Monday, June 20, 2011

AYam Asam Pedas Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejatera semua. Hari ni saya masak menu yg istimewa dan resepi terbaru dari Kak Ummi iaitu Ayam Asam Pedas Hijau. Resepi asal menggunakan ikan dan saya pula ikut cara Mas menggunakan ayam. Kali ni saya tambah tomato hijau..waduhhh mmng sedap betul. Rasanya mmng nak masak lagi dan lagi sebab mmng sedap asam pedas hijau ni. Suami saya mmng suka kalau lauk yg berkuah, pedas dan masam2 rasanya....maunya bertambah2 nasi dan lauk. Saya pun apalagi joinlah sekali...menyelerakan betul.

Terima kasih Kak Ummi kerana berkongsi idea memasak. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya.


Bahan:-
  • 1 ekor ikan besar (kerat 3) - saya guna 1/2 ekor ayam
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji timun - belah dua dan buang bhg tengah
  • 2 biji tomato hijau- saya tambah di belah 4 setiap satu
  • 2 kuntum bunga kantan
  • secekak daun kesum
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 8 tangkai cili padi hijau/cili thai hijau
  • 2 tangkai cili besar hijau- saya guna 4 tangkai
  • 1/2 labu bawang besar- saya guna 1 biji
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • sedikit belacan- saya tambah
  • 2 cm kunyit hidup muda (jgn guna yg kuning tua tu, nnt jadi kuning pulak kuahnya)
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biar mendidih.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biar sebentar.
  4. Masukkan ikan dan timun, diikuti dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Reneh kuah hingga semuanya cukup masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan.

9 comments:

  1. akak..nak semangkuk asam pedas tu...
    mas pun nak buat lagi..
    sedappkan kak...

    ReplyDelete
  2. sedapnye tu ayam hijau,,,,,,,,delicious,,,

    ReplyDelete
  3. akak tak pernah rasa masakan ni..mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  4. Salam yatie..
    Blm buat lagi ayam asam pedas hijau ni lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  5. pertama x tengok asam pedas hijau...msti sedapkan kak...nti nak buat..

    ReplyDelete
  6. nampak menarik kak yatie.. tambah ia adalah asam pedas kesukaan ita ni.. boleh masuk senarai ni

    ReplyDelete
  7. Memang tak pernah jumpa...bila ler nak wat ni

    ReplyDelete
  8. menarik yer resepi ni....tak pernah mkn lagi asam pedas ni..nanti boleh try:)

    ReplyDelete
  9. tak pernah dengar so nak try la buat..hik

    ReplyDelete