Tuesday, December 25, 2012

Ikan Tenggiri Masak Kari

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni hujan je kan. Bila hujan ni perut lapor je....sampaikan tak tau nak masak apa.  Hari ni terlintas nak masak kari ikan tenggiri. Biasanya saya masak asam pedas je, bila musim hujan ni terasa nak makan karilah pulak..bila petang tu, bolehlah buat lempeng dan makan bersama kuah kari ni. Kalau tak habis, boleh sambung makan masa tngk tv...makan sambil santai2 gitewwww.
Resepi ni mcm biasa je, cuma bila di tambah buah keras kari ni jadi lebih pekat dan sedap sangat. Pada peminat kari tu, bolehlah mencubanya...Jom semak resepi mudah ni..
 

 
Bahan-Bahan
  • 6 keping ikan tenggiri
  • 2 biji tomato, belah 4
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 tangkai cili merah- belah 2
  • 1 tangkai cili hijau- belah 2
  • 2 sudu besar rempah kari ikan *
  • 2 sudu besar rempah kari daging *(*di bancuh dngn sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
Bahan Tumis
  • 2 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang serai- di ketuk
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
Cara- Caranya
  1. Ikan di cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan gaul sebati. Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air.
  3. Tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Tuang air dlm 1 cawan dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan tambah air jika perlu. Masukkan asam gelugor, santan dan gaul perlahan.
  5. Masukkan buah tomato,cili merah, cili hijau yg di belah 2, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh tutup api dan bolehlah di hidangkan .

11 comments:

  1. As salam kak Yatie,
    sama la menu kita hari nie...tp sy masak kari ikan tongkol je hari nie...:)
    cuaca mendung2 sejuk nie..mmg elok sngt la pekena kari kan kak...hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat malam kak yatie,
    Sedapnya makan kari ikan buat dinner, selera sangat : )

    ReplyDelete
  3. Baca tajuk pun dah terasa enak ikan ini masak kari.

    ReplyDelete
  4. Salam kak....
    lmbt asz dtg dapur akak...
    ada kuahnya lg x???nak skit buat cicah lempeng...:))

    ReplyDelete
  5. Sedapnya masak kari ikan... kalau ada belen boleh buat cicah roti canai... sedap tuh!

    ReplyDelete
  6. Ikan tenggiri kalau masak kari mmg sedapkan Yatie.

    ReplyDelete
  7. laporr laporr...lama tak pekena nasi kandar!

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan,
    kari sesuai juga kan makan waktu hujan... Resipi dia pun mudah.. boleh lah saya try!

    ReplyDelete
  9. Hi, puan yatie, say a selalu tengok2 resepi dlm blog nie....
    Hari nie says try resepi nie, memang jadik la kari nie...
    Sedap Sgt...
    satu lagi resepi yg says pernah try ialah blended orange cake, sedap Sgt kek tu pun...
    Tq yea

    ReplyDelete