Wednesday, June 22, 2011

Singgang Daging Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang lauk singgang daging yg sungguh sedap. Saya tak pernah masak singgang daging sebelum ni, bila dah mencubanya..haiiii betapalah sedapnya. Bila hirup kuahnya tu..terasa segar je tekak ni. Suami saya cukup suka singgang daging ni. Saya akan buat lagi dan lagi dan lagi singgang daging ni. Banyak resepi singgang daging ni, kali ni saya kopipes dari Asliza. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.



Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang - kalau dagiing biasa, rebus hingga empuk dulu
  • 4 keping asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam gula to taste
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Bahan dimayang:
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
Bahan ditumbuk - tak payah hancur sangat
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada jitam
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan- saya tambah
Cara-cara:
  1. Cukup senang, masukkan semua bahan2 yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.
  2. Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.
  3. Sedap sangat, actually this is the Kelantan version of beef stew. YUUMMmmmmYYYY!

11 comments:

  1. akak....lama dah mas tak buat singgang...
    sedapnya tengok...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    ermmm.. mmg menarik.. selama nie pun diana x perna buat singgang daging... boleh try resipi nie.. tq akak... mmg nampak sedap.. utamanya kalau bab berkuah mcm nie.. suka sgt makan..

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie..baru je buat daging singgang ni minggu lepas..ank2 eina mmg suka...

    ReplyDelete
  4. Assalam yatie, kita pun dah pernah cuba singgang daging tapi recipe dari myr....memang sedap kuahnya buat hirup2 gitu..

    ReplyDelete
  5. assalam yatie...singgang daging mmg fav ima sekeluarga...tapi resepi ni nampak lebih special dari yang ima selalu buat..leh cuba nnt..

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum;: kirimkan ke rukah awak,satu porsi saje hehehehe,sepertinya enak tuh??

    ReplyDelete
  7. Yati,

    Saya pon suka singgang daging ni
    dah lama tak masak..

    ReplyDelete
  8. SalAm kak ita pun x pernah masak singgang daging bila akak kata sedap rasa nak buat plak.. Masuk list dulu

    ReplyDelete
  9. sedapnya kalau dapat hirup kuah singgang tu...slurrrppp...hehe

    ReplyDelete
  10. Salam yatie..klu mkn ngan nasi panas..mmg berpeluh2 la mengadap singgang nie yer....

    ReplyDelete
  11. singgang daging memang best....
    http://jomsihatdanceria.blogspot.com

    ReplyDelete