Friday, November 19, 2010

Apam Salju 2

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dah sarapan ke belum? Saya makan apam salju pagi ni. Dah banyak kali saya buat apam ni dan mmng tak jemu2 rasanya sbb saya mmng peminat setia apam dan kuih yg di kukus. Resepi apam ni dah ada sblm ni, boleh tngk di SINI dan saya copy lagi utk memudahkan kawan2 semua menyalin dan mencubanya.Pada peminat kuih kukus tu, bolehlah buat utk sarapan pagi atau minum petang.





Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

16 comments:

  1. kak yatie..memang teringin tul nak buat apam ni..tapi tunggu masa yang sesuai..akak, apam ni memang gebu lembut gitu ye..die memang tak padat kan? tu kalau peram lebih 3 jam boleh tak? haha siap siap tanya nak menderhaka.yela kot peram semalaman ke kot boleh buat sarapan kan.kalau idak kena bangun pepagi buta la jawapnya

    ReplyDelete
  2. SALAM YATIE... kak ilah terus cnp n print nie..hehe cantekk nyee

    ReplyDelete
  3. salam yatie..tertarik betul akak tengok apam ni..memang rasa teringin nak buat..
    nampak gentu je..akak pernah butapi guna tapai nasi..ni..guna nasi aje..senangkan..harap2 jadi la nanti,..

    ReplyDelete
  4. salam k.yatie..warna yg sgt menarik hati..rasanay apatah lg kan???heheh..

    ReplyDelete
  5. nama canggih. rasa pn mesti sdap nie

    ReplyDelete
  6. saya pun nak cuba jugak lah apam ni, cam menarik jer...

    ReplyDelete
  7. tak tahan tengok apam ni , cantik.

    ReplyDelete
  8. bila tgk apam kak yatie ni terus rasa nk beli acuan utk buat apam nih. nmpk cam senang. mesti cuba nih. hehehe...

    ReplyDelete
  9. Izah,
    Cuba dulu baru tau hasilnya...apam ni mmng lembut dan gebu...tak padat...kalau akak,ambil nasi tengahari tu, blend..sambil masak dah siap adunan...bila petang tu dah boleh kukus dan boleh buat minum petang...akak tak pernah kukus pagi2...

    Kak Ilahjy,
    wkmsalam, cubalah buat kak,mmng lembut dan sedap...

    Kak Erna,
    wkmsalam, cubalah buat, mmng mudah dan pastinya menjadi...

    ReplyDelete
  10. Azila,
    wkmsalam,anak akak mmng suka warna hijau,sbb tu letak warna ni...mmng sedap apam ni..cubalah..

    Myra,
    namanya sesedap rasanya...thanks sudi singgah...cubalah..

    Yati Ali,
    mmng sedap dan lembut apam ni..cubalah..

    ReplyDelete
  11. Ana,
    Tergoda ke...apa lagi, buatlah...mmng berbaloi,sedap sangat..

    Moklong,
    mmng sedap, kalau dah ada acuan tu, bolehlah buat...lembut dan sedap apam ni..

    ReplyDelete
  12. salam Yatie,
    mampir sini dari blognya Kak Erna... aku tertarik dengan resep kue apamnya...
    Thanks sudah berbagi resep yah...

    sending my warmest regards from Indonesia,
    nensa

    ReplyDelete
  13. salam yati,nmpk sedap...sy nk try buat apam ni ank2 suka mkn,sy x phm tang nasi..nasi tu x yah ltk ragi ke?bpre jam nk perap....

    ReplyDelete
  14. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete
  15. kak yis tu kena boh air suam, atau terus tuang ke dalam tepung?

    ReplyDelete
  16. akak blh tlg tunjuk gambar acuan akak ni.x sbar nak cuba.pandai la akak buat kuih.

    ReplyDelete