Sunday, June 19, 2011

Kuih Kaswi Gandum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat kuih kaswi gandum buat minum petang. Kuih ni mudah je yg penting sedap dan tahan lama, maklumlah tak menggunakan santan...jadi mmng tahan lamalah. Esok pagi boleh lagi di buat sarapan. Saya mmng suka kuih kaswi, tak kiralah resepi dari mana..mesti nak cuba juga. Dari situ kita tahu rasa dan kelainannya mengikut citarasa masing2. Sebenarnya teruja melihat kuih kaswi dari Izah, Mas, K.Anim, Mamahawa, Anna Qawina dan ramai lagi..maaf ya kalau tak tersebut kat sini. Apa pun kuih ni mmng mudah menyediakannya dan pastinya sedap.

Terima kasih sekali lagi pada Chef Hanieliza kerana berkongsi resepi yg muah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada penggemar kuih kaswi tu, bolehlah mencubanya.


Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
  1. Masakkan semua dan sejukkan
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

11 comments:

  1. tid0 xlena ler yatie dtg jengah dapur yatie nmpak ada kuih kaswi (tmpt chekiah lbh pemes dgn pnggilan kuih kosui)..ambik 1 ngap..1 lagi ngap w0w cdpnya..tks yatie baru dan2 rasa ngantuk hehe

    ReplyDelete
  2. assalam,
    dtg dapur tie...cuci mata tgk kuih kaswi, bonda amie rajin buat kuih ni...lama tak rasa air tangannya

    ReplyDelete
  3. terbaik kaswi ni kan kak...
    sedapp sangat.....

    ReplyDelete
  4. salam kak...
    akak dah buat ye, ira semalam beria beli kelapa parut, ingat nak buat malam tadi tapi tak sempat jugalah..

    ReplyDelete
  5. kak..dtg bawa piring kecik ni...

    ReplyDelete
  6. erma bawa pinggan juga...mmm sampai sini ..lama x wat kaswini... sedap tu..

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie, baru nak buat petang ni, ntah jadi ke tidak. Dulu ada buat sekali, lembik la pulak..
    Akak tengok kat tv, chef tu tak letak kapor pun, boleh juga ye?

    ReplyDelete
  8. salam k.yatie..alahai..sedapnya kuih kaswi tu, lamalah zana x buat kuih nie teringin nak mencuba gak resepi ni..

    ReplyDelete
  9. Wah yatie pun dah buat kaswi gandum ni jgk..sedap kan.. cam nak mkn lagi lah tapi mesti dh habiskan3x

    ReplyDelete
  10. sedap nya. ada ber macam-macam kuih kaswi. Teringin lak nak makan bulan puasa ni.

    ReplyDelete