Tuesday, December 11, 2012

Leopard / Cheetah Cake - Birthday Hamka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat harijadi buat Hamka. Gembira dan terharu di buatnya. Moga doa ayah ibu juga dari kawan2 semua di makbulkan Allah SWT. Aamiin..Tentu ada di antara kawan2 yg tertunggu2 birthday cake Hamka kan. Sebenarnya malu nak tayang kat sini sebab saya mmng tak pakar mendeco kek segala. Hias kek pun ikut gerak hati je. Demi memenuhi permintaan Hamka dan anak2 yg lain maka terjadilah kek yg tak di sangka2 ni....Leorpard/Cheetah Cake....wow garang bunyinya gitewwww....tapi tak nampak garanglah plk kek ni....

Sebenarnya lama dah berkenan nak buat kek ni, tapi takde keberanianlah. Bila tiba birthday Hamka ni, jadi bersemangatlah plk nak buat kek ni. Resepi ni saya ambil dari Ita Masam Manis, menurut Ita pula....resepi ni di ambil dari Sugarcraftinkeyks. Bila tngk kek yg Ita buat...perghhhhh mmng buat mata tak kelip2.....tenung je sampai berair mata ni. Memang cantik, menarik dan buat siapa yg memandangnya tertariklah....tentu semua setuju kan...Kalau tngk kek yg saya buat ni, jngn banding2kan ya..mmng jauh sangat perbezaannya. Tak kisahlah kan kalau nak di bandingkan pun....yg penting hasil airtangan sendiri dan anak2 serta suami suka, itu lebih bermakna.

Pada yg berkenan dan nak merasa kek tu, bolehlah mencubanya. Menurut Ita, Ita buat dlm 1 1/2 adunan, sbb tu dapat 3 lapisan. Saya pula buat 1 adunan je, jadilah 2 lapisan. Lagipun saya bakar 2 loyang berasingan dan sekali bakar je, malas nak tunggu bakar lagi satu loyang. Maklumlah masa buat kek ni pun,Hamka teruja sangat dan tak sabar nak tngk hasilnya. Jadi mamaNya pun buat sebaik mungkin dan secepat mungkin. Belum hias kek lagi, dia dah tak sabar nak rasa...adoyaiiiii...makin kelam kabutlah mamaNya sediakan birthday cake ni...so terimalah kek dari mama ni Hamka cayanggggg...

Kek ni rasa seakan2 butter cake/ rainbow cake.....moist je. Lebih sedap lagi bila ditambah krim coklat tu...perghhhh..sedap hingga menjilat jari....tak percaya ke? Kalau tak percaya, meh rasa sepotong...he3..
Jomlah semak resepi, kot2 ada yg berkenan nak mencuba...Resepi kat bawah ni yg Yatie buat supaya takde kekeliruan ya. Kalau nak buat 3 lapis mcm Ita, sila gandakan adunan.






Bahan-Bahan
  • 240 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
  • 200 gm gula caster
  • 100 ml susu segar atau susu cair
  • 3 biji telur
  • 250 gm tepung gandum
  • 16 gm baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla

  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu teh pes oren
  • sedikit pewarna oren
Cara- Caranya
  1. Sediakan 2 loyang berukuran 8 inci. Yatie guna loyang 7 inci.
  2. Sapu loyang dengan sedikit butter dan lapikkan dasar loyang dengan baking paper 
  3. Panaskan oven pada suhu 170C.
  4. Satukan tepung dan baking powder , kemudian di ayak.
  5. Dalam bekas mixer, satukan mentega dan gula caster.Pukul hingga adunan lembut.
  6. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  7. Semasa masukkan telur sebiji2 masukkan juga 1 sudu besar tepung sedikit demi sedikit.
  8. Masukkan esen vanilla dan pkl rata lagi.
  9. Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan susu dan gaul dengan kaedah kaup balik
  10. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung
  11. Gaul hingga sebati.
  1. Ambil anggaran 1/2 cawan adunan dan letakkan pes oren dan pewarna oren ~ kacau rata
  2. Kemudian masukkan dalam piping bag
  3. Ambil anggarn 1/2 cawan adunan letakkan serbuk koko dan coklat emulco ~ kacau rata
  4. Kemudian masukkan dalam piping bag
  5. Ambil anggaran 1 cawan warna plain ~ tiada warna,  masukkan dalam piping bag.
  6. Adunan selebihnya, ketepikan dulu.
Cara menyediakan dan membuat lingkaran dlm kek.rujuk diSINI
  1. Ambil anggaran 1/2 cwn  adunan tak bewarna, ratakan dalam loyang.
  2. Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan tak bewarna tadi.
  3. Buat lingkaran bulatan ~ kecil hingga besar
  4. Lingkaran ni terpulang lah nak buat berapa lingkar. Boleh buat 5 , 4 atau 3
  5. Lingkaran ni boleh buat 2 line ~ maknanya 1 lingkaran tu kita paipkan 2 kali.
  6. Kemudian kita paipkan pula warna oren, betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
  7. Lingkaran warna oren ni pun buat dalan 2 lingkaran setiap satu bulatan tu, supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit bila kita potong.
  8. Kemudian kita ambil warna coklat sekali lagi dan kita paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya. Berhati-hati.
  9. Kemudian kita ambil pula warna plain atau yang tak bewarna tadi, yang kita dah masukkan dalam piping bag, kita paipkan di celah-celah lingkaran tadi ~ rata-rata
  10. Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan tadi, tutup keseluruhan permukaan adunan
  11. Jangan kacau kuat-kuat tau.. perlahan-lahan aje ratakan supaya lingkaran di bawah tidak terusik atau terlanggar.
  12. Kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170C selama 45 minit
  13. Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.
  14. Bila kek dah masak, biarkan 10 minit dan kemudian telangkupkan atas redai dan sejukkan.
GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah

Bahan Ganache Coklat
  • 150 gm krim tenusu
  • 20 gm sirap glukos
  • 250 gm coklat gelap ~ hiris halus
Cara-cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap.
  3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
Bahan Krim Coklat
  • 180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
  • 150 ml krim putar bukan tenusu ~  Rich ( Non Dairy Whipping Cream)
Cara-cara
  1. Putar whipping cream hingga kembang dan kental.
  2. Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata.
Cara Melapis dan Mendeco Kek
  1. Bila dah siap bahan-bahan ni, bolehlah kita mulakan proses melapis. 
  2. Proses melapis ni terpulang lah mengikut cara masing-masing. 
  3. Kek yang telah sejuk tadi, buangkan lapisan atasnya yang agak keras.
  4. Kemudian  letakkan kek tadi atas lapik kek.
  5. Basahkan atau pancitkan sedikit jus lemon ( jus lemon + sedikit air) di atas permukaan kek supaya kek lembab dan serbuk kek tidak menganggu proses kita melempa kek kita nanti.
  6. Masukkan Krim Coklat dalam piping bag dan paipkan atas kek. Ratakan krim coklat tu.
  7. Kemudian letak lapisan yang seterusnya dan buatklah kaedah yang sama seperti lapisan yang pertama tadi.
  8. Bila dah siap setiap lapisan, salutkan keseluruhan kek dengan Krim coklat dan simpan kek dalam peti ais.
  9. Selepas tu bolehlah nak deco kek ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.
Corak tompok2 oren tu, Yatie guna non dairy whipping cream dlm 1/4 cwn, pkl sampai kental, kemudian letak sedikit pewarna oren dan kacau rata. Masukkan dlm piping bag dan buatlah corak tompok2 tu. 
Bila dah siap, ambil lebihan ganache coklat yg dah sejuk tadi (bkn dlm petiais ya), masukkan dlm piping bag dan buatlah lingkaran di sekeliling tompok2 oren tadi. 
Bila dah siap, simpan dlm peti sejuk semula dlm 2 jam. Bolehlah di potong dan di hidangkan.

17 comments:

  1. laa.. terlepas nak ucapkan B'day buat Hamka

    Happy B'day Hamka
    Semoga menjadi anak yang solleh dan belajar rajin-rajin ye.. ^_^

    waa.. cantik lah b'day cake hamka.. aummm... aumm.. lagi..
    Pandai mama buat kek.. cantik!!
    auntie nak cikit boleh... ^_*

    dah cantik sangat dah tu yatie..
    janji anak-anak suka dan ianya hasil air tangan kita kan.. ^_^
    puas hati bila dapat buatkan kek untuk insan yang kita sayang..


    ReplyDelete
  2. Seronok yer dapat masak kek sendiri.

    Akak dah lama tak mencuba buat kek sendiri. Keinginan ada tapi entah bila nak mula.

    Sedap nampaknya ke Yatie tu

    ReplyDelete
  3. cantiknyer kek! birthday boy sgt sweet! hamka, acik nor nak sket kek ya.. :)

    ReplyDelete
  4. as-salam kak
    The perfect Leopard Cake!!! happy besday to u Hamka..

    ReplyDelete
  5. salam yatie, dah keluar dah kek hamka ya.., bertuahnya hanka kan..! rajin yatie buat kek yg agak mencabar ni..cntik..

    ReplyDelete
  6. Aummmmm.... ni rimau dah datang nak makan kek leopard! Hehehe... Lawalah kek Yatie. Adakah daku mampoooo? Huhuhu....

    ReplyDelete
  7. hepi besday buat Hamka si handsome boy :-D
    memang cantik kek tu.. akak pun berkenan masa tgk kat blog ita tempohari... tapi masa tak menyebelahi akak utk mencubanya... kiv dalam hati je dulu.. hehe...tahniah buat yati kerana dah berjaya membuatnya...

    ReplyDelete
  8. Happy Belated Birthday to Hamka comeeyyy....Semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, amiinn.. Amboiiih Yatie, cantiknya leopard cake tuh...meletopss! Nampak pun gebusss jek...rajin tul Yatie ni, dulu kini dan selamanya... ^__^

    ReplyDelete
  9. harimau malaya kak..h ehhe auummmm..hamka tomeii share sikit kt untie kek tue..:)

    ReplyDelete
  10. happy belated birthday buat adik Hamka. Comel anak bujang kecik kak yati ni. Manis muka dia mcm mamanya kot...Sy pun ada berangan2 nak buat kek ni sejak tgk kak ita masam manis...tapi belum buat pun...

    ReplyDelete
  11. Salam..Happy Birthday to Hamka...Wowwww...cute sungguh cake ni...kreative betullll...

    ReplyDelete
  12. Fantastica....bellissima...bravissima!!!!!
    ciao a presto ^_^

    ReplyDelete
  13. cretive akak...sy rasa nak masuk kelas memasak ngan akak jer...hihihi

    ReplyDelete