Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013...Moga Hadirmu Membawa Sinar...




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 pada kawan2 semua. Moga dngn kedatangan tahun baru ini menjadikan kita lebih bersyukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan utk menikmati hidup ini. Maaf segala salah dan silap andai selama ini ada terkasar bahasa dan tingkahlaku yg tak menyenangkan. Selama berblogging ni mmng banyak kenangan manis dan pahit yg di lalui, tapi itu semua lumrah kehidupan. Saya juga manusia biasa yg tak terlepas dari buat kesalahan samaada sengaja ataupun tidak. Moga ukhuwah yg terjalin selama ini berkekalan hingga keakhirnya. Terima kasih pada pengunjung2 setia blog SINAR KEHIDUPANKU...yg sentiasa memberi semangat utk saya terus berbloging dan berkongsi resepi2 sempoi. Tanpa anda...siapalah saya...moga ada Sinar dlm kehidupanku juga kehidupan kwn2 semua...


Sunday, December 30, 2012

Bawal Goreng Sambal Terung


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je iaitu ikan bawal goreng bersama sambal terung. Bila masak mcm ni mudah je, dah ada ikan dan sayur terung..tak payah nak masak mcm2 lagi sbb dah cukup semuanya. Walau masak ringkas, tapi buatkan saya makan bertambah2 sbb mmng suka lauk mcm ni selain asam pedas. Kalau ada tetamu tu, kenalah masak mcm2 sikit..nnti takut plk tetamu nak makan sbb lauk semacam je..he3..
Walau ringkas, tapi nak kongsikan juga resepinya buat rujukan anak2 di masa akan datang. Meh semak resepi sempoi ni...layannnn...




Bahan-Bahan
  • 2 batang terung biru/panjang
  • 4 ekor ikan bawal-saiz sederhana- bersihkan, cuci dan toskan
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 sudu kecil asam jawa- bancuh dngn 1/4 cwn air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kunyit serbuk
  • minyak masak secukupnya
 Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan
Cara-Caranya.
  1. Terung, dikupas sedikit kulitnya, potong 3 dan di belah lagi kpd 2 bahagian.Belahkan tengahnya tapi jngn sampai putus. Rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam.
  2. Toskan terung tadi, kemudian goreng sekejap dalam minyak panas dan balik2kan.  Bila dah masak,angkat, tos dan letak atas paper towel. Ketepikan dulu.
  3. Ikan di gaul dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga masak tapi jngn garing sngt. Angkat dan toskan. Letak dlm pinggan berisi terung goreng tadi.
  4. Sementara itu, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga harum,masukkan cili kisar dan gaul rata. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan air asam jawa dan masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api.
  7. Angkat sambal tadi dan curahkan di atas terung dan ikan goreng tadi.

Saturday, December 29, 2012

Bingka Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya merajinkan diri buat kuih bingka durian. Sebenarnya banyak durian kat petiais, jadi tak tau nak buat apa. Makan gitew je dah puas, sampai takmo daaaaa. Bila tngk kat petiais, sayanglah pulak...mesti nak buat sesuatu. Fikir punya fikir saya pun buatlah kuih bakar/bingka durian. Kali ni saya guna resepi kuih bakar keledek/labu utk buat bingka durian ni, cuma gantikan keledek/labu pada durian. Bahan2 yg lain semuanya sama..mudahkan. Bila dah siap tu, tak sabar nak merasa. Sambil makan sambil cium bau kuih ni...harum durian menusuk kalbu. Masa bakar kuih tu pun, harum semerbak satu rumah. Pada peminat kuih berperisa durian tu, bolehlah cuba....mmng sedap sangat.Jom semak resepi mudah ni.





Bahan-Bahan
  • 3biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/4 cawan air 
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan isi durian
  • pewarna kuning
    sedikit bijan
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan  terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.
    Yatie guna acuan bahulu pecah 8 utk adunan di atas dan dapat dlm 4 keping kuih.

Thursday, December 27, 2012

Nangka Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sedap sesekali layan sayur kampung ni, kena pulak di gandingkan dngn ikan goreng dan sambal belacan...mmng sedap betul. Tak payah lauk macam2...dah cukup menyelerakan. Resepi ni mcm biasa je, tapi nak kongsikan jugalah sbb walau ianya ringkas, tapi kalau tak biasa masak nangka ni..lain rasanya. Kali ni saya guna nangka yg di petik dari pokok..mmng sedap...terasa manis2nya. Jomlah layan menu sempoi ni...layannnnn....



Bahan-Bahan
  • 1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • 3 cwn santan cair
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 btng serai-dititik
  • 1 helai daun kunyit-disiat
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya utk merebus nangka
Bahan Kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
Cara Memasak
  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yg telah direbus tadi.
  4. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  6. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
  7. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.

Kek Kukus Coklat Lapis Polkadot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi kek kukus coklat lapis polkadot yg sangat sedap. Terasa moist je kek ni. Kalau nak sedap lagi letak coklat ganache..pasti lagi sedap. Sebelum ni pernah buat guna resepi diSINI, mmng sedap tetapi ekonomi sikit. Perbezaannya dari segi pengunaan telur dan butter, resepi yg ni guna butter dlm 400 gm, manakala resepi sblm ni cuma guna butter cair dlm 1/2 cwn...sudah tentu ada perbezaannya dari segi rasa. Pada saya kedua2nya sedap, saya lebih suka resepi yg ni sebab keknya lembut dan lemak, manakala anak2 saya lebih suka resepi yg sebelum ni. Terpulanglah pada selera masing2 ya...mungkin dari segi rupa mmng sama, tapi dari segi rasa mmng berbeza.

Sebelum ni nampak kat blog Kak Ummi, masa tu tak sabar nak buat dan rasa. Bila dah buat, barulah tau betapalah sedapnya kek ni.Kek ni saya buat hari minggu lepas atas permintaan adik kesayangan. Punyalah sukanya dia bila kek permintaannya ditunaikan. Syukur alhamdulillah sebab adik dan kaum keluarga semuanya suka kek ni. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya. Menurut K.Ummi, resepi ni dari Kak Wan dan K.Wan pula ambil dari Chef Jamie Jong. Ternyata bila sifu2 yg buat kata sedap..mmng sedaplah kek ni...






Bahan-bahan (loyang 9x9 inci)
  • 400 gm mentega
  • 200 gm gula kaster
  • 10 biji telur
  • 180 gm kaya (1 tin kecil)
  • 100 gm horlicks
  • 30 gm serbuk koko
  • 150 gm tepung gandum / tepung Hongkong
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar chocolate emulco
  • Biskut jejari secukupnya
 Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula hingga putih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu.
  2. Kemudian masukkan chocolate emulco, kaya dan horlicks, pukul hingga sebati.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan yang di pukul sediki demi sedikit, pukul dengan kelajuan perlahan hingga rata. Kaup balikkan adunan hingga bergaul rata.
  4. Alas dasar dan gris teping loyang dengan mentega cair. Masukkan 1 cwn adunan, ratakan. Atur biskut jejari jarak 1/2" antara jaraknya. Kukus hingga masak, lebih kurang dlm 5 minit.
  5. Angkat dan ulang melapis dan mengatur biskut hingga habis. Kukus setiap lapisan hingga masak. Kukus lapisan terakhir dlm 15 minit.
  6. Pastikan kek betul-betul sejuk baru di potong.

Wednesday, December 26, 2012

Blueberry Cheese Tart

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tinggal beberapa hari lagi anak2 nak kembali ke sekolah. Rasanya ramai kawan2 di luar sana sudah mula buat persiapan awal utk kelengkapan sekolah anak2. Kalau macam tu, syukur alhamdulillah. Di samping kita melakukan tugas seharian, jngn lupa tanggungjawab pada anak2. Belilah mana yg perlu, terutama baju sekolah dan peralatan tulis sekolah. Mana yg beg sekolah elok lagi tu, bolehlah cuci dan guna semula. Bertimbangrasalah dngn kedua ibubapa ya anak/adik2 semua. Bila mula sekolah ni macam2 nak beli, kalau boleh tu macam nak raya pulak...semuanya nak baru. Kalau mampu tu tak kisahlah ya...kalau kurang berkemampuan tu..janganlah desak sangat ibubapa utk mendapatkannya. Mungkin bila dah reda semua, barulah beli beg sekolah baru pulak. Saya cakap mcm ni bukannya apa....bayangkan kawan2 yg mepunyai 3atau 4 orang anak yg bersekolah. Sudah tentu besar perbelanjaannya kan. Jadi kita kenalah utamakan mana yg perlu dan yg tidak. Bukan bermakna tak boleh beli beg baru atau kasut sekolah baru. Kalau elok lagi tak payahlah beli dulu. Tunggu pertengahan tahun barulah beli..tapi terpulanglah pada kemampuan masing2 ya.

Ok, kita stop cerita pasal kelengkapan sekolah. Sementara cuti sekolah lagi ni, saya buatlah projek gotong royong blueberry cheese tart ni bersama anak2. Maklumlah, buat tart ni nak kena sabar, jadi saya ajarkan pada anak saya Seri dan Dina buat crust tart, bila dah siap barulah buat fillingnya. Kerja2 melorek tart tu pun saya serahkan juga pada anak dara ni. Bukan main seronok mereka berdua bila cheese tartnya menjadi. Masing2 tunjukkan bakat melorek, haiiiii tak kisahlah asalkan kerja siap. Bagi mama, tengok sambil goyang2 kaki jelahhhh..he3.. Bab tunggu kat oven tu mmng serah pada mamaNyalah.

Ramai kawan2 yg dah mencuba resepi tart yg sedap ni. Resepi ni saya ambil dari Azita Kitchen dan saya rujuk step by step di blog Azlita Masam Manis. Nama pun dekat2 sama kan..cuma orangnya je lain. Btw resepi ni mmng best. Saya buat dua adunan terus...puashati dan puas makan. Pada kawan2 yg belum pernah cuba tu, bolehlah mencubanya...pasti menjadi.
 




 
Bahan-Bahan.
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart
Cara- Caranya
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.

 
Bahan-Bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara- Caranya
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan
  1. Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  2. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Cara buat lorekkan.
  1.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  3. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  5.   Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi  letak dekat rak bawah.
 Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Tuesday, December 25, 2012

Ikan Tenggiri Masak Kari

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni hujan je kan. Bila hujan ni perut lapor je....sampaikan tak tau nak masak apa.  Hari ni terlintas nak masak kari ikan tenggiri. Biasanya saya masak asam pedas je, bila musim hujan ni terasa nak makan karilah pulak..bila petang tu, bolehlah buat lempeng dan makan bersama kuah kari ni. Kalau tak habis, boleh sambung makan masa tngk tv...makan sambil santai2 gitewwww.
Resepi ni mcm biasa je, cuma bila di tambah buah keras kari ni jadi lebih pekat dan sedap sangat. Pada peminat kari tu, bolehlah mencubanya...Jom semak resepi mudah ni..
 

 
Bahan-Bahan
  • 6 keping ikan tenggiri
  • 2 biji tomato, belah 4
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 tangkai cili merah- belah 2
  • 1 tangkai cili hijau- belah 2
  • 2 sudu besar rempah kari ikan *
  • 2 sudu besar rempah kari daging *(*di bancuh dngn sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
Bahan Tumis
  • 2 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang serai- di ketuk
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
Cara- Caranya
  1. Ikan di cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan gaul sebati. Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air.
  3. Tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Tuang air dlm 1 cawan dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan tambah air jika perlu. Masukkan asam gelugor, santan dan gaul perlahan.
  5. Masukkan buah tomato,cili merah, cili hijau yg di belah 2, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh tutup api dan bolehlah di hidangkan .

Monday, December 24, 2012

Murtabak Lapis Kraker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Murtabak lapis kraker ni saya buat masa hari minggu. Masa tu balik kampung, dapatlah rasakan mak dan ayah di kampung. Syukur Alhamdulillah, semuanya suka. Diaorang pelik pulak bila saya kata murtabak ni tak guna tepung, malahan guna biskut kraker atau lebih di kenali dngn panggilan biskut lemak. Murtabak ni sedap sangat dan ianya sangat mengenyangkan. Murtabak kraker ni amat sesuai utk sarapan pagi ataupun buat minum petang. Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Kawan2 juga boleh lihat di SINI. Jom semak resepinya.




Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
  • 18 keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 500 ml santan (*Yatie letak 400 ml je)
  • 1 tin susu cair (Yatie letak 1 cawan je)
  • 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging
  • 400 gm ayam/ daging kisar
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket kecil serbuk kari daging- Yatie letak 3 sudu besar
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (Yatie buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers)

Thursday, December 20, 2012

Agar- Agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg sangat sedap. Dulu masa kecik2, mak selalu buat time kenduri yassin. Masa tu takmo kuih lain dan tak pandang pun kuih lain sbb agar2 santan mak lah yg paling sedap. Macam biasalah mak kalau buat, banyak dan main agak2 je...yg peliknya, walaupun mak agak2 je sukatannya..tetap menjadi cantik je. Kalau saya agak2...kira nasib lerrrr, kdng2 ok..kdng2 pulak tak ok...masa tu salahkan diri sendiri lerrrrr...he3..

Sebelum ni pernah buat guna gula merah, kali ni saya guna gula melaka pula...mmng lagi sedap dan berlemak. Lebih sedap bila di makan sejuk. Resepi dan tips2 penting dari adik manis Naz@Cute Oven. Terima kasih Naz berkongsi resepi dan petua buat agar2 santan ni nampak cantik. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Resepi ni mudah je, cuma cara2nya mestilah betul ya. Pada adik2/ kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah buat sendiri ya...mmng senang dan semestinya sedap.





Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  2. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  3. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  5. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...
TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Wednesday, December 19, 2012

Kek Lapis Coklat Polkadot-Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek Lapis Coklat Polkadot ni saya buat semalam. Teringin sangat nak buat kek ni, semalam barulah berkesempatan utk buat dan merasa kek yg sedap ni. Sebelum ni nak buat, tapi biskut jejari ni takde, bila dah beli...asyik tak sempat2 je nak buat sampaikan biskut naik lemau dan di buang begitu saja..membazirkan. Kali ni bila dah beli, terus je buat...takmo tangguh2 lagi dah. Cuma saya terlampau nak guna sangat biskut jejari ni, terlebihlah pulak letak, kalau letak/susun jarang2 biskut ni ..pasti lagi cantik. Terpulanglah pada selera masing2 ya.Terima kasih pada K.Fida berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya lat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba.





Bahan-bahan ( loyang 10x7 inc./9x9 inc. )
  • 270 gm gula halus
  • 230 gm tepung gandum*
  • 30 gm serbuk koko*
  • 1 sudu kecil penuh baking powder* (* ayak bersama)
  • 6 biji telur A - yang sejuk dr peti ais
  • 1 sudu besar penuh ovallete
  • 180 ml susu cair
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 120 gm mentega cair
  • secukup biskut jejari
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk mixer kecuali mentega cair dan biskut dan pukul hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan mentega cair dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati.
  3. Bubuh 2-3 senduk adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan digris,ratakan adunan dan susun biskut jejari dan kukus. Kukus 5 minit atau sehingga masak barulah lapiskan adunan seterusnya.
  4. Kukus selapis2 dan susun biskut jejari pada setiap lapisan.Lapisan terakhir, kukus selama 10 minit.
  5. Sejukkan kek di atas redai.
  6. Potong kek dan boleh disajikan atau digubah ikut kreativiti masing2.

Monday, December 17, 2012

Ayam Masak Sambal Serai

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu ayam masak sambal serai yg dimakan bersama nasi jagung serai tadi. Sebenarnya resepi ni mudah je dan saya kerap masak ayam atau ikan guna resepi ni. Selain ianya mudah di sediakan rasanya sedap sekali. Jom semak resepi mudah ni. Resepi ni juga boleh buat rujukan anak2 saya di masa akan datang.



Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai- ptng kecil2
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.Masa ni guna api sederhana je dan sentiasalah di kacau.
  3. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi jagung atau nasi minyak.

Nasi Jagung Serai, Ayam Sambal Serai dan Pencuk Nenas

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak nasi jagung serai, ayam sambal serai dan di makan bersama acar nenas dan timun/pencuk nenas. Masak menu ni pun atas permintaan anak2, lagipun sejak cuti sekolah ni mmng belum masak nasi2 yg berperisa. Kalau nasi lemak tu dah berulang kali lah. Bila dah siap, Hamkalah yg paling seronok sbb nampak jagung dlm nasi. Macam biasalah tangan nakal tu, di cekutnya satu..dan satu lagi masuk mulut....Hamka ni mmng peminat jagung, jadi stok jagung tin mmng sentiasa ada kat rumah ni. Lagipun mudah, buka tin dan terus makan, takyah rebus segala. Kalau ada yg fresh pun lagi sedap sebenarnya kan....tak kisahlah.

Resepi ni adalah dari Mat Gebu yg mmng pakar masak apa2 jua masakan. Kalau guna resepi Che Mat ni, pasti tak mengecewakan, terima kasih Che Mat berkongsi resepi. Pada kawan2 yg nak rasa tu, bolehlah mencubanya. Sebelum ni pun saya pernah buat di SINI. Jom semak resepinya.




BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
  • 4 cawan air rebusan ayam (atau 4 cawan air biasa + 1 kiub pati ayam "maggi")
  • 1 cawan air dari dalam tin jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan jagung manis dalam tin
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkeh
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga harum.
  2. Tambah beras tadi dan goreng 1 minit. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan jagung, daun pandan, air rebusan ayam + air dari tin jagung dan susu, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Tanak nasi seperti biasa hingga betul2 masak.
  5. Gemburkan dengan chop stick dan tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan

Apam Pisang Lemak Manis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat apam pisang yg sangat lembut. Sebelum ni banyak resepi apam pisang yg kebanyakkannya menggunakan telur. Kali ni saya guna resepi apam kentang/apam labu manis utk buat apam pisang lemak manis ni. Nama apam pisang ni saya tambah lemak manis supaya dpt membezakan di antara apam pisang yg sedia ada sebelum ni. Pada yg nak merasa tu, bolehlah cuba, mmng sedap sangat...terasa apam pisang yg sangat lembut, moist dan terasa lemak manisnya. Jom semak resepi mudah ni..




Bahan-bahan:
  • 1 cawan pisang- lenyek halus ( pisang lemak manis/pisang berangan)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • secubit garam
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 200 ml air
  • 250 ml santan pekat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh yis
Cara-Caranya
  1. Satukan pisang yg telah di lenyek bersama sedikit garam dan gula di dlm mangkuk. Masukkan tepung beras dan tepung gandum.  Masukkan yis.(kalau nak bancuh yis dngn sedikit air pun boleh)
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan santan pekat dan gaul rata semua bahan. Saya gaul guna whisk je.
  3. Perap adunan selama 2 jam.
  4. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dlm acuan.
  5. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat.
  6. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama kelapa parut putih ygdi gaul dngn sedikit garam.

Sunday, December 16, 2012

Kerisi Masak Sambal

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat berhari minggu...moga ianya dapat di manfaatkan dngn sebaik mungkin. Menu ringkas ni lauk dua hari lepas sebenarnya. Resepi ni mudah je, tapi cukup menyelerakan. Kalau ikan kerisi, saya mmng suka masak sambal. Kalau masak mcm ni, maunya bertambah2 nasi dan lauk...mmng menyelerakan sungguh. Walaupun resepinya mudah, tapi saya tetap nak kongsikan bersama supaya anak saya atau adik2 di luar sana boleh mencuba bila teringin nak makan ikan masak sambal. Ikan tu, terpulanglah pada selera masing2 ya. Jom semak resepi mudah ni...


Bahan-Bahan
  • 6 ekor ikan kerisi
  • 1 cwn cili  kisar
  • 1/4 cwn air asam jawa
  • garam dan sedikit gula
  • minyak secukupnya
  • sedikit air
Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit belacan
Cara-Cara
  1. Ikan dibersihkan, dikelar, cuci dan toskan. Lumur ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak tapi jngn garing sangat ya. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga terbit minyak (guna api sederhana je).
  3. Masukkan air asam jawa, gula, dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit.
  4. Biarkan mendidih dan agak pekat sedikit, masukkan ikan. Gaul rata sebentar.
  5. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Friday, December 14, 2012

Apam Beras lagi.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan apam beras kegemaran kami sekeluarga lagi. Masa masak tengahari tadi lagi saya dah perapkan adunan apam ni. Bila petang adunan dah naik bolehlah dikukus. Petang ni tak payahlah nak fikir menu apa utk minum petang. Lagi2 musim hujan ni, asyik lapor je...anak2 pun asyik pandang mamaNya je tanda ada permintaan dlm hati masing2..he3..
Kali ni mamaNya dah buat awal2 supaya petang tu dah boleh rehat sbb takmo bau dapor lagi..he3..
Jomlah layan apam beras putih hijau ni. Kalau kawan2 nak tu..bolehlah buat sendiri ya..kejap je blend semuanya, perap...pastu boleh kukus..siap boleh di makan...daaaa..resepi boleh tngk di SINI.




Thursday, December 13, 2012

Kari Kepala Ikan Gaya GOA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak kari kepala ikan gaya GOA. Resepi ni mudah je dan semestinya sedap, sebab tu saya masak lagi guna resepi Chef Wan ni. Resepi ni juga di perkenalkan oleh Mat Gebu,dan saya pernah masak sebelum ni di SINI dan pernah juga guna ayam....memang sedap kedua2nya. Walaupun tak menggunakan rempah kari dlm masakan ni, tapi ianya membuatkan aroma daun kari dan rempah yg lain tu membangkitkan selera. Saya mmng suka resepi ni..mmng akan masak lagi guna resepi ni. Terima kasih pada penyumbang resepi. Pada peminat kari tu, bolehlah mencubanya..mmng sedap.




BAHAN-BAHANNYA
  • 600 gram ikan tenggiri- Yatie guna 4 keping isi ikan kerachi dan sekeping kepala-di belah 2
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar
  • 500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
  2.  Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4.  Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Cucur Nasi Lemak Manis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur/jemput2 nasi lemak manis. Mulanya nak buat cucur nasi ikan bilis, tapi dlm hati teringin plk nak makan jemput2 kelapa. Dalam dok serbasalah tu, saya pun ambil keputusan utk buat jemput2 yg menggunakan nasi sejuk dan tambahkan kelapa parut...mesti lembut dan lemak manis rasanya. Hujan2 mcm ni mmng sedap pekena jemput2 panas2. Memang betullah...masa baru masak tu saya makan seketul, pastu seketul lagi dan seterusnya berketul2 lagi... Bila dah siap masak semuanya, perut pun dah kenyang. Dalam pada kenyang tu...terambil lagi seketul dan seketul lagi..dan lagiiiiii....mmng susah nak berhenti makan....sedap betullah...anak2 pun suka sangat, sampaikan dah tempah suruh buat lagi utk sarapan esok. Kalau kawan2 nak rasa tu..kenalah cuba..baru tau sedapnya macamana...jom semak resepi mudah ni...



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi sejuk*
  • 2 cwn air*
  • 1/2 cwn gula*
  • secubit garam *
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je*(*di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend bahan2 bertanda *.sehingga halus.
  2. Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum. Tuankan bahan2 yg dikisar tadi.
  3. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga kekuningan atau sehingga masak.
  5. Angkat dan toskan. Bolehlah di hidangkan.
  6. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Tuesday, December 11, 2012

Leopard / Cheetah Cake - Birthday Hamka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat harijadi buat Hamka. Gembira dan terharu di buatnya. Moga doa ayah ibu juga dari kawan2 semua di makbulkan Allah SWT. Aamiin..Tentu ada di antara kawan2 yg tertunggu2 birthday cake Hamka kan. Sebenarnya malu nak tayang kat sini sebab saya mmng tak pakar mendeco kek segala. Hias kek pun ikut gerak hati je. Demi memenuhi permintaan Hamka dan anak2 yg lain maka terjadilah kek yg tak di sangka2 ni....Leorpard/Cheetah Cake....wow garang bunyinya gitewwww....tapi tak nampak garanglah plk kek ni....

Sebenarnya lama dah berkenan nak buat kek ni, tapi takde keberanianlah. Bila tiba birthday Hamka ni, jadi bersemangatlah plk nak buat kek ni. Resepi ni saya ambil dari Ita Masam Manis, menurut Ita pula....resepi ni di ambil dari Sugarcraftinkeyks. Bila tngk kek yg Ita buat...perghhhhh mmng buat mata tak kelip2.....tenung je sampai berair mata ni. Memang cantik, menarik dan buat siapa yg memandangnya tertariklah....tentu semua setuju kan...Kalau tngk kek yg saya buat ni, jngn banding2kan ya..mmng jauh sangat perbezaannya. Tak kisahlah kan kalau nak di bandingkan pun....yg penting hasil airtangan sendiri dan anak2 serta suami suka, itu lebih bermakna.

Pada yg berkenan dan nak merasa kek tu, bolehlah mencubanya. Menurut Ita, Ita buat dlm 1 1/2 adunan, sbb tu dapat 3 lapisan. Saya pula buat 1 adunan je, jadilah 2 lapisan. Lagipun saya bakar 2 loyang berasingan dan sekali bakar je, malas nak tunggu bakar lagi satu loyang. Maklumlah masa buat kek ni pun,Hamka teruja sangat dan tak sabar nak tngk hasilnya. Jadi mamaNya pun buat sebaik mungkin dan secepat mungkin. Belum hias kek lagi, dia dah tak sabar nak rasa...adoyaiiiii...makin kelam kabutlah mamaNya sediakan birthday cake ni...so terimalah kek dari mama ni Hamka cayanggggg...

Kek ni rasa seakan2 butter cake/ rainbow cake.....moist je. Lebih sedap lagi bila ditambah krim coklat tu...perghhhh..sedap hingga menjilat jari....tak percaya ke? Kalau tak percaya, meh rasa sepotong...he3..
Jomlah semak resepi, kot2 ada yg berkenan nak mencuba...Resepi kat bawah ni yg Yatie buat supaya takde kekeliruan ya. Kalau nak buat 3 lapis mcm Ita, sila gandakan adunan.






Bahan-Bahan
  • 240 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
  • 200 gm gula caster
  • 100 ml susu segar atau susu cair
  • 3 biji telur
  • 250 gm tepung gandum
  • 16 gm baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla

  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu teh pes oren
  • sedikit pewarna oren
Cara- Caranya
  1. Sediakan 2 loyang berukuran 8 inci. Yatie guna loyang 7 inci.
  2. Sapu loyang dengan sedikit butter dan lapikkan dasar loyang dengan baking paper 
  3. Panaskan oven pada suhu 170C.
  4. Satukan tepung dan baking powder , kemudian di ayak.
  5. Dalam bekas mixer, satukan mentega dan gula caster.Pukul hingga adunan lembut.
  6. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  7. Semasa masukkan telur sebiji2 masukkan juga 1 sudu besar tepung sedikit demi sedikit.
  8. Masukkan esen vanilla dan pkl rata lagi.
  9. Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul dengan kaedah kaup balik
  10. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung
  11. Gaul hingga sebati.
  1. Ambil anggaran 1/2 cawan adunan dan letakkan pes oren dan pewarna oren ~ kacau rata
  2. Kemudian masukkan dalam piping bag
  3. Ambil anggarn 1/2 cawan adunan letakkan serbuk koko dan coklat emulco ~ kacau rata
  4. Kemudian masukkan dalam piping bag
  5. Ambil anggaran 1 cawan warna plain ~ tiada warna,  masukkan dalam piping bag.
  6. Adunan selebihnya, ketepikan dulu.
Cara menyediakan dan membuat lingkaran dlm kek.rujuk diSINI
  1. Ambil anggaran 1/2 cwn  adunan tak bewarna, ratakan dalam loyang.
  2. Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan tak bewarna tadi.
  3. Buat lingkaran bulatan ~ kecil hingga besar
  4. Lingkaran ni terpulang lah nak buat berapa lingkar. Boleh buat 5 , 4 atau 3
  5. Lingkaran ni boleh buat 2 line ~ maknanya 1 lingkaran tu kita paipkan 2 kali.
  6. Kemudian kita paipkan pula warna oren, betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
  7. Lingkaran warna oren ni pun buat dalan 2 lingkaran setiap satu bulatan tu, supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.
  8. Kemudian kita ambil warna coklat sekali lagi dan kita paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya. Berhati-hati.
  9. Kemudian kita ambil pula warna plain atau yang tak bewarna tadi, yang kita dah masukkan dalam piping bag, kita paipkan di celah-celah lingkaran tadi ~ rata-rata
  10. Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi, tutup keseluruhan permukaan adunan
  11. Jangan kacau kuat-kuat tau.. perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran di bawah tidak terusik atau terlanggar.
  12. Kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit
  13. Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.
  14. Bila kek dah masak, biarkan 10 minit dan kemudian telangkupkan atas redai dan sejukkan.
GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah

Bahan Ganache Coklat
  • 150 gm krim tenusu
  • 20 gm sirap glukos
  • 250 gm coklat gelap ~ hiris halus
Cara-cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap.
  3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
Bahan Krim Coklat
  • 180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
  • 150 ml krim putar bukan tenusu ~  Rich ( Non Dairy Whipping Cream)
Cara-cara
  1. Putar whipping cream hingga kembang dan kental.
  2. Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata.
Cara Melapis dan Mendeco Kek
  1. Bila dah siap bahan-bahan ni, bolehlah kita mulakan proses melapis. 
  2. Proses melapis ni terpulang lah mengikut cara masing-masing. 
  3. Kek yang telah sejuk tadi, buangkan lapisan atasnya yang agak keras.
  4. Kemudian  letakkan kek tadi atas lapik kek.
  5. Basahkan atau pancitkan sedikit jus lemon ( jus lemon + sedikit air) di atas permukaan kek supaya kek lembab dan serbuk kek tidak menganggu proses kita melempa kek kita nanti.
  6. Masukkan Krim Coklat dalam piping bag dan paipkan atas kek. Ratakan krim coklat tu.
  7. Kemudian letak lapisan yang seterusnya dan buatklah kaedah yang sama seperti lapisan yang pertama tadi.
  8. Bila dah siap setiap lapisan, salutkan keseluruhan kek dengan Krim coklat dan simpan kek dalam peti ais.
  9. Selepas tu bolehlah nak deco kek ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.
Corak tompok2 oren tu, Yatie guna non dairy whipping cream dlm 1/4 cwn, pkl sampai kental, kemudian letak sedikit pewarna oren dan kacau rata. Masukkan dlm piping bag dan buatlah corak tompok2 tu. 
Bila dah siap, ambil lebihan ganache coklat yg dah sejuk tadi (bkn dlm petiais ya), masukkan dlm piping bag dan buatlah lingkaran di sekeliling tompok2 oren tadi. 
Bila dah siap, simpan dlm peti sejuk semula dlm 2 jam. Bolehlah di potong dan di hidangkan.