Monday, June 13, 2011

Donut Ball

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kembali kita di arena blogging ni. Sebenarnya saya nak berkongsi satu resepi donut yg sangat sedap, lembut dan gebu...di sini ada rahsianya juga. Bila dah citer kat sini, taklah jadi rahsia lagi ya.... Kali ni saya menggunakan resepi donut ball dari Dayang Jack. Donut kali ni menggunakan sedikit ovallette. Tak sangka donut yg di hasilkan sangat lembut. Terima kasih pada DJ kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan di sini pula ya. Pada kawan2 yg teringin tu, bolehlah mencubanya.




Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)= (Yatie tuang sikit2 utk mendapatkan doh yg di kehendaki)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

12 comments:

  1. Salam Kak..

    Akak dah buat dulu ye, ira semalam pun baru salin resepi ni. tapi tak sempat nak buat. Dalam kepala ni banyak sgt list nak cuba..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!! nak donut ball 1 2 3 4 5 ketul!!! 1 ketul tak cukup hihihi...

    ReplyDelete
  3. kak yatiee..
    akak guna tepugn roti ke? alaaa.. nak jugakk... suke donut. comel bulat2 jeee

    ReplyDelete
  4. Salam yatie
    cantik le donat ball tu..elok aje bulatnya...mkn panas2 lepas grg sdp ni...rajin uli menguli yeee nak 3 ketul

    ReplyDelete
  5. aduhhh...kalau nak dibandingkan dengan hasil yang saya buat...jauh bezanya...

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie...
    cantiknya donut ball tu...
    mulat2 semuanya...

    ReplyDelete
  7. Yatieeeeeee...ni ada tipin kosong arrr...silalah ya...buat apa yg patut :)

    ReplyDelete
  8. hehe mak cik suha memng buat donut tok dijual tp cik suha xpernah blaja,cuma tau bhn2 je..xsuke buat kuih,lg suka masak lauk (^_^)

    ReplyDelete
  9. mieza pun buat donut ni semalam for bekfes..guna resepi DJ juga..kejap je abis..sedapkan yatie :)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya donat balls, bak mai sepiring.

    ReplyDelete
  11. kak, nak tanya kalau adunan ni buat mlm, simpan dlm peti,esok pg baru goreng boleh tak..?

    ReplyDelete