Tuesday, November 30, 2010

Bingka Ambon

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni saya sarapan bingka ambon. Sebenarnya dah lama cari resepi ni....hasil tinjau2 di MyR jumpalah resepi dari Citarasawan. Masa pergi kenduri rumah kawan tempohari,saya ada makan kuih ni, suka tngk kuih bingka tapi bersarang...dlm hati ni nak tanya je dngn tuan rumah resepinya...tapi malulah pulak. Orang ramai masa tu, jadi batalkan niat yg murni tu. Bila dah jumpa resepi, apalagi saya pun buatlah kuih bingka ambon ni...puashati betul sebab menjadi sarangnya. Kali ni saya guna loyang je, dan Kak Wan guna acuan2 kecil...lain kali saya nak guna acuan muffin pula. Kalau kawan2 teringin tu bolehlah mencuba resepi ni. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg sedap ni.




Bahan-bahan ( 14 biji )
  • Bahan A
  • 1 sudu besar yis segera
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 125ml air suam
  • 150gm tepung gandum
Bahan B
  • 150gm tepung ubi
  • 300gm gula pasir
  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen pandan/vanila
  • 50ml air daun pandan
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau
  • mentega cair utk meleser
Bahan C
  • 450ml santan pekat dimasak hingga mendidih dan disejukkan.
  • Hiasan : Bijan
Cara-cara
  1. Bancuh bahan A dalam mangkuk yang besar hingga rata dan perapkan selama 1 jam, biar adunan mengembang.
  2. Pukul telur, gula, esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan kedalam bahan A, gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan bahan C, santan yang telah disejukkan tadi. Kacau rata dan masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender dan perap adunan selama 2 - 3 jam.
  3. Leser acuan dengan majerin dan panaskan dalam oven selama 10 minit. Masukkan 3/4 adunan kedalam acuan-acuan kecil. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160c api atas dan bawah selama 40 minit hingga permukaan adunan mengerutu dan kekuningan.
  4. Cucuk dengan lidi jika adunan tidak lagi melekat, bolehlah diangkat.
  5. Kuih ini melekit sewaktu dipotong ketika masih panas tetapi akan bertambah lembut jika dibiarkan sejuk (4 - 5 jam) pada suhu bilik.

Seri doing Cadbury Eyebrows

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni saya saje je nak kongsi bersama video yg sempat saya rakam berkenaan dngn iklan yg popular skrng iaitu Cadbury Eyebrows.Pelakon kanak2 yg sempat saya rakam ni bukan sebarangan orang ya....anda semua lihatlah sendiri, yg saya tahu namanya SERI. Saya ketawa tak henti2 bila merakam video ni....kening saya pun ikut nak gerak2 gak...tapi Seri buat lagi menjadi...jom kita tengok.....(anak dara sapelah tuuuuuu....)

Monday, November 29, 2010

Ikan Siakap Kukus

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya saya masak ikan siakap kukus ni semalam. Oleh kerana sibuk yg teramat sangat, tak sempatlah nak n3, jadi hari ni saya kongsikan bersama resepi yg mudah dan sedap ini. Resepi asal adalah dari Mat Gebu dan saya C&P dari MyR. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg sedap ni, lepas ni kalau makan kat luar, tak payah nak order ikan siakap stim ni lagi...beli ikan siakap dan masak je sendiri. Kali ni saya masak 2 ekor dan bahan2 kenalah digandakan.



Ikan yang belum dikukus..dok mengadap sesama sendiri....

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
  4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  5. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Sunday, November 28, 2010

Puding Batik Marie

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ni hari minggu, jadi memang busy sangat kat rumah ni, lebih2 lagi musim cuti persekolahan. Anak2 macam biasalah suka suruh mama nya buat kuih/kek utk dimakan sebagai kudap2an. Hari ni saya buat puding batik marie yg simple dan sedap. Sebenarnya nak buat dah lama, tapi di sebabkan ketiadaan nestum di rumah, terpaksalah di tangguhkan dulu. Bila semua bahan2 dah ada, barulah saya memulakan projek. Terima kasih kepada Ayu yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni dan ramai kawan2 yg sudah mencubanya....mmng sedap, terasa kelainannya bila di tambah nestum. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu...bolehlah cuba....



Bahan-Bahan
  • 300g biskut marie-dipatahkan 4
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan bijiran nestum untuk baby
  • 1 cawan butter
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla essence
Cara-Cara
  1. Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut.
  2. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata.
  3. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat.
  4. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras.)

Award Dari Norshizan Osman

Assalammualaikum dan salam di hari minggu. Di kesempatan ini saya ingin meletakkan award persahabatan dari adik Norshizan Osman. Terima kasih di atas ingatan dan kesudian Shizan memberi akak award ini....semoga persahabatan yg terjalin akan kekal buat selamanya...terima kasih sekali lagi kerana menjadikan blog masakan akak yg tak seberapa ni sebagai rujukan utk adik...semoga usaha dan perkongsian ilmu ini mendapat keberkatan dariNYA.

Saturday, November 27, 2010

Ayam Goreng Tomyam

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ayam goreng tomyam. Biasanya perencah tomyam saya masak tomyam yg berkuah, kali ni jenis tak berkuah...kuah sikit je...sedap juga. Resepi ni saya ambil dari Wana dan Wana dapat dari majalah rasa. Ayam ni boleh juga di gantikan dgn ikan...Terima kasih pada Wana yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
  • 1 batang serai ( di ketuk )
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
  • 1 biji buah tomato ( belah 6 )
  • garam
  • sedikit gula ( optional )
  • minyak masak secukupnya
  • daun limau purut
Cara penyediaaan
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
  4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
  5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.

Friday, November 26, 2010

Award dari Love2Cook

Selamat malam dan bertemu kembali. Sebelum melelapkan mata saya nak letak dulu award yg di beri oleh seorang sahabat di alam maya iaitu Love2Cook. Terima kasih love atas ingatan moga persahabatan yg terjalin selama ini berkekalan hingga ke alam nyata.

Bingka Gula Melaka

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni saya buat kuih bingka gula melaka. Rasa lemak2 manis bingka ni membuatkan ianya sungguh sedap dan istimewa sekali. Cara membuatnya pun mudah. Resepi asal adalah dari K.Fida di MyR. Banyak resepi dari K.Fida yg saya telah cuba, kebanyakkannya menjadi. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah cuba buat sendiri ya...pasti tak mengecewakan.




Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
  • 175 g tepung beras
  • 3 1/2 sb tepung Hoen Kwee (saya guna tpng jagung je)
  • 100 g gula pasir (akak guna 50 g)
  • 1/2 sk garam
  • 875 ml santan pekat*

  • 150 ml santan cair
  • 200 g gula melaka
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 sb air kapur (opt)
  • 1 sk pewarna choc. (saya tambah 1sb pewarna coklat)
Cara-cara
  1. 5 bahan pertama dikacau dan tapis.
  2. Santan cair,gula melaka dan daun pandan dimasak mendidih.Tapis.
  3. Satukan kesemua bahan2 dan masak hingga pekat.Tuang adunan dan ratakan di dalam loyang yang digris dan bakar selama 40-45 min. pd suhu 160C.Untuk mendapatkan permukaan kuih yang garing,bakar dengan api atas sebentar.sejukkn
  4. Biar kuih benar2 sejuk,potong dan hidangkan.
=>Utk resepi di atas, saya menggunakan santan kotak kara 200ml sebanyak 2 kotak. Ambil 50ml dan tambah air sebanyak 100ml utk menjadikan sebanyak 150ml santan cair.
=>Gunakan pula selebihnya(150ml santan+200ml santan) dan tambahkan air utk menjadikan jumlahnya 875ml santan pekat.(350ml santan+525 air=875 santan pekat)

Thursday, November 25, 2010

Ikan Bakar Bersama Kuah Asam

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya masak ringkas je iaitu ikan bakar bersama kuah asam dan sayur bayam bening/masak air. Sejak dua tiga hari ni tekak saya perit jadi mmng sesuailah lauk2 mcm ni. Di sini saya kongsikan bersama resepi kuah air asam istimewa. Resepi ni saya ambil dari Bee-ribs di MyR. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Air asam ni sesuai di cicah bersama apa2 jenis ikan bakar...bau kerisek tu yg membuatkan air asam ni istimewa. Kali ni saya makan bersama ikan cencaru bakar...makan seekor pun tak cukup...sedap sngt...



Bahan-bahan
  • 10 bji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 2 sb kerisek
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam (secukup rasa)
  • Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.
  • sedikit gula-saya tambah
Cara-cara
  1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.
  2. Bawang besar & tomato - potong dadu.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan air asam jawa dan kerisek.
  4. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Dah boleh makan..

Wednesday, November 24, 2010

Marble Chiffon Cake

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya buat kek chiffon lagi atas permintaan anak2. Kali ni saya buat marble chiffon cake. Kalau kek yg belang2 dan banyak warna, mmng di gemari anak2....saya pun bertambah2 rajin membuatnya bila anak2 suka makan. Resepi kek kali ni saya ambil dari Rima yg mmng pakar membuat bermacam2 jenis kek. Kalau pergi ke sana, saya jadi rambang mata dan tak sabar mau mencuba resepi yg sememangnya best. Terima kasih ya Rima berkongsi resepi yg mudah ni. Kalau kawan2 mau mencubanya...ikut saja cara2 seperti membuat kek2 chiffon yg lain....yg penting pukul putih telur sampai soft peak/bertanduk....kek pasti menjadi.




Adunan Kek yg belum dimasak..

Ingredients (A)
  • 7 egg whites
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g sugar
(B)
  • 7 egg yolks
  • 100g sugar
  • 175g flour
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75 ml cooking oil
  • 150 ml of full cream milk
  • 1/2 tsp salt
  • 1 tbsp cocoa powder (I used valrhona)
  • 1 tsp chocolate paste (I added BF paste too)
Method
  1. Stir (B) until blended, set aside - (I whisk egg yolks and sugar first, then add oil and milk.. I then fold in sifted flour, baking powder and salt gently and put it aside)
  2. Beat the egg whites and cream of tartar until bubbly, add sugar a little at a time and continue to whip until soft peak.
  3. Take 1/3 of egg white mixture and add into egg yolk mixture.. fold in gently bef pouring the rest of egg yolk mixture into egg white. Divide batter equally into two portions and add cocoa powder and paste into one portion.
  4. Spoon white batter and chocolate batter alternately into a 22cm chiffon pan.. bake it at 170C for 45mins.
  5. Lift, turn the pan on the neck of the bottle, let stand until cold. Once cool, remove cake from pan with the help of a knife.

Kek Chiffon Pelangi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya buat kek chiffon pelangi atau warna warni. Kalau sebut pelangi, mesti ada yg tegur, pelangi ada 7 warna...kenapa kek ni 4 warna je. Tak kisahlah, yg penting kek chiffon ni sedap dan menjadi kegemaran kami sekeluarga. Resepi asal adalah dari Chef Kevin Chai dan saya C&P dari Lyza...terima kasih kepada penyumbang resepi. Saya guna loyang berlubang besar,jadi keknya rendah sikit....kalau guna loyang kecik sikit barulah nampak tinggi. Apa pun kek chiffon ni mmng sedap dan saya akan buat lagi sebab sekejap je dah licin...laku mcm pisang goreng panassss...... jom tngk resepinya.



BAHAN A
  • 6 biji kuning telur
  • 4 tbsp Minyak jagung/minyak masak
  • 60ml Susu segar
  • 1/2 tsp Esen vanila
  • 50g Gula Kastor
  • 110g Tepung naik sendiri
BAHAN B
  • 6 biji putih telur
  • 100g Gula Kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar
  • Sedikit pewarna kuning, hijau, pink dan sedikit serbuk koko (saya guna coklat emulco)
CARA2 MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. (tak perlu disapu mentega atau margerine). Ketepikan.
  2. Masukkan Bahan2 B (putih telur) dan gula kastor ke dlm mangkuk mixer dan putarkan sehingga berbuih kemudian baru masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju).
  3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan2 A, dikacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan sebentar
  4. Tuangkan adunan A ke dalam adunan B (putih telor).
  5. Putarkan dengan menggunakan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (Titiskan sedikit warna hijau, warna pink, kuning dan coklat (1 tsp serbuk koko).
  7. Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam tin yang telah disediakan tadi. (tuangkan warna kuning dulu diikuti warna coklat, warna pink dan akhir sekali warna hijau)
  8. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.

Tuesday, November 23, 2010

Award Dari Akma-Mata-Hati-Jiwaku

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak letak award yg di beri oleh Akma- Mata-Hati-Jiwaku. Terima kasih banyak atas ingatan dan kesudian Akma memberi award ni. Award blog cantik...hi3...iyeke...terima kasih atas penghargaan tu...pada saya blog ni simple je, sekadar berkongsi resepi dan sikit2 pengalaman. Ada award...ada soalan sikit...nasib baik sikit, kalau pnjng berjela, maunya pening kepala nak menjawab. Oklah jom kita tngk...


Nickname untuk tuan empunya blog :
  • Sinar Kehidupanku--lebih mesra dngn panggilan Yatiememories
Ucapan untuk yang memberi award :
  • Terima kasih banyak2...
6 fav artist / singer / group
  1. Siti Nurhaliza
  2. Maher Zain
  3. In Team
  4. Rabbani
  5. Rosyam Nor
  6. Tom Cruise
Tag award pada 10 rakan blogger : (sebenarnya ramai...harap dpt di pnjng2kan)
  1. Mat Gebu
  2. Kak Ummi
  3. Hana
  4. Mas
  5. Izah
  6. Ayu Curlybabes
  7. Ana- Matahari
  8. Kak Anim
  9. Seri
  10. Kak Ilahjy

Ayam Masak Asam Pedas

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak ayam asam pedas yg sememangnya kegemaran saya dan keluarga sejak dulu lagi. Kalau lauk asam pedas, tak kiralah ikan, ayam ataupun daging....mesti laku punya, mau bertambah2 nasi. Kali ni saya cuba resepi dari Anawahid dan saya C&P dari Hana. Terima kasih kepada adik berdua yg berkongsi resepi yg mudah dan sedap....terasa kelainan asam pedas yg di letak halba...ahaaa kwn2 bolehlah cuba ya resepi ni...maaf ya sebab saya ada tambah sedikit belacan supaya lebih ummphhhh.



Bahan-bahan

Bahan Kisar

  • 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • 1 labu bawang besar
  • 4 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus

  • 1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 btng bunga kantan-saya tambah
  • 1 biji tomato - di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam, pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
  4. Siap untuk di hidang dan dimakan

Monday, November 22, 2010

Daging Tomato Pandan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harap anda semua baik2 saja. Bagi saya di saat ini kesihatan tidak memuaskan, sakit kepala dan sakit tekak yg teramat sangat....sampai nak telan air liur pun terasa perit. Aktiviti memasak tetap di teruskan seperti biasa tetapi selera makan berkurangan sedikit. Oklah di sini saya kongsikan bersama resepi daging tomato pandan yg saya masak semalam. Resepi ni mudah saja dan yg penting sedap rasanya. Resepi asal dari Mat Gebu, izinkan akak C&P resepinya di sini ya Mat. Pada kawan2 tu...cubalah...memang sedap daging tomato pandan ni...cuma akak tambah sos tomato dan tomato dadu dlm resepi ni....



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
  • 1 inci halia, tumbuk lumat*
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 cawan air
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 1 biji tomato-potong dadu (saya tambah)
  • 2 camca besar sos tomato (saya tambah)
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 2 biji tomato merah
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 camca besar ketumbar biji -saya guna serbuk je
  • 1/2 camca teh jintan halus -guna serbuk je
  • 1/2 camca teh jintan kasar -guna serbuk je
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit.
  3. Tuang air, gaul dan biar mendidih.
  4. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat.
  5. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi.
  6. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi mentega kismis atau nasi putih biasa.

Saturday, November 20, 2010

Kuih Kaswi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Lamanya tak makan kuih kaswi buatan sendiri. Hari ni saya merajinkan diri utk membuat kuih kegemaran saya sejak dulu lagi. Kuih kaswi ni mudah je utk membuatnya dan bahan2 pun senang di dapati. Kuih ni sesuai di makan utk sarapan pagi atau minum petang...tapi saya makan siang dan malam. Kalau buat kuih kaswi,alamat saya takmo makan nasi...asyik ngadap kuih ni je. Kuih yg kenyal2 manja ni dan tak muak tu yg membuatkan saya teramat2 suka sngt kuih kaswi ni. Jom kita tngk resepinya.



Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama

Friday, November 19, 2010

Kacang Buncis Goreng Belacan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya masak ringkas2 je sbb tak berapa sihat. Sayur kacang buncis goreng belacan ni menu hari ini, walau mudah resepinya tapi nak letak juga n3 hari ni. Jom kita tngk bahan2nya.


Bahan-bahan
  • 300 gm kacang buncis
  • 1 bungkus jagung sayur
  • 1 inci belacan di bakar terlebih dahulu
  • 2 bawang putih
  • 4 bawang merah
  • 1 sudu besar ikan bilis-buang kotoran, cuci dan tos
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Tumbuk belacan,bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili kering.
  2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di tumbuk tadi.
  3. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan kacang buncis yg di patah2kan, masukkan juga jagung sayur dan kacau sebati.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau lagi, tambahkan garam dan sedikit gula.
  5. Kacau lagi dan jngn lama sangat takut kacang buncis layu.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah angkat dan hidangkan.

Apam Salju 2

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dah sarapan ke belum? Saya makan apam salju pagi ni. Dah banyak kali saya buat apam ni dan mmng tak jemu2 rasanya sbb saya mmng peminat setia apam dan kuih yg di kukus. Resepi apam ni dah ada sblm ni, boleh tngk di SINI dan saya copy lagi utk memudahkan kawan2 semua menyalin dan mencubanya.Pada peminat kuih kukus tu, bolehlah buat utk sarapan pagi atau minum petang.





Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Thursday, November 18, 2010

Rendang Ayam Gaharu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Macamana dngn sambutan Aidiladha di tempat kawan2 semua? Rasanya tentu di sambut meriah, apa lagi sesetengahnya dapat melihat sendiri ibadah korban di jalankan. Bagi saya alhamdulillah, raya di sambut sederhana tetapi meriah...yg paling seronok dapat berjumpa keluarga tersayang dan sama2 menikmati juadah yg sangat sedap di pagi raya. Dalam kegembiraan menikmati hidangan, tak di lupa juga pada saudara2 kita yg kurang bernasib baik, jadi kita sentiasalah mensyukuri atas nikmat yg Allah kurniakan kepada kita.

Oklah di sini saya ingin berkongsi resepi rendang ayam gaharu yg saya masak semalam. Rendang ni sedap sangat, boleh di masak kering dan berkuah sedikit. Saya lebih suka masak berkuah sedikit, jadi terpulanglah pada selera masing2 ya. Resepi asal adalah dari Mat Gebu yg mmng pakar memasak macam2 tu....izinkan akak C&P resepinya di sini ya Mat....terima kasih.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
  • 500 ml santan
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 camca besar rempah kari
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci belacan
  • 5 batang serai, hiris halus
  • 1 inci kunyit hidup
  • 25 biji cili padi siam
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Tuesday, November 16, 2010

Kek Lapis Bumi Dan Salam AidilAdha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kawan2 samada di alam maya ataupun di alam nyata serta pengungung setia blog SINAR KEHIDUPANKU.Terima kasih kerana sudi singgah ke sini dan kehadiran anda semua amat2 saya hargai. Esok kita akan meraikan hari yg sungguh bermakna ini, rasanya ramai kawan2 dan ibu2 sibuk menyediakan juadah utk hari raya. Saya juga tidak ketinggalan sibuk sepanjang hari. Malam ni saya akan pulang kekampung dan ada juga saya bawa buah tangan(kek) utk santapan di pagi raya. Saya buat kek lapis asam manis, marble chocolate cheese cake dan kek lapis bumi. Disini juga saya kongsikan bersama resepi kek lapis bumi yg sangat lembut, lembap dan sedap. Kalau nak rasa bolehlah mencubanya.



Bahan-bahan (loyang 8")
  • 250 gm mentega
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 5 biji telur
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 180 gm serikaya(1 tin kecil)
  • 1 1/2 cwn tpg gandum
  • 1 sudu kecil b.powder
  • 1 sudu kecil esen ros/vanilla
  • 2 sudu besar nescafee
  • pewarna kuning
  • pewarna coklat
Cara-cara
  1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang dan sebati
  2. Masukkan tepung, esen ros, baking powder, susu dan serikaya, kacau atau putar hingga sebati
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu letak pewarna kuning, manakala satu lagi letak serbuk nescafe(bancuh dngn 1 sb air) dan letak pewarna coklat.
  4. Panaskan pengukus, griskan loyang dengan majerin atau mentega.
  5. Kemudian sendukkan bahgian nescafe sebayak 1 senduk, ratakan dan kukus 5 minit, ulangi dgn lapisan bewarna kuning selama 5 minit juga. Buat hingga habis... lapisan terakhir kukus selama 15 minit.

Cendawan Goreng Tepung

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Inilah menu petang tadi..saya masak cendawan goreng tepung. Biasanya saya beli je kat kedai, alang2 beli pisang goreng, beli sekali cendawan goreng. Kali ni saya goreng sendiri...sbb apa tau...sbb dah ada resepi sendiri. Resepi ni saya nampak di rumah Izah dan Mas yg rajin memasak tu. Terima kasih pada adik2ku kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini...izinkan akak C&P resepinya di sini ya.


Bahan -Bahan
  • 250 gm cendawan tiram
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili - Mas tambah,
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 @ 2 biji telur - Mas guna putih telur
Caranya:
  1. Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
  2. Satukan kesemua tepung, rempah kari, serbuk cili dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
  3. Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
  4. Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
  5. Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.

Monday, November 15, 2010

Puding Susu Pandan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Puding susu ni pernah nampak di rumah Yat Maria, K.Nor, Mas dan Ika. Ramai juga kawan2 yg sudah mencuba puding ni dan saya pula tidak ketinggalan utk mencuba dan merasa puding yg sedap ini. Resepi asal adalah dari GERT dan saya C&P dari MAS...terima kasih kepada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ini. Rasa puding yg lemak manis dan lembut ni membuatkan tekak ni nyaman sekali...lebih2 lagi bila di makan sejuk. Puding susu ini juga boleh di tukar pewarna dan perisa mengikut citarasa masing2.



Bahan :
  • 600 ml air( saya tambah 100ml air)
  • 120 gram gula pasir
  • 8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
  • 3 helai daun pandan
  • 300 ml susu segar
  • 200 ml santan
  • beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau
Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
  3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.
  4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....
**Sementara menunggu adunan pandan/hijau beku di dlm acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan hijau beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan hijau.

Sunday, November 14, 2010

Marble Chocolate Cheese Cake

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Semalam ada kawan baik saya semasa kami sama2 di perantauan(US) datang kerumah. Kawan saya ni tinggal di KL dan semalam dia datang JB dan singgah kerumah. Kawan saya ni datang atas urusan kerja jadi tak dapatlah bersembang lama. Saya sempat juga menyediakan kek kegemarannya iaitu Marble Chocolate Cheese Cake. Saya pernah buat kek ni ikut resepi DI SINI, kali ni saya buat 2 adunan utk adunan coklat tu dan saya selang selikan dngn adunan cream cheese. Alhamdulilllah menjadi cantik dan kawan saya serta keluarga suka sangat kek ni. Nampaknya raya aidil adha ni saya akan buat lagi kek yg sedap ni utk keluarga di kampung.





Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B:
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Sayur Lemak Labu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berhujung minggu pada kawan2 semua. Hari ni saya masak sayur lemak labu bersama kacang panjang. Lauk ni lauk kegemaran kami sekeluarga, lebih2 lagi bila di makan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ulam2an...fuhh mmng sedap dan menyelerakan betul. Bila cuaca yg mendung dan hujan yg turun tak berhenti ni, perut asyik berkeroncong je, jadi mmng sesuai sngt makan sayur lemak labu ni. Oklah di sini saya letak jugalah resepi yg ringkas dan rasanya ramai kawan2 dah tau masak sayur ni....tapi tak mengapalah, utk rujukan anak2 dan adik2 di luar sana yg ingin memasak lauk yg mudah ini.


Bahan-bahan
  • 1 biji labu kuning-kupas dan di potong
  • 15 btng kacang panjang- patah2kan
  • 2 cwn santan cair
  • 2 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran,rendam dan toskan
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Kupas labu, potong2 dan rebus hingga sedikit empuk.
  2. Tumbuk halus bahan2 yg bertanda* Masukkan bahan2 yg di tumbuk ke dalam periuk yg berisi labu.
  3. Masukkan kacang panjang dan masukkan santan cair. Gaul sebati.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula....masukkan santan pekat dan gaul lagi....biarkan hingga mendidih. Setelah siap bolehlah angkat dan hidangkan bersama lauk kegemaran.

Saturday, November 13, 2010

Buttery Orange Cake

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Biasanya kalau hari minggu, mesti ada sebiji kek yg saya buat. Biasalah bila hari cuti ni, ada tetamu datang kerumah..jadi bila ada kek tu senang sikit...taklah kita sibuk dan pening kepala nak masak apa...sekurang2nya dah ada menu kek/kuih selain makanan lain. Oklah kali ni saya buat Buttery Orange Cake..resepi asal dari K.Jun dan saya ikut style K.Nor kek ni di marble dngn coklat. Gabungan perisa coklat dan orange mmng sedap. Kalau tak percaya....cubalah sendiri ya...



BUTTERY ORANGE CAKE
  • 250gm butter (dilembutkan)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren-saya letak 1 sb je
  • 330gm gula castor~ saya guna 250 gm je
  • 4 biji telur
  • 225gm tepung naik sendiri
  • 75gm tepung gandum
  • 180ml orange juice
  • 1 sd kecil ovallete ~ ni k.nor tambah ..(saya pun tambah..)
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula dan ovallete serta kulit oren sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.
  4. Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan di gris. Bakar 1jam 10min...180C...
#Orange juice tu k.nor guna air bancuhan sunquick oren aje sebanyak 180ml spt kehendak resipi....(saya pun ikut mcm K.Nor..).
## utk hasilkan kek marble spt diatas, bahagi dua adunan dn campurkan 1 bahagian dng 1 sudu teh coklat emulco dn sedikit pewarna coklat.
### Lapiskan satu persatu adunan secara selang seli hingga habis baru la dibakar.