Wednesday, November 24, 2010

Kek Chiffon Pelangi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya buat kek chiffon pelangi atau warna warni. Kalau sebut pelangi, mesti ada yg tegur, pelangi ada 7 warna...kenapa kek ni 4 warna je. Tak kisahlah, yg penting kek chiffon ni sedap dan menjadi kegemaran kami sekeluarga. Resepi asal adalah dari Chef Kevin Chai dan saya C&P dari Lyza...terima kasih kepada penyumbang resepi. Saya guna loyang berlubang besar,jadi keknya rendah sikit....kalau guna loyang kecik sikit barulah nampak tinggi. Apa pun kek chiffon ni mmng sedap dan saya akan buat lagi sebab sekejap je dah licin...laku mcm pisang goreng panassss...... jom tngk resepinya.



BAHAN A
  • 6 biji kuning telur
  • 4 tbsp Minyak jagung/minyak masak
  • 60ml Susu segar
  • 1/2 tsp Esen vanila
  • 50g Gula Kastor
  • 110g Tepung naik sendiri
BAHAN B
  • 6 biji putih telur
  • 100g Gula Kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar
  • Sedikit pewarna kuning, hijau, pink dan sedikit serbuk koko (saya guna coklat emulco)
CARA2 MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. (tak perlu disapu mentega atau margerine). Ketepikan.
  2. Masukkan Bahan2 B (putih telur) dan gula kastor ke dlm mangkuk mixer dan putarkan sehingga berbuih kemudian baru masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju).
  3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan2 A, dikacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan sebentar
  4. Tuangkan adunan A ke dalam adunan B (putih telor).
  5. Putarkan dengan menggunakan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (Titiskan sedikit warna hijau, warna pink, kuning dan coklat (1 tsp serbuk koko).
  7. Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam tin yang telah disediakan tadi. (tuangkan warna kuning dulu diikuti warna coklat, warna pink dan akhir sekali warna hijau)
  8. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.

19 comments:

  1. salam kak yatie, wahh nampak sedapnya kek warna warni ni. pagi2 dah buat saya lapar.

    ReplyDelete
  2. Salam wah k. Yatie.. terasa kelembutan chiffon tu... rajin akak warna warnikan...nak sepotong yer..

    ReplyDelete
  3. kak yatie...cantiknya kek...bila lak mas nak buat yer...

    ReplyDelete
  4. teringin juga nak membuatnya... bila ntah nih.. nampak gebu gtu kak!

    ReplyDelete
  5. salam yatie ..... wahhhh nampak menarik dan enak lah kek chiffon pelangi tu ...... khai teruja rasa nak buat ..... nak mintak izin ambik resepi leh tak .... khai rasa cam nak wat lah hujung minggu ni ...

    ReplyDelete
  6. dah lama simpan resipi gert yg chiffon pelangi gak, ntah bila nak buat tak tau la.. cantik kek yatie ni

    ReplyDelete
  7. salam k.yatie....nampak menarik dan teruja nak buatnya.....nak sepotong....ada lg ker...hehehe

    ReplyDelete
  8. kak yatie..memang nampak sedap n gebu..tengok je telur dah tahu mesti gebu..hehe..kak yatie..saya dah amik award..mekasih yee

    ReplyDelete
  9. Yatie...cantiknhya...lepas bakar x yah tonggengkan terus ke....x mendap ke nnt? Hehe..kalau rajin nak membuat la konon2nya..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam kak yatie, nak tuka kek kukus ngan kek yg cantek lagi sedap ni :)

    ReplyDelete
  11. salam kak atie..
    Wahhh..menarikla..suka2x..sedapkan kak atie..mmg kejap je licin..

    ReplyDelete
  12. Cantiknyeeeeee!! Mintak few slices kak! :D

    Akak, I've got an award for U! Pls accept from my blog ya!

    http://love2cook-msia.blogspot.com/2010/11/my-birthday-gift-award.html

    ReplyDelete
  13. uhhhhh...cun seyh kek ni..
    rasa lunch ngan kek chiffon je=D

    ReplyDelete
  14. yatie..akak memang suka kek chiffon..biasanya oren atau pandan..yang ni..lagi cantik..warna warni..bila la sempat nak buat ni..tima kasih yatie..sudi share resepi..

    ReplyDelete
  15. Adia,
    wkmsalam,mmng menarik dan sedap kek chiffon pelangi ni...cubalah buat,pasti menjadi..

    Halamanku,
    wkmsalam, warna pelangi, tu yg rajin sikit nak mewarna kat kek ni...cubalah mmng sedap..

    Mas,
    Cantik ke..buat je Mas..takyah fikir2 lagi..

    Hana,
    kalau mcm tu, buat je...pasti anak2 suka sbb warna warni....yg penting sedap kek ni...

    Khai Adry,
    wkmsalam, boleh je..mmng resepi utk di kongsi bersama..

    ReplyDelete
  16. K.Nor,
    cuti sklh ni yatie rajin sikit membaking...klau free tu,bolehlah cuba kek chiffon pelangi ni kak....

    Lizahanum,
    wkmsalam, mmng cantik warna warni kek chiffon pelangi ni...cubalah,pasti anak2 suka..

    Izah,
    mmng gebu dan sedap, buatlah...anak2 pasti suka...kaler2 tu yg menarik...klau rajin letaklah 7 kaler....hi3..

    ReplyDelete
  17. Eliya,
    rajin sikit2 jek...hi3..

    K.Ummi,
    Kalau lepas bakar mmng kena terbalikkan kak...sama mcm kek2 chiffon yg lain tu....yatie copy resepi ni...tak perasan dia tak tulis...hi3..

    Mummyseri,
    wkmsalam, boleh je..akak mmng suka kek kukus velvet tu...yummy..

    Lyza,
    wkmsalam, mmng best resepi ni..thanks ya berkongsi resepi...sedap dan menarik kek chiffon pelangi ni...

    ReplyDelete
  18. Love,
    Sorry dah abeslah...love wat lagi cantik...pastu bagi akak setengah loyang ya...hi3..
    thanks bagi akak award tu..nnti akak ambil ya..

    Yang,
    Cun ke...mmng cantik kek ni...kalau ada masa tu bolehlah cuba..sedap kek ni..

    Kak Erna,
    Mmng cantik dan sedap kak kek chiffon pelangi ni...cubalah,pasti menjadi..

    ReplyDelete