Thursday, December 20, 2012

Agar- Agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg sangat sedap. Dulu masa kecik2, mak selalu buat time kenduri yassin. Masa tu takmo kuih lain dan tak pandang pun kuih lain sbb agar2 santan mak lah yg paling sedap. Macam biasalah mak kalau buat, banyak dan main agak2 je...yg peliknya, walaupun mak agak2 je sukatannya..tetap menjadi cantik je. Kalau saya agak2...kira nasib lerrrr, kdng2 ok..kdng2 pulak tak ok...masa tu salahkan diri sendiri lerrrrr...he3..

Sebelum ni pernah buat guna gula merah, kali ni saya guna gula melaka pula...mmng lagi sedap dan berlemak. Lebih sedap bila di makan sejuk. Resepi dan tips2 penting dari adik manis Naz@Cute Oven. Terima kasih Naz berkongsi resepi dan petua buat agar2 santan ni nampak cantik. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Resepi ni mudah je, cuma cara2nya mestilah betul ya. Pada adik2/ kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah buat sendiri ya...mmng senang dan semestinya sedap.





Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  2. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  3. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  5. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...
TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

30 comments:

  1. Salam yatie..sedapnya nih!Cantik lapisannya tue...simpan atie sikit ya (^_^)

    ReplyDelete
  2. Ohhh itu petuanya..Pernah buat yg rasa pandan tu lah...tapi main buat aje...Nampak selera pulak nak makan agar2 ni lagi..

    ReplyDelete
  3. Menjadi sungguh agar-agar santan gula melaka ni ikut tips Naz tu ye... nampak 2 bahagiannya... sama besar.. semangat nak mencuba ni :D

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie,
    Subhanallah, cantiknya agar-agar ni. Terus terkenang agar-agar pandan. Bukan calang-calang orang nak membuatnya nampak telur kat atas, yang jernih di bawah. Lepas tu, kalau makan, terus rasa nak terus telan je sebab lembut sangat..

    Kak, saya bawa 'aura' kuih apam beras, kuihnya dah habis :) Teringat kuih apam kak tersusun atas pinggan beberapa hari lepas. Mula-mula ia sejuk, memang rasa sticky sikit. Mungkin sebab nasinya saya blend tak begitu hancur. Saya simpan dalam peti ais tempat beku. Pagi tadi, saya kukus balik untuk dipanaskan... ia jadi lebih lembut.... Fuh! Tak tergambar sewaktu memakannya. Terima banyak kak yatie. :D

    ReplyDelete
  5. I suka lapisan santan yang tebal.... sedapppp!

    ReplyDelete
  6. Time kenduri mmg selalu jumpa agar2 santan ni....mmg sedapkan yatie.

    ReplyDelete
  7. As salam. Nampak sangat sedap bila melihat gambar yang Yatie ambil. TErus rasa nak membuatnya

    ReplyDelete
  8. sedapnya yatie agar2 santan.. feberet suami madihaa ni... lama sungguh tak buat agar2 jenis mcm ni...

    ReplyDelete
  9. agar2 nie mmg nostalgia..teringat zaman kecik2..berebut2 nk makan he hehe rindu pulak nk buat kak:)

    ReplyDelete
  10. alaaaa hai..mmg dah lama tergoda ngan agar2 Naz, ramai yg dah cuba...sendiri belum lagi maaa..sedapnya kak Yatie..

    ReplyDelete
  11. assalammualikum wwb kak yatie....
    agar2 ni emak mimie memang suka buat masa kami kecik2 dulu...
    sedap ..apalagi di makan dingin....:)

    ReplyDelete
  12. nani pun suka agar2 santan.. tapi lagi suka agar2 lumut.. yg dari daun pandan... :) hehehe lama dah tak wat... leh praktikkan ni..

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum kak Yatie..

    Naz datang tadah loyang kuih ni...hehehe...Kan dah kata, "kecil tapak tangan, loyang kuih Naz tadahkan"..kih3x...

    Thanks kak yatie sudi cuba dan panjang2kan resepi dan petua tu...

    ReplyDelete
  14. Assallamualaikum kak Yatie..

    Tadi dah tulis komen tapi tak kuar...ker mmg cam tu ek?hihihii..
    Anyway, Naz datang bawak loyang kosong ni. Kan dah cakap, "kecil tapak tangan, loyang kek Naz tadahkan"..hehehe..

    Thanks ye kak sudi try dan panjangkan resepi serta tips tu di sini pula...

    ReplyDelete
  15. oh...
    patutlah xmjadi..
    thanks bkongsi ya kak

    ReplyDelete
  16. Sedap nye nk cuba buatlh

    ReplyDelete
  17. saya dah cuba resepi agar2 ni semalam..mmg ikut step by step..hasilnya walahhhh sedap giler...cukup rasa lemak manis wangi gula melaka tu...agar2 saya cantik sgt..elok terletak berbagi 2..sukaaanya..tqvm kak yatie atas sumbangan resepi tu..

    ReplyDelete
  18. Kalau tak letak telur takpe ke kak? Tak suka rasa telur

    ReplyDelete
  19. kak.. ayu buat dah. alhamdulillah. jadi.. siap kasi kawan kerja..dah share di blog sy..

    ReplyDelete
  20. Memang kena letak telur ayam kalau tak santan berterabur kat dalam agar agar, tak berlapis lapis.

    ReplyDelete
  21. Dah berjaya bt smlm..terima kasih d atas resepi n tips yg sgt bguna.

    ReplyDelete
  22. cntiknya agr2 santan tpi ko aq g bsa buat pasti jdix nyatu smua

    ReplyDelete
  23. dulu pernah buat agar-agar ni...first time buat memang menjadi dan sedaplah..second time bt tak jadi cmni..santan dgn agar2 bercampur...
    ;-(

    ReplyDelete
  24. NAMPAK CAM SENANG.... BAHAN2 PUN ADA KAT DAPUR TU. MINTA IZIN TUAN TANAH UTK TRY RESEPI NI YE.

    ReplyDelete
  25. Salam, nak tanya kalah guna agar2 jenis strip sukatannya 10gm juga ke?

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah.terima kasih share resepi.buat utk berbuka tadi.1st time buat.ikut step by step mcm baca manual mesin huhuhu.mmg sedap.👍👍👍👍

    ReplyDelete