2011

Kuih Putri Ayu 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang kuih putri ayu yg saya buat semalam. Kuih ni mmng sedap dan pastinya di sukai ramai. Anak2 saya mmng suka kuih ni, lebih2 lagi bila lihat warna2 ceria ni.....mmng teruja di buatnya. Kali ni saya letak perisa pandan, ros dan jagung...mmng harum je bila buka kukusan. Anak saya Hamka, macam biasalah...suka sangat kuih yg warnanya hijau..pantang nampak warna hijau, suka sangat. Kalau makan tu, selain mulut, tangan kanan kiri pun pegang kuih. Itulah penangan kuih berwarna hijau. Terpulanglah pada kawan2 nak perisa apa ya...kita buat dia...jom semak resepinya.




Bahan-bahan ( dpt 36 ketul )
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan, perisa jagung, perisa ros

  • 2 cawan kelapa parut putih*
  • 1 sudu besar tepung ubi*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Cara Memasak
  1. Satukan bahan bertanda* (lapisan kelapa) dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

Terima kasih Ben Ashaari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya busy sangat sejak pagi tadi. Hari ni merupakan hari terbuka sekolah anak2 saya. Jadi saya ambil kad penyata anak2 dan berbincang pasal pelajaran anak2 di sekolah. Alhamdulillah anak2 mendapat keputusan yg memuaskan walaupun lama menunggu mengikut giliran. Bila dah selesai semuanya, saya pergi ke klinik pula sebab anak bongsu saya tak sihat. Sekali lagi menunggu...penat jangan cakaplah. Apa pun semua tugasan dpt di laksanakan dngn baik...suami saya suka sangat sebab saya dah meringankan sedikit tugasnya supaya menghantar anak2 ke klinik dan ke sekolah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga pada Ben Ashaari kerana membuat Segmen Khas buat kami blogger masakan. Tak sangka, walaupun Ben busy dngn segmen2 terkini, Ben sempat meluangkan masa utk memperkenalkan kami lagi blogger masakan pada blogger bidang yg lain. Terima kasih sekali lagi. Akak tahu Ben buat semua ini dngn penuh keikhlasan. Rasa gembira dan terharu sangat. Moga persahabatan yg terjalin ini mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita para blogger di alam Cyber. Siapa yg tak gembirakan bila blog sempoi kita ni di terjah oleh blogger popular....tentu anda semua pun begitu juga kan...

Semalam terperanjat gak bila nama akak dlm senarai n3 Mereka Yang Aku Sayang. Ingatkan Ben dah tak berapa ingat daaa kat akak ni..heheheh...rupa2nya Ben tetap ingat. Segmen Blog Pilihan- Kenali Mereka juga buat akak tersangatlah gembiranya. Tak tahu nak cakap apa lagi daaa...akak doakan moga segala kebaikan yg Ben buat selama ini di berikan ganjaran dari yg maha Esa. Pada kawan2 di luar sana, jom singgah blog Ben...jngn dengar pada namanya saje...cuba selami hati budinya...siapa yg sudah bertemu dngn Ben tentu sudah tahu siapa sebenarnya Ben Ashaari. Syukur Alhamdulillah saya sudah bertemu dngn Ben dan isterinya di rumah Mat Gebu. Mereka semua mmng best....sporting dan penuh dngn kesederhanaan walau dah popular.

Rabu, 22 Jun 2011

BLOG PILIHAN : KENALI MEREKA #3

Antara blogger masakan yang pernah aku jumpa .. Sangat best n cool orangnya ..

image

http://yatiememories.blogspot.com/

Mereka yang aku sayang ...

Gamaknya mmg sesuai aku berjiran dengan MAT GEBU , KAK UMMI ZAIHADI , KAK LemonGrass , KAK NOR , KAK YATIE ... pergh.. semua ni geng geng masakan ... Sori akak sekalian , tak ingat url blog .. hahaha.. panjang panjang belaka ..

Kalau orang tanya aku , pada sapa aku terhutang budi dalam dunia blog ni .. Mereka mereka inilah yang banyak membantu memberi aku semangat dalam dunia blog .. Mereka ini adalah blogger blogger masakan .. Mereka popular dalam dunia mereka sendiri wooo ..

Malam ni , aku akan perkenalkan korang dengan mereka mereka ini dalam segmen khas , KENALI MEREKA ... Hehehe.. sapa kata aku lupa daratan ??? Ingat wooo ..

Kalau tak kerana dapur mereka , perut aku tak buncit tau skang neh !! Jadi untuk menghargai segala kebaikkan mereka , malam ni kita serbu mereka eh ...

Wednesday, June 22, 2011

Mee Goreng Tauhu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya masak mee goreng tauhu utk minum petang. Sebenarnya nak goreng mee ni pagi tadi, tapi tak sempat. Maklumlah bila anak2 sekolah ni, bf kena yg ringkas2 je tetapi mengenyangkan. Kalau makan pedas pagi2 ni mmng tak berapa layan, maklumlah takut asyik nak ke bilik termenung je nanti. Projek goreng mee terpaksalah di tunda hingga ke petang.

Mee goreng ni macam mee goreng yg biasa je, tapi saya ikut style mak saya masak mee iaitu dngn menhancurkan tauhu dan campurkan je kedlm mee goreng. Suka tngk mee bersalut tauhu hancur tu seolah2 bersalut telur padahal tak letak telur pun. Kalau nak letak pun boleh sebenarnya. Rasanya jngn ceritalah...mmng sedap. Kalau resepi dari mak2 kita ni mmng sedap dan menyelerakan je. Kalau tak caya..cubalah sendiri. Jom kita semak bahan2nya.



Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
  • 1 cwn udang basah
  • 1 cwn fish ball/fish cake
  • 2 keping tauhu- di hancurkan
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
Cara-cara
  1. Bersihkan udang basah, cuci dan toskan. Campurkan sedikit garam dan goreng. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  3. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
  4. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati.
  5. masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan gula jika perlu.
  6. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  7. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi. Hidangkan bersama udang goreng.

Singgang Daging Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang lauk singgang daging yg sungguh sedap. Saya tak pernah masak singgang daging sebelum ni, bila dah mencubanya..haiiii betapalah sedapnya. Bila hirup kuahnya tu..terasa segar je tekak ni. Suami saya cukup suka singgang daging ni. Saya akan buat lagi dan lagi dan lagi singgang daging ni. Banyak resepi singgang daging ni, kali ni saya kopipes dari Asliza. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.



Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang - kalau dagiing biasa, rebus hingga empuk dulu
  • 4 keping asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam gula to taste
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Bahan dimayang:
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
Bahan ditumbuk - tak payah hancur sangat
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada jitam
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan- saya tambah
Cara-cara:
  1. Cukup senang, masukkan semua bahan2 yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.
  2. Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.
  3. Sedap sangat, actually this is the Kelantan version of beef stew. YUUMMmmmmYYYY!

Tuesday, June 21, 2011

Marble Chocolate Banana Cake 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya nak kongsikan bersama kwn2 semua kek pisang coklat yg sangat sedap. Saya dah pernah buat kek pisang sebelum ni. Kali ni saya cuma marble pada 2 lapisan saja...yg penting rasanya tetap sama..SEDAP..Terima kasih pada Chef Zubaidah kerana berkongsi resepi yg sedap ni, kawan2 juga boleh lihat resepi kek pisang yg saya buat sebelum ini DI SINI. Jom kita semak resepinya sekali lagi.



Bahan-Bahan
  • 250 gm pisang dilecek
  • 250 gm tepung kek * saya guna tpng gandum ayak 3 kali
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 200 gm gula castor
  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovellette
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 50 gm fresh milk atau susu cair
  • 90 gm minyak
  • 1 sudu besar choc emulco
  • 1 sudu kecil esen pisang
Cara- Cara
  1. Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
  2. Panaskan oven 170C.
  3. Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
  4. Satukan semua bahan dalam mixer kecuali: minyak, choc emulco, pisang, esen pisang dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu.
  5. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
  6. Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  8. 1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
  9. Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang.
  10. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
  11. Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.

Monday, June 20, 2011

AYam Asam Pedas Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejatera semua. Hari ni saya masak menu yg istimewa dan resepi terbaru dari Kak Ummi iaitu Ayam Asam Pedas Hijau. Resepi asal menggunakan ikan dan saya pula ikut cara Mas menggunakan ayam. Kali ni saya tambah tomato hijau..waduhhh mmng sedap betul. Rasanya mmng nak masak lagi dan lagi sebab mmng sedap asam pedas hijau ni. Suami saya mmng suka kalau lauk yg berkuah, pedas dan masam2 rasanya....maunya bertambah2 nasi dan lauk. Saya pun apalagi joinlah sekali...menyelerakan betul.

Terima kasih Kak Ummi kerana berkongsi idea memasak. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya.


Bahan:-
  • 1 ekor ikan besar (kerat 3) - saya guna 1/2 ekor ayam
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji timun - belah dua dan buang bhg tengah
  • 2 biji tomato hijau- saya tambah di belah 4 setiap satu
  • 2 kuntum bunga kantan
  • secekak daun kesum
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 8 tangkai cili padi hijau/cili thai hijau
  • 2 tangkai cili besar hijau- saya guna 4 tangkai
  • 1/2 labu bawang besar- saya guna 1 biji
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • sedikit belacan- saya tambah
  • 2 cm kunyit hidup muda (jgn guna yg kuning tua tu, nnt jadi kuning pulak kuahnya)
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biar mendidih.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biar sebentar.
  4. Masukkan ikan dan timun, diikuti dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Reneh kuah hingga semuanya cukup masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan.

Sunday, June 19, 2011

Kuih Kaswi Gandum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat kuih kaswi gandum buat minum petang. Kuih ni mudah je yg penting sedap dan tahan lama, maklumlah tak menggunakan santan...jadi mmng tahan lamalah. Esok pagi boleh lagi di buat sarapan. Saya mmng suka kuih kaswi, tak kiralah resepi dari mana..mesti nak cuba juga. Dari situ kita tahu rasa dan kelainannya mengikut citarasa masing2. Sebenarnya teruja melihat kuih kaswi dari Izah, Mas, K.Anim, Mamahawa, Anna Qawina dan ramai lagi..maaf ya kalau tak tersebut kat sini. Apa pun kuih ni mmng mudah menyediakannya dan pastinya sedap.

Terima kasih sekali lagi pada Chef Hanieliza kerana berkongsi resepi yg muah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada penggemar kuih kaswi tu, bolehlah mencubanya.


Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
  1. Masakkan semua dan sejukkan
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Sambal Lonte

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je. Saya masak ikan goreng, sayur bening bayam, ikan masin dan makan bersama sambal lonte. Sambal ni macam sambal belacan sebenarnya cuma bahan2 utk sambal lonte ni di goreng terlebih dahulu. Resepi sambal lonte ni saya ambil dari buku resepi Senangnya Memasak Sambal dan Sos dari Chef Hanieliza. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Jom kita tngk bhn2nya.



Bahan-Bahan

  • 3 biji cili hijau
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu makan belacan
  • 3 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam dan sedikit gula
Cara membuat
  1. Cili dipotong kecil, bwng di belah 2 dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan semua cili, belacan dan bawang merah sehingga layu.
  3. Gunakan api sederhana dan tutup kuali semasa menggoreng bahan2 tersebut.
  4. Masukkan bahan gorengan dan garam ke dalam lesung dan tumbukkan sehingga lumat.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk dan perahkan limau kasturi.
  6. Sedia dihidangkan.

Saturday, June 18, 2011

Ayam Sos Plum Bersama Nenas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tentunya semua dah makan tengahari, maklumlah dah pkl 3 ptng ni mesti semuanya dah makn. Hari ni saya masak lewat sbb pagi tadi dah makan mee goreng, so kenyang lagi..jadi masak pun lewat sikit. Hari cuti2 ni mmng semuanya jadi lewat..hehehehe..faham2 jelah. Ok kali ni saya masak Ayam Sos Plum. Teruja bila melihat masakan dari Diana, K.Nor dan Mas juga dah mencubanya. Rasa tak sabar nak merasa ayam sos plum ni. Resepi asal dari Diana menggunakan nenas, manakala K.Nor menggunakan mangga muda, Mas pula menggunakan kentang. Apa pun bahan utama menggunakan sos plum, masakan ni mmng sedap. Saya pula menggunakan nenas dan bahan2 rempah saya kisar je supaya kuah menjadi pekat. Terpulanglah pada selera masing2 ya.

Terima kasih Diana@Melley Mey kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Banyak lagi resepi2 yg menarik dari Diana yg harus di cuba. Jom kita singgah blog Diana.



Bahan-Bahan
  • 800 gm ayam ~ dipotong kecil
  • 1/2 biji nenas - di potong kecil, guna nenas dlm tin pun boleh
  • sedikit hirisan daun ketumbar ~ utk ditabur
Bahan Perap:
  • 2 sudu besar sos lada hitam(kalau takde ganti 1 sb sos tomato+1 sb sos tiram+1 sk serbuk lada hitam)
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan A:
  • 5 ulas bawang merah (saya guna 1 biji bwng besar) ~ dicincang
  • 3 ulas bawang putih ~ di ketuk dan dicincang
  • 1 in halia ~ diketuk dan dicincang
  • 3 biji cili merah ~ dibuang biji dan dicincang
  • 5 - 7 biji cili api merah ~ dihiris
  • ** Saya kisar semuanya biar kuah pekat.
Bahan B:
  • 3 sudu besar sos plum ~ k.nor guna brand life
  • 2 sudu besar sos cili thai (kalau takde ganti dngn sos cili je)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam
  • gula
Cara Menyediakannya.
  1. Perapkan ayam bersama bahan2 perap selama 30 min atau lebih.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak (tp jgn sampai garing).
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
  5. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak.
  6. Masukkan ayam dan hirisan nenas kedalam kuali dan gaul hingga rata.
  7. Goreng seketika supaya rempah tumisan menyerap ke dalam isi ayam.
  8. Angkat dan hidangkan atas pinggan.
  9. Taburkan pula hirisan daun ketumbar dan sedia utk dimakan.

Friday, June 17, 2011

Kek Kukus Keju Lapis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Kek Kukus Keju Lapis yg saya buat semalam. Kek ni sedap sangat, terasa moist dan lembut je. Dah lama nak cuba buat kek ni, asyik tertangguh je. Kali ni bila semua bahan2 dah ada...apalagi saya pun buatlah kek yg diidamkan. Kek ni mcm kek sarawak tetapi ianya padat, lembut dan basah. Saya mmng suka kek yg mcm ni...manisnya sedang elok je tidak terlalu manis. Terima kasih pada Dayang Jack kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya sendiri...berbaloi.



bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
  • 250 g tepung gandum (diayak)
  • 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
  • 250 g gula halus (dibahagi dua)
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • 300 g mentega (pada suhu bilik)
  • 260 g krim keju (pada suhu bilik)
  • 260 ml krim putar / whip cream
  • sedikit pandan emulco/pes pandan
  • sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  5. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
  6. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.
  8. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
  9. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  10. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Thursday, June 16, 2011

Sup Ayam Ala2 Mamak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak sup ayam ala2 mamak. Resepi ni saya kopipes dari K.Liza. Hari ni terasa letih sangat, so saya masak sup ayam ni dan buat sambal kicap. Bila sup mcm ni tak perlulah masak sayur lagi, tambah kentang, carrot dan celery. Anak2 mmng suka lauk2 mcm ni...jadi senanglah tugas saya hari ni. Sebenarnya saya tak berapa sihat, makan ubat batuk dan selsema...itu yg membuatkan badan ni letih dan malas semacam je. Smlm saya dah pergi klinik lagi, doktor tukar ubat yg baru...nampaknya ubat tu serasi dngn saya...skrng dah tak batuk lagi. Sesuai sangatlah hari ni nak makan sup je.
Oklah jom kita lihat resepinya. Terima kasih pada K.Liza kerana berjongsi resepi yg mudah dan sedap ni.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 2 s/b minyak makan
  • 3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
  • 4 biji kentang [belah 4]
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
  • 5 cawan air
  • 1 baang serai [ketukkan]
  • garam
  • bawang goreng
bahan tumbuk
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
  • 1 s/k lada hitam
bahan rempah tumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buak pelaga
Cara
  1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
  3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
  4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
  5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
  6. Tutup api dan angkat.
  7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Wednesday, June 15, 2011

Asam Pedas Batang Keladi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah lama tak makan sayur batang keladi Kali ni saya masak batang keladi asam pedas. Lauk ni simple je menyediakannya tapi sedap sangat. Kena pula keladi minyak atau keladi kuning, waduhhh mmng sedap sangat, keladinya lembut je. Saya kalau masak batang keladi mmng suka letak keladinya lebih, kadang tu bila dah siap makan pun, saya ambil keladinya je utk di ratah2 gitew je. Kalau masak btng keladi ni mmng best, tapi bab menyiangnya tu yg lemah sikit, ada sedikit mood kemalasan di situ..hehehehe...tapi bila bab makan, haiiii tak malas pulak...malahan menyelerakan tu adalah. Oklah jom kita lihat bahan2 yg di perlukan utk masak batang keladi ni.


Bahan Bahan
  • 2 ikat batang keladi dan buahnya
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
  • Air secukupnya
Bahan Di kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, cuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • 1 cwn cili kisar
  • sedikit belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara- Caranya.
  1. Keladi dan batang keladi di bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi yg di rebus tadi.
  4. Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan daun kesum, garam dan gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.

Tuesday, June 14, 2011

Talam Cha Cha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat kuih Talam Cha Cha, bila malam ni barulah boleh potong sbb kena tunggu kuih ni betul2 sejuk, barulah cantik bila di potong. Resepi asal kuih ni adalah dari resepi Talam Sekoteng, tapi dah di ubah pada Talam Cha Cha. Sebenarnya dah lama teringin nak buat talam sekoteng ni, tapi susah benar nak mendapatkan sekoteng, jadi saya ikut cara Kak Am dan AlongRoz menggunakan Cha Cha sebagai ganti sekoteng. Memang tak mengecewakanlah..sedap dan lembut je kuih talam ni.

Terima kasih pada Chef Asma kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya. Bila ada sekoteng nanti, saya akan cuba pula guna sekoteng tu. Cerita pasal sekoteng ni, hai kelakar di buatnya. Anak2 saya asyik tanya je...kenapa namanya sekoteng...tak glamour langsung kan. Saya pun tak tau nak menjawabnya..cuma mampu tersenyum je sbb saya pun tergelak juga masa pertama kali menyebutnya.... Sekoteng.....




LAPISAN BAWAH * Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
  • (Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)* Saya guna 50gm cha cha, rebus hingga empuk dan toskan
  • 150g tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 150g gula castor*
  • 1tsp garam*
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api
  2. Masukkan sekoteng/cha cha (yg telah direbus tadi) dan kacau rata
  3. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
  • 150g tepung gandum
  • 300g gula halus
  • 5/3/2 biji telur (saya guna 3biji telur)
  • 250ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose
  • pewarna pink
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit
  4. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Nasi Lemak 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya bf nasi lemak je. Alang2 masak nasi lemak, jadi masak lauk tengahari lewatlah sikit. Kali ni saa makan bersama sambal telur dan udang goreng je. Terpulanglah pada selera masing2 ya nak makan dngn sambal tumis ke, sambal ayam ke, sambal udang ke ataupun lauk kegemaran masing2. Kali ni kita ikut resepi dari Mat Gebu yg rajin masak macam2 menu tu. Jom kita tngk bhn2 yg di perlukan.


Bahan Untuk Nasi Lemak:-

  • 4 cawan beras "Basmathi", cuci dan rendam 20 minit
  • 6 cawan santan
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 inci halia, dititik
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 bii bawang besar, belah 4
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • 1 camca teh garam
Cara membuatnya:-

NASI LEMAK:- Toskan beras yang telah direndam tadi. Dalam rice cooker, masukkan beras tadi, santan dan semua bahan2 untuk nasi lemak. Gaul sedikit beras dgn bahan tadi dan masak seperti biasa. Bila nasi masak, gaul perlahan dgn chop stick. Cukup sekadar membalikkan nasi 2 - 3 kali saja. Biarkan ia tanak seketika.

PENYEDIAAN:- Senduk nasi ke dalam mangkuk, padat2kan dan terbalikkan ke dalam pinggan makan. Hias dgn bahan2 pelengkap dan sedia dihidangkan samada untuk sarapan atau dihidangkan pada tetamu.

** Saya guna beras siam, jadi sukatan air kenalah kurangkan sikit.

Tahniah Buat Kak Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni baru berkesempatan nak gantung bunga yg di terima dari K.Ummi. Tahniah pada K.Ummi atas pencapaian yg membanggakan ini. Buat pengetahuan semua, bunga ni adalah sempena penghargaan K.Ummi pada followernya yg mencecah 3000 orng dan skrng sudah pun mencecah ke 3024...waaaaa ramai tu. Tahniah sekali lagi. Yatie mmng suka singgah blog K.Ummi dari dulu, kini dan selamanya. Banyak resepi yg sedap dan menarik yg di kongsikan bersama. Yatie berbangga dngn K.Ummi, walaupun sibuk bekerja, K.Ummi tetap meluangkan masa berkongsi cerita, resepi dan pengalaman bersama pengikut/ peminatnya. Moga K.Ummi dan Home Sweet Home terus sukses dan terus menyumbangkan ilmu yg berguna. Semoga kita sama2 dapat manfaatnya dari berblogging ini. Terima kasih dan tahniah sekali lagi dari Yatie.

Monday, June 13, 2011

Donut Ball

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kembali kita di arena blogging ni. Sebenarnya saya nak berkongsi satu resepi donut yg sangat sedap, lembut dan gebu...di sini ada rahsianya juga. Bila dah citer kat sini, taklah jadi rahsia lagi ya.... Kali ni saya menggunakan resepi donut ball dari Dayang Jack. Donut kali ni menggunakan sedikit ovallette. Tak sangka donut yg di hasilkan sangat lembut. Terima kasih pada DJ kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan di sini pula ya. Pada kawan2 yg teringin tu, bolehlah mencubanya.




Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)= (Yatie tuang sikit2 utk mendapatkan doh yg di kehendaki)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

Sunday, June 12, 2011

Ikan Cencaru Sumbat Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je iaitu ikan cencaru bakar. Pada mulanya nak goreng je ikan ni, tapi hasil selongkar dapur K.Nor, berkenan dngn resepi yg ringkas tapi menyelerakan. Resepi asal ikan ni di goreng, tapi saya bakar je. Alhamdulillah sedap sangat. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kopipes kat sini pula ya. Pada kawan2 yg lihat versi goreng tu, bolehlah singgah dapur K.Nor ya.


Bahan-Bahan
  • 3 ekor ikan cencaru
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 3 - 5 biji cili api
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar air asam jawa pekat
  • 1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
  • garam
  • gula
  • minyak (saya bakar, so tak guna minyak)
Cara-Cara
  • Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
  • Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
  • Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
  • Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.
Cara bakar.
** Setelah siap semuanya, saya bungkus ikan dlm aluminium foil dan letak di loyang. Saya bakar dlm 45 minit. Siap utk di hidangkan.

Saturday, June 11, 2011

Kami Di Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai lagi yg masih bercuti ya sempena cuti sekolah yg masih berbaki 1 hari lagi ni. Ada juga yg menghadiri majlis pertunangan ataupun perkahwinan kawan2 ataupun saudara mara. Moga semuanya berjalan lancar dan di harap percutian kalian semua kali ini membawa seribu kenangan manis yg tidak dpt di lupakan.

Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi bersama pemgalaman bercuti di Pulau Langkawi. Dah lama betul saya tak ke Pulau Lagenda ni, lebih kurang 19 thn. Saya pernah kesini masa baru pengantin baru dulu. Bila ada peluang berkumpul bersama keluarga ni..kami tidak ketinggalan utk pergi bersama. Anak2 saya hampir pelik bila cerita pasal Langkawi dan Mahsuri, ada yg tanya kenapa Mahsuri di bunuh, kenapa darahnya putih dan macam2 lagi. Kali ni diaorang dah tahu sejarahnya dan tempat yg penuh sejarah ni. Masa ni cuti sekolah, mmng ramailah pengunjung yg turut sama menziarahi tempat ni.

Selepas pergi tempat2 bersejarah, time to shoppinglah utk mamaNYA. Sebagai seorang wanita dan ibu.....apalagi tempat yg paling best ialah membeli belah pingan mangkuk, cadar, periuk dan banyak lagi. Bila part beli belah ni takyah tunjuklah ya...di sini saya sertakan sedikit sebanyak gambar2 yg sempat di ambil. Jom layannnnnnn....