Monday, November 29, 2010

Ikan Siakap Kukus

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya saya masak ikan siakap kukus ni semalam. Oleh kerana sibuk yg teramat sangat, tak sempatlah nak n3, jadi hari ni saya kongsikan bersama resepi yg mudah dan sedap ini. Resepi asal adalah dari Mat Gebu dan saya C&P dari MyR. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg sedap ni, lepas ni kalau makan kat luar, tak payah nak order ikan siakap stim ni lagi...beli ikan siakap dan masak je sendiri. Kali ni saya masak 2 ekor dan bahan2 kenalah digandakan.



Ikan yang belum dikukus..dok mengadap sesama sendiri....

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
  4. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  5. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

14 comments:

  1. kak yatie, sedapnya siakap kukus, kalau balik kampung, mak mas selalu buatkan....

    ReplyDelete
  2. salam yatie, k.nor dah acapkali masak menu ni, sebelum jd blogger lg hehe. amik resipi kat myr dulu.. mmg sedap kan..

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaaaaaaaaaaa ikan kukus ni. banyak tomato pulak tu. fevret miza ni. terliur lah kak :)

    ReplyDelete
  4. fuh sedap nmpknye ikn neh..tak nah buat lagi ni.harus dicubaa

    ReplyDelete
  5. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  6. Mas,
    Mmng sedap siakap kukus ni...sbb tu akak masak 2 ekor..takut tak cukup....uwaa untungnya Mas,mak masakan ikan kukus ni....kalau mak akak masak2 mcm ni dia tak gemar...dia suka masak sweet sour klau ikan siakap ni...

    K.Nor,
    wkmsalam, dulu masak ikut resepi sendiri...sejak berblogging ni teruja nak cuba resepi dari kwn2...mmng tak mengecewakan...sedapppppp...

    ReplyDelete
  7. Miza,
    mmng sedap ikan siakap kukus ni....makan masa baru masak....fulamakkkk sedap tul...

    Izah,
    Cubalah....mmng best sangat.......

    Hazen,
    perghhhhhhh....mmng best....thanks sudi singgah...

    ReplyDelete
  8. waduhh kak atie..lapo nie..hujan2 ni klu dpt mkn nasi ngan ikan kukus tu..berselera you..nnt lyza nk cubala..

    ReplyDelete
  9. salam kak.... baru jerk mengukus aritu mcm nk nguius ikan lagik jerk! sedapnyerr....

    ReplyDelete
  10. yatie... nak cubalah resepi yang ini... copy ya

    ReplyDelete
  11. Aduh kak yatie sedapnya ikan kukus nie...

    ReplyDelete
  12. wow..

    kak ayu nak cuba masak utk en zalie..selalu masak tak guna bunga kantan..nak cuba lah

    tq yer

    ReplyDelete
  13. tgh copy rsp ye kak, ptg ni nak buat..:))

    ReplyDelete