Monday, December 17, 2012

Ayam Masak Sambal Serai

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu ayam masak sambal serai yg dimakan bersama nasi jagung serai tadi. Sebenarnya resepi ni mudah je dan saya kerap masak ayam atau ikan guna resepi ni. Selain ianya mudah di sediakan rasanya sedap sekali. Jom semak resepi mudah ni. Resepi ni juga boleh buat rujukan anak2 saya di masa akan datang.



Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai- ptng kecil2
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.Masa ni guna api sederhana je dan sentiasalah di kacau.
  3. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi jagung atau nasi minyak.

5 comments:

  1. ni kalo dapat ayam mcm ni tak cukup seketui..hihihi..

    cop kepak!

    ReplyDelete
  2. Dear, apa beza dg ayam masak merah? Mcm lebih kurang jer bahan bahannya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.... Yati.
    Sedapnya ayam sambal serai. Terliurnya saya nengok.
    Kalau ditambah sedikit kerisik.... lagi sedap.

    ReplyDelete
  4. Selamat malam...

    Sedapnya menu kak yatie, yummyy!!

    ReplyDelete
  5. Nampak simple je ayam masak serai ni.. Bolehla masak n jemput orang datang rumah hini

    ReplyDelete