Sunday, February 28, 2010

Nasi Beringin

Salam sejahtera semuanya. Hai kawan2 dah makan belum. Rasanya tentu berbagai menu kawan2 masak di hari minggu ni ya. Biasalah hari minggu nilah semuanya berkumpul bersama2. Sudah tentulah masakan pun istemewa sedikit. Hari ni saya masak nasi beringin....dah lama teringin nak membuatnya. Ramai kawan2 di blog yang dah mencubanya, antaranya Ayu , Kak Ummi, Ika dan Hana. Diaorang ni memang pakar memasak....hai saya je yang masih baru dan akan cuba dan terus mencuba dngn pelbagai masakan. Tapi tak mengapalah, saya pun baru lagi....kata orng tu masih bertatih lagi. Tanpa membuang masa pot pet pot pet mari kita lihat resepinya. Saya minta izin cnp ya Kak Ummi. Terima kasih daun keladi...lain kali saya cari lagi resepi yang sedap2 kat rumah akak.



Nasi Beringin bersama Daging Prune dan Ayam Panggang Berempah.


Bahan-Bahan.
* 4 cawan beras basmathi
* 4 1/2 cawan santan (air bergantung pada jenis beras)
* 2 sudu besar minyak sapi/marjerin
* 2 batang serai(mayang bulat nipis2)- saya titik aje
* 5 ulas bawang merah(mayang nipis)2
* ulas bawng putih(mayang nipis)
* 3 cm halia(ditumbuk lumat)
* 4 helai daun pandan
* 2 cm kulit manis
* 2 biji buah pelaga
* 1 kuntum bunga lawang
* 1 biji bunga cengkih
* 5 butis biji halba
* garam secukupnya

Cara Memasak

  1. Cuci beras, rendam selam 5 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi,.
  3. Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras sengan santan dan masak seperti biasa.
  5. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.
** Saya makan nasi beringin ni bersama ayam panggang berempah dan daging prune. Wallaah memang sedap sangat...jom makan sama2....

Ayam Panggang Berempah

Hai bertemu kembali. Hari ni saya masak ayam panggang berempah. Sebenarnya resepi asal guna ayam seekor je...tapi saya belah 4. Bukannya apa saja nak bagi ayam tu benar2 meresap perencahnya. Lain kali saya buat yang seekor punya ya. Ayam panggang ni saya makan bersama nasi beringin....wallaaa....memang sedap sangat. Kalau kawan2 nak tau sedapnya macamana.....cubalah resepi yang mudah ni.


Bahan Bahan.
1 ekor ayam [dibersihkan dan keringkan]

Bahan Kisar
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak
garam

Cara-cara:
1. Blend bahan2 kisar hingga halus dan tambahkan sedikit air.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
3. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam atau lebih masa sedikit.
4. Balik-balikkan ayam tadi supaya sekata masak dan garingnya.
5. Bila dah cukup masak, bolehlah di hidangkan bersama nasi atau di makan begitu saja.

Daging Prune

Salam sejahtera kawan 2 semua. Hari ni saya masak daging prune. Resepi asal adalah dari Kak Hanieliza. Ramai juga kawan2 yang dah mencuba masakan daging prune ni antaranya Kak Ummi dan Maria.Jadi saya terpanggil untuk mencubanya. Ternyata memang sedap dan ianya amat sesuai dimakan bersama apa2 jenis nasi.Mari kita lihat bahan-bahannya. Saya minta izin cnp ya Kak Ummi.Terima kasih yang tak terhingga...


Bahan-Bahan.
*600 gm daging (dipotong nipis)
*1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
*5 sudu besar sos tomato
*4 sudu besar kicap pekat
*2 sudu besar cili mesin
*2 sudu besar rempah kari
*4 sudu besar minyak
*1/2 cawan air
*Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris)

*4 ulas bawang putih
*10 ulas bawang merah
*2 inci halia

Cara Memasak
  1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
  5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani. (*saya makan dgn nasi beringin...kih3...)

Saturday, February 27, 2010

Talam Labu

Salam dan selamat sejahtera semuanya. Dah sarapan belum...kalau belum tu mari makan kuih talam labu ni. Sebenarnya saya buat kuih ni untuk minum petang merangkap untuk sarapan pagi sekali. Pada sesiapa yang berminat kuih2 talam ni boleh cuba resepi ni...kalau tak berapa suka tu...tak mengapa. Resepi ni saya dapat dari chef terkenal iaitu Kak Hanieliza di fotopages.com. Kuih talam labu ni memang sedap,lembut dan lemak manis rasanya. Pada peminat labu tu,bolehlah cuba resepi kuih ni. Mari kita lihat bahan2nya. Saya cnp resepi yang sedap ni ya Kak Hanieliza.....maceh........




Bahan-Bahan
Lapisan bawah - [labu ]
1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.

Friday, February 26, 2010

Strawberry Muffin

Salam sejahtera di pagi jumaat yg mulia ini.Harap2 kawan2 semuanya sihat di samping keluarga dan tugas seharian. Bagi saya serta keluarga, alhamdulillah sihat walafiat. Hari ni saya buat muffin strawberry untuk bekalan anak2 ke sekolah. Biasalah budak2 selain perisa coklat...perisa strawberry lah kegemaran diaorang.Resepi ni saya ambil dari rumah CMG. Minta izin saya cnp ya Che Mat.



Bahan-Bahan
180 gm mentega
140 gm gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 gm tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco

Cara-cara
  1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

Thursday, February 25, 2010

Bingka Jagung

Salam sejahtera dan bertemu kembali. Sebenarnya hari ni saya buat kuih bakar jagung/bingka jagung. Buat kuih bakar ni taklah susah mana, kalau nak makan....mestilah kena merajinkan diri. Kalau kat Msia tu bolehlah beli kat pasar malam ke,kat tepi jalan ke atau harapkan jiran2 bagi(ngendeng), ni kat negara orang mestilah kena tahu serba serbi. Lagi2 bab memasak...kalau tak berlaporlah jawabnya. Biasanya saya buat main agak2 je..tapi menjadi. Kali ni saya ikut resepi CMG di my resepi. Kalau ikut resepi Che Mat ni memang tak menghampakan....menjadi dan sedap. Oklah mari kita lihat resepinya ya...Saya minta izin copy kat sini ya che mat.



Bahan-bahan
* 250 gm tepung gandum
* 230 gm gula pasir
* 400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak/tin)
* 200 ml air
* 4 biji telur
* 1 tin cream style corn
* 2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
* 1/2 camca teh garam
* 3/4 camca teh pewarna makanan kuning
* 1 camca teh esen vanilla

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil, bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bakar lebih masa sikit untuk mendapatkan kuih yang garing/kerak yg lebih.

Mee Hoon Goreng

Salam dan selamat pagi semuanya. Hari ni saya buat mee hoon goreng je utk breakfast. Walaupun simple tapi anak2 dan suami amat menggemarinya. Tanpa membuang masa, mari kita lihat dan kongsi resepi yang mudah ni ya.


Bahan-bahan
* 1 bungkus mee hoon
* 1 cwn udang basah/sotong
* 4 ulas bawang putih
* 6 ulas bawang merah
* 5 sb cili kisar
* 1 sb udang kering
* 4 sb sos tomato
* 2 sb sos cili
* 1 sb sos tiram
* 2 sb kicap
* minyak masak utk menumis
* garam dan gula
* 1 cawan air panas
* 1 batang lobak - potong memanjang dan nipis
* sawi - hiris
* 1 cwn taugeh

Cara-cara
  1. Mee hoon direndam 20minit dan di toskan. Sotong di potong kecil2 dan celur sekejap dan toskan, udang buang kulit. Kisar bwng merah, bwng putih dan udang kering. Masukkan sekali cili kisar.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga naik bau, Masukkan udang dan gaul rata. Bila nmpak dah kering masukkan sedikit air dan tumis lebih kurang 10minit.
  3. Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap, gula dan garam secukup rasa. Bila rasa dah ok masukkan air panas.
  4. Dah menggelegak masukkan lobak, dan mee hoon. Gaul biar semua sekata. Bila nmpak kering masukkan air sikit2 hingga mee lembut. Masukkan sawi dan gaul sebati.
  5. Bila rasa dah ok, masak mee hoon nih lagi 10 minit atau hingga nmpak gebu. Tutup api dan masukkan taugeh,gaul biar sekata.
  6. Hias dgn daun bawang,bawang goreng & lada merah yg dipotong menyerong dan hirisan timun.

Wednesday, February 24, 2010

Nasi Mandhi

Salam semuanya. Hai bertemu kembali, kalau dah ada lauk mesti ada nasinya. Hari ni saya merajinkan diri untuk masak Nasi Mandhi. Saya pun tak tahu kenapa di beri nama nasi mandi...bunyinya macam orang tak mandi pulak. Jangan marah ya tuan punya resepi. Resepi ini saya ambil dari rumah Kak Ummi(Home Sweet Home) dan Kak Ummi dapat dari Puan Raidah dan Mamasya. Terima kasih ya pada akak2 semua yang sudi berkongsi resepi yang mudah dan sedap ini. Kak Ummi minta izin copy resepinya ya. Kalau kawan2 di luar sana nak tahu rasanya...cubalah ya..



Bahan-Bahan
*4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
*3 camca besar minyak sapi
*4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut(saya guna 4 1/2 cwn air)
*1 biji bawang besar ~ hiris halus
*3 ulas bawang putih ~ hiris halus
*1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
*1/3 cwn kismis
*Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
*Sedikit pewarna kuning- guna
*1 sk kunyit campur dgn sikit air
*Garam secukup rasa.

Cara-cara
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit.

Ayam Merah Madu

Salam ceria dan salam sejahtera semuanya. Hari ni lambat sikit nak n3 sebab sibuk sikit. Tapi tak mengapa, asalkan ada sesuatu yang hendak di persembahkan hari ni. Hari ni saya masak ayam merah madu. Sebenarnya resepi ni mudah je, rasanya kawan2 tentu pernah masak lauk macam ni...mungkin berbeza dari segi rasa dan penyediaannya saja. Saya masak lauk ni pun nak pekenakan dengan nasi mandhi yang saya masak tadi. Oklah mari kita lihat resepinya..




Bahan-bahan
1 ekor ayam sederhana, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
5 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1 inci halia*
4 sudu besar cili sos
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji tomato> potong dadu
1 biji bawang besar, hiris bulat
Garam secukup rasa dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Daun saderi sebagai hiasan.

CARA-CARA
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili, sos tomato dan madu serta sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan potongan tomato, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, February 23, 2010

Marble Chocolate Cheese Cake

Salam sejahtera kawan2 semuanya. Sebenarnya saya buat kek ni semalam untuk jamuan tetamu yang datang ke rumah. Oleh kerana terlalu letih saya, saya tak jadi nak n3 resepi kek ni semalam. Jadi hari ni saya nak kongsi bersama kawan2 semua resepi yang sememangnya mudah dan sedap ni. Resepi asal kek ni adalah dari Kak Hanieliza,pastu saya copy je dari Kak Ummi dan kata Kak Ummi, dia dapat dari CMG di Dapur Lama Mat Gebu(Celebrate Life With Food). Jadi saya panjangkan2 lagi resepi ni pada kawan2 yang belum pernah mencuba kek ini ya...



Bahan A:

* 180 gm mentega (*akak letak 190 gm)
* 170 gm gula halus (gula kastor)
* 3 biji telor gred A
* 20 gm serbuk koko *
* 120 gm tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
* 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B:

* 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
* 60 gm gula halus (gula kastor)
* 1 camca teh esen vanila
* 1 biji telor gred A

Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  11. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.
Selamat Mencuba.

Monday, February 22, 2010

Mee Goreng Basah

Hai bertemu kembali. Hari ni saya goreng mee basah je untuk sarapan pagi. Biasanya kalau goreng mee macam ni suami saya pasti suka. Kalau suami suka, saya lagilah suka sebab kongsi minat yang sama. Bagi anak2 saya pula, diaorang tak kisah..apa saja yang mamanya masak semuanya diaorang tak tolak...syukur alhamdulillah mudah kerja saya. Oklah mari kita tengok resepi yang mudah dari saya...


Bahan-bahan
* 500 gm mee kuning(saya guna spaghetti...rebus sampai lembut dan toskan)
* 1 cwn udang basah/sotong
* 2 sb cili kisar
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 1 sb udang kering
* 2 sb sos tiram
* 2 sb sos tomato
* 3 sb sos cili
* sedikit kicap pekat
* 1 biji tomato belah 4
* taugeh
* sawi
* minyak utk menumis

Cara-cara
1. Bawang putih & bawang merah dikisar halus bersama dngn udang kering. Panaskan minyak & tumis bahan yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
2. Bila cili dah masak, masukkan udang/ sotong,biar dalam 2 minit & masukkan sos tiram,sos cili & sos tomato.
3. Bila rasa semua dah ok,masuk mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Tutup api & masukkan taugeh.Gaulkan biar rata & makan panas2....
4. Hiaskan dengan hirisan timun

Sunday, February 21, 2010

Hawaiian Pizza

Hai bertemu kembali. Hari ni sebenarnya saya buat pizza je. Buat sendiri puas jugalah makan. Biasalah duduk di perantauan ni nak makan pizza kenalah buat sendiri. Kalau teringin makan kat luar tu, rasa was2 pula. Jadi lebih baik buat sendiri. Sebenarnya macam2 resepi saya dah cuba, tapi yang ini paling mudah sekali. Sekali lagi saya copy je dari rumah Hana Kanazawa. Terima kasih ya Hana resepi yang sememangnya mudah dan sedap. Mari kita lihat bahan-bahannya. Minta maaf sekiranya saya ada tokok tambah ikut kesesuaian sendiri.


Bahan-bahan
* 200 gm tepung roti (saya guna 2 cwn)
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air
* 2 sudu butter - (saya guna 1 sb shortening dan 1 sb minyak zaitun)
* 1 sudu susu tepung

* topping- keju mozarella, sosej, nanas dlm tin, sos pizza/sos prego, parsley kering, , cendawan butang dan lada benggala merah.

Cara-cara
  1. Bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. Tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit. *tak bakar pun takpe...
  3. Sapu kulit piza dengan sos pizza/sos prego....ratakan sos keseluruh bahagian. Tabur sosej,cendawan, nanas dan lada benggala yang di hiris kecil2 atau apa sajer inti pilihan di atas kulit pizza. Taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
  4. Masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 10 minit.. enak dimakan panas-panas!

*Kalau tak bakar doh pizza dulu, masa memasak pizza sebenar mestilah 20 minit.

Donut Keledek

Salam sejahtera semuanya dan selamat berhujung minggu. Harap-harap semuanya sihat2 belaka ya. Bagi saya serta keluarga, alhamdulillah sihat walaupun dngn cuaca yang sejuk di perantauan ni. Bila cuaca sejuk tu, asyik nak makan je. Hari ni saya buat donut keledek ikut resepi Hana. Resepi asal adalah dari Gert dan dah di olah oleh Hana Kanazawa. Rasanya sedap, ala-ala rasa keria gitu. Oklah tanpa membuang masa mari kita lihat resepinya. Saya minta izin copy resepi yang sedap ni ya Hana.


Bahan-bahan
* 320 grams flour (a bit more if the dough is too sticky)
* 2 tsp yeast
* 1/2 tsp salt
* 150 grms mashed sweet potatoes
* 2 tbsp sugar
* 30 grms butter
* 100 ml water

For coating

* Some sugar or cinnamon sugar

Methods
  1. In a large mixing bowl mix all the ingredients together and knead for about 6-7 minutes until you get nice smooth dough. Add some extra flour if it’s so sticky. Cover the bowl with a dry kitchen towel and let it rise for an hour or double it size at a warm place.
  2. Punch down the dough and remove onto a floured work tabletop. Roll out the dough to about 1/4" thick and cut the dough out into rounds with a donuts cutter. Gather the snaps and re-roll, then cut out more donuts.
  3. Place donuts on parchment paper,cover and let rise for 20 minutes or until they feel light and spongy.
  4. Heat oil for deep-frying in a frying pan over medium heat. Slip a few donuts into the oil at a time, leaving enough room for them to expand. Make sure that the oil is not too hot otherwise the donuts will not be cooked.
  5. When the donuts are golden brown, turn them over and cook the other side. It takes about 2–3 minutes to cook through. When donuts are done, remove from oil and drain the oil on paper towels before rolling them in sugar.
**Sebenarnya saya guna 3 cwn tepung dan 200 gm keledek lecek. Saya tambah sendiri ikut kesesuaian. Manakala bahan yg lain tu sama saja. Harap dapat membantu.

Friday, February 19, 2010

Nasi Lemak

Salam sejahtera kawan2 semua. Sebenarnya hari ni saya masak nasi lemak. Bila dah siap masak, saya pun menguli tepung utk buat roti puri. Belum makan tengahari lagi saya dah sibuk sendiri nak buat roti puri. Bukannya apa, saja nak menggayakan sambal udang dan sambal sotong ni.Sebelum ni pergi rumah kawan2 di blog, terjumpalah resepi roti puri ni. Alhamdulillah bila buat tu menjadi pulak.Oklah mari kita lihat resepi nasi lemak perantauan ya...


Bahan-bahan

* 4 cwn beras (beras AAA)
* 5 cwn santan
* 1/2 biji bawang besar (hiris)
* 2 ulas bawang putih (hiris)
* 1 inci halia (hiris)
* 2 helai daun pandan - disimpul
* 1 batang serai - dititik
* garam secukup rasa

* Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
* sambal tumis
* ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
* telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
* timun yg dihiris
* kacang tanah goreng
* dan lain2 ikut selera

Cara-cara
1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan dan serai.
3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Sambal Sotong Pedas

Hai ini pula resepi sambal sotong pedas. Mari kita lihat bahan-bahannya.


Bahan-bahan
* 500 gm sotong (dibersihkan dan dipotong - saya kelar2 je)
* 1/2 labu bawang besar *
* 3 ulas bawang putih *
* 2 biji bawang merah *
* 1 cwn cili kering kisar
* 1/2 inci belacan bakar *
* 2 sudu makan sos cili
* 2 sudu besar air asam jawa
* 1 sudu makan sos tiram
* 1/2 labu bawang besar (dimayang)
* garam dan gula - secukup rasa

Cara-cara
1. Rebus sotong separuh masak dan tuskan.
2. Kisar bahan2 bertanda *.
3. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
5. Masukkan sotong, bawang besar yg di mayang dan jus air asam jawa. Gaulkan sebati.
6. Setelah siap, angkat dan hidangkan.

Sambal Udang Manis

Salam semuanya. Inilah resepi sambal udang saya yang ringkas. Lada kering kat US ni besar2, jadi saya guna cili kisar yang dah siap. Rasanya macam guna lada merah basah je. Pedasnya bukan main lagi. Mari kita lihat bahan-bahannya


Bahan-bahan.
* 500 g udang hidup - bersihkan
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit belacan*
* sedikit kunyit hidup*
* 1 batang serai - dititik
* minyak masak - untuk menumis
* 1 biji bawang besar - dihiris bulat
* 1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
* garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat.
  3. Tumis sebentar sahaja, masukkan bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan kacau hingga sebati.(biasanya sambal udang sedap manis sikit...)
  6. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

Roti Puri

Inilah roti puri yang saya buat petang tadi yang di makan bersama sambal udang dan sambal sotong. Rasanya memang sedap bila di makan masa panas2. Kalau nak tahu rasanya mcm mana, cubalah ya....Resepi asal adalah dari Yatiezaini di my resepi. Terima kasih ya akak resepi yg sedap ni, dan saya minta izin copy ya....


Bahan-bahan
* 2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil yis mauripan
* 1/2 sudu kecil garam *
* 3 sudu makan minyak masak *
* 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
* 175ml air panas *
* 40-50ml air (tuang lagi sikit2 bila perlu)
* Minyak utk mengoreng

Cara-cara
1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan .. kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
2. Satukan tepung dan yis .. gaulkan.
3. Bahan no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja.
4. Dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
5. Tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn dan mjadi doh.
6. Perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil.
7. Canai doh nipis macam kulit karipap / duit 50 sen.
8. Siap untuk di goreng...goreng sebijik sebijik ok.

9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong.
10. Masa mengoreng hendaklah disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng, baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Thursday, February 18, 2010

Chocolate Banana Cake

Salam sejahtera semuanya. Rasanya tak lengkap kalau sehari tak buat kuih muih. Hari ni saya buat kek coklat pisang.Resepi ni saya ambil dari Kak Ummi (Home Sweet Home). Setelah di cuba...betapalah sedapnya. Minta izin copy ya Kak Ummi.


Bahan-bahan
* 1 1/2 cwn gula halus (resepi asal 2 cwn)
* 1 3/4 cwn tepung gandum
* 3/4 cwn cocoa powder
* 1 1/2 sk baking powder
* 1 1/2 sk baking soda
* 1/2 sk garam
* 2 biji telur
* 1 cawan pisang lecek
* 1 cwn air hangat
* 1/2 cwn susu segar
* 1/2 cwn minyak jagung/masak
* 11/2 sk esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven 350 degrees F (180 C) dan letak rak di tengah oven.
  2. Saya menggunakan cincin non-stick pan...sapu butter sekelilingnya.
  3. Dalam mangkuk besar satukan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda, dan garam. Ayak dan ketepikan dahulu..
  4. Dalam bekas lain, satukan pisang yang di lecek bersama gula, telur, air suam, susu, minyak dan esen vanilla.
  5. Satukan bahan-bahan basah ke bahan-bahan kering dan gaul sebati. Gunakan whisk je.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak 35 hingga 40 minit. Cucuk dengan lidi kecil, dan sekiranya keluarnya licin ....bermakna sudah masak.
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di redai. Sekiranya suka, bolehlah hias dengan coklat ganache.

Wednesday, February 17, 2010

Stew Daging

Salam semuanya. Sebenarnya hari ni saya nak masak sup daging, tapi tak jadi.Saya berkenan nak mencuba resepi yang dah lama di simpan. Stew daging menu saya hari ni. Alhamdulillah anak2 dan suami amat mengemarinya.Stew daging ni boleh di makan bersama nasi putih atau bersama roti. Di samping itu saya juga buat sambal kicap atas permintaan suami supaya stew ni lebih pedas sikit.
Resepi ini saya dapat dari Kak Nor(secubit garam). Minta izin copy resepinya akak.


Bahan-bahan
*500gm daging ~ (saya guna daging tulang)
*5 ulas bawang putih ~ ditumbuk
*1in halia ~ ditumbuk
*1 labu bawang besar ~ dihiris halus
*2 sudu besar tepung gandung ~ bancuh dgn 1/2 cawan air
*1 sudu besar serbuk lada hitam ~ tambah jika nak lebih pedas
*1 rempah sup bunjut
*1 batang celery ~ dihiris
*1 - 2 biji ubi kentang ~ dipotong
*1 batang carrot ~ dipotong
*3 bj tomato ~ dipotong dadu (besar)
*5- 7 bj cendawan shitake kering ~ rendam dan potong 2 atau 4(tak letak sbb takde kat sini)
*1.5 liter air ~ tambahkan kalau nak kuah lebih
*1 kiub pati daging/ayam
*garam
*sedikit gula
*daun saderi ~ dihiris
*minyak

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia yg ditumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang layu.
  3. Masukkan bancuhan tepung dan goreng lagi hingga kekuningan.
  4. Lepas tu masukkan serbuk lada hitam dan daging.
  5. Goreng hingga daging bertukar warna dan masukkan air.
  6. Masukkan pula rempah sup bunjut dan tutup periuk.
  7. Masak hingga mendidih.
  8. Masukkan ubi kentang dan biarkan empuk, masukkan celery , tomato dan cendawan.
  9. Masak dgn api sederhana perlahan.
  10. Masukkan garam, gula dan kiub pati daging/ayam.
  11. Masaklah sehingga daging empuk.
  12. Kalau kuah agak pekat boleh lah ditambah lagi air.
  13. Sedap dihirup/makan gitu saja atau dimakan dgn roti tp sebelum tu tabur dulu dgn hirisan daun saderi.
#
Kuah stew ni mmg tak secair kuah sup biasa sbb adanya bancuhan tepung.

Talam Gula Merah

Salam sejahtera semuanya. Hari ni saya buat kuih talam lagi. Bukannya apa, saya memang suka kuih yang kukus2 ni sbb lembut dan lembap je kuihnya. Terpulanglah pada masing2 ya, kalau suka boleh cuba resepi yang mudah ini ya.


Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Tuesday, February 16, 2010

Roti Burger

Hai bertemu kembali. Hari ni saya merajinkan diri untuk membuat roti sendiri.Bila tengok kawan2 buat tu, rasa seronok je. Alang2 dah buat meat loaf, saya pun buat adunan roti...satu utk roti hot dog dan satu lagi untuk roti burger. Resepi asal roti ni dari Hana di Japan. Kalau pergi rumah Hana, macam2 roti dah di buatnya. Minta izin saya copy resepinya ya Hana...Roti saya tak letak bijan sebab tak jumpa mana saya letak. Bila dah siap baru jumpa...ini gara2 nak sembunyikan dari anak saya yg bongsu tu...suka kacau barang2 mamanya. Mari kita lihat resepinya...




Bahan-bahan.

* 250 gram tepung high protein/ tepung roti
* 50 gram tepung gandum
* 2 sudu besar gula
* 1 sudu kecil garam
* 2 besar tepung susu
* 1 ½ sudu teh yis
* 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk gliss pd roti)
* 2 sudu besar marjerin atau mentega
* 100 ml susu segar
* 60 ml air suam(saya tambah water roux 2 sb dan kurangkan sedikit air>>ikut Hana buat)

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-cara


* Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
* Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
* Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
* Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
* Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

Meat Loaf

Salam sejahtera semuanya. Sebenarnya dah lama saya nak buat meat loaf ni, tapi tak jumpa lagi resepi yang mudah dan ringkas. Hari tu ronda2 rumah Kak Ummi, terjumpa pulak resepi yang ringkas dan sedap ni. Saya dah cuba.....anda bagaimana....mari kita lihat resepinya. Saya copy jelah resepinya dari rumah Kak Ummi. Terima kasih ya akak resepi yang sedap ni.


Bahan-bahan
*500 gm daging kisar
*2 camca besar rempah kari daging
*1 biji telor
*60 gm serbuk roti (breadcrumbs)
*1 cawan sos piza dalam botol (saya guna sos prego)
*60 gm keju cheddar - diparut (saya guna je slice cheese, potong n atur)
*1 sb serbuk lada hitam
*garam secukupnya

Cara-Cara
1.Campurkan semua bahan di dalam mangkuk.
2.Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.
3.Ratakan separuh daging di dalam tin lof ukuran (saya guna 7 x 3 in - x perlu alas loyang.)
4.Taburkan cheese atas daging (saya susun je slice cheese). Kemudian letak baki daging tadi dan ratakan.
5.Bakar apda suhu 180 C selama 45 minit.
6.Keluarkan dari oven bila cecair terbit dan biar selama 10 minit.
7.Bila sejuk, boleh dipotong untuk dibuat sandwich atau di buat burger.

Monday, February 15, 2010

Apam Senyum

Salam sejahtera semuanya. Rasanya tentu kawan2 tersenyum je lihat menu saya hari ni, lagi2 apam je. Maklumlah tuan rumah peminat apam katakan. Apam bukan sebarang apam tau...arini apam saya tersenyum je. Cuba perhatikan betul2 kat gambar ni, senyum sokmo apam tu. Sebenarnya saya pun pelik,kenapa di beri nama apam senyum tau....bila di perhatikan betul2,memang ada kelainan dari segi rasa dan rupa. Bila apam ni dah masak,saya pun lihat dlm pengukus...walla...memang semuanya tersenyum kat saya tau...senangnya hati bila senyum di balas balik. Kalau tak caya, cubalah buat ya. Resepi ini saya ambil dari dapur Kak Ita(Azita Kitchen). Terima kasih ya akak resepi yang sedap dan mudah ni. Mari kita lihat resepinya ya..



Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan gula
1 camca besar ovallete
1 cawan air aiskrim soda(saya guna sprite)
3 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna ikut suka
Papercup secukupnya

Cara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit.
  3. Gaul sebati dan rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna asal dan satu lagi warna kuning.
  5. Kalau nak mudah, masukkan adunan dlm plastik dan gunting bucunya,lepas tu picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Masukkan mangkuk kertas ke dlm mangkuk kecil dan tuang adunan tadi. Kukus dalam 15 minit.

Kalau nak apam nya tersenyum, mestilah pkl telur betul2 kembang dan pastikan air benar2 mendidih dan gunakan api kuat.

Sunday, February 14, 2010

Apam Mekar

Hai bertemu kembali. Sebenarnya petang tadi saya buat apam mekar atas permintaan anak2. Alhamdulillah senang hati masa membuatnya, tu yang apam ni kembang semekar-mekarnya. Resepi asal ni dari Kak Hanieliza dan saya copy di blog Kak Ita(Azita Kitchen). Terima kasih ya akak berdua resepi yang sedap ini.
Bahan-bahan



Bahan-bahan
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup-balikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Daging Blackpepper

Salam sejahtera semuanya. Nampaknya kawan2 semua tengah bercuti ya sempena raya cina. Dalam pada bercuti tu, rasanya bercuti ke dapur tu tidaklah ya. Bagi saya rutin seharian ke dapur tu tetap di teruskan. Hari ni saya masak daging blackpepper je. Selain mudah di sediakan, ianya enak di makan. Mari kita lihat bahan-bahannya.



Bahan-bahan.
  • 500gm daging batang pinang
  • 2 sb serbuk lada hitam
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 4 sb kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula(secukup rasa)
  • minyak utk menggoreng
  • (saya tambah 2 biji kentang>ikut selera masing2)
Cara-cara
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan kentang yg di potong nipis.(jika suka).Biarkan empuk sebentar.
  6. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

Saturday, February 13, 2010

Moist Banana Cake

Salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ni saya buat kek pisang je. Rasanya semua kawan2 dah tahu buat kek ni. Terdapat pelbagai resepi kek pisang, dan banyak juga yang saya dah cuba. Nampaknya inilah salah satu yang saya rasa sedap dan moist.Resepi ini saya dapat dari che mat gebu. Terima kasih ya che mat resepi yang sedap ini. Di sini saya minta izin copy ya dan di kongsi bersama kawan2 yang lain.


Bahan-bahan
250 g tepung gandum*
1 sudu kecil soda bicarbonate*
1/2 sudu kecil garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 gm ovallate
150 gm gula halus
5 biji telur gred A
125 gm mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 gm minyak jagung
225 gm pisang emas + 1 sudu kecil vanilla, dilecek halus

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Friday, February 12, 2010

Opor Sotong

Hai bertemu kembali. Hari ni sebenarnya saya masak ringkas je. Saya masak lauk sotong dan ianya memang kegemaran kami sekeluarga. Saya masak opor sotong. Sebenarnya saya pergi rumah kawan hari tu, saya berkenan dengan resepinya. Jadi saya pun cubalah dan ternyata memang sedap sekali. Saya tambah sikit2 apa yang kena dengan selera sendiri. Ok mari kita lihat resepinya.



Bahan-bahan
1 kg sotong> di cuci, rebus sekejap dan toskan
2 sb serbuk besar ketumbar
2 sb jintan manis
4 ulas bawang putih> di kisar
1 biji bawang besar> di kisar
1 inci kunyit hidup> di kisar
1 inci halia>di kisar
15 tangkai cili kering(5 sb cili kisar)
1 inci lengkuas> di titik
1 batang serai> di titik
1 cwn santan
2 helai daun limau purut
2 sudu kerisik
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
  3. Masukkan lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut, masak hingga wangi.
  4. Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
  5. Biarkan pekat dan akhir sekali masukkan sotong.
  6. Gaul sebati dan matikan api. Bolehlah di hidangkan.

Thursday, February 11, 2010

Beef Steak With Garlic Mashed Potatoes

Hai bertemu kembali. Sebenarnya hari ni saya sekeluarga tak makan nasi. Saya masak western food, sesekali tu sedap juga. Saya goreng bee hoon sementara daging panggang tu masak. Jadi tanpa berlenggah mari kita tengok resepinya.Kebetulan resepinya sama pulak dengan kawan saya Nur.

Beef steak yang belum disiram sos gravy





Bahan-bahan

2 keping daging beef steak
2 sb sos tiram
2 sb kicap
2 sb sos tomato
1 sk serbuk lada hitam
2 sb sos worcestershire
2 sb sos barbeque

Cara-cara> Daging di bersihkan dan di tos. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati. Lumurkan pada daging dan perap dlm 3 atau 4 jam. Simpan dlm peti ais dahulu.
Setelah 4 jam boleh di bakar dalam oven selama setengah jam, lepas tu terbalikkan dan bakar lagi selama setengah jam. Angkat dan boleh di hidangkan bersama mashed potatoes.

Bahan untuk mashed potatoes
* 6 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
* Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
* 3 sudu besar butter
* 3 sudu besar mayonaise
* ½ cawan susu segar/ fresh cream
* 1 sudu kecil black pepper

* Bahan-bahan untuk gravy :
* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 2 sudu kecil black pepper
* 2 sudu besar Worcestershire sauce
* 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
* 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
* 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
* sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong kecil2.
  2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.
  3. Tabur sedikit garam.
  4. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  5. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ guna botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, gaul sebati dan siaplah mash potato tu.
Untuk Gravy
  1. Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  3. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  4. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato atau beef steak tadi dan ENJOY!
SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA

Kuih Lapis Pandan

Salam semuanya. Hari ni saya buat kuih lapis lagi, tapi kuih lapis pandan. Kuih lapis ni memang menjadi kegemaran anak2 sebab diaorang suka buka setiap lapisan bila makan. Apa lagi bila anak2 suka, mamanya pun jadi rajinlah untuk membuatnya. Resepi asal ni saya ambil dari rumah Kak Ummi. Terima kasih ya akak, saya copy ya... Mari kita lihat resepinya..



Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau

Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  3. Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Wednesday, February 10, 2010

Kuih Lapis Kacang Merah

Hai bertemu kembali. Hari ni saya buat kuih lapis untuk minum petang. Sambil2 masak tengahari, saya rebus kacang merah untuk di buat inti kuih pau. Hari ni tak jadi nak mengepau, jadi saya ambil sedikit kacang merah tu untuk buat kuih lapis kacang merah. Resepi asal dari Kak Hanieliza. Terima kasih ya akak resepi yg mudah dan sedap ini. Mari kita lihat resepinya...




Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 s/k garam

Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]


Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus(yg dah rebus dan lecek sikit)
Pewarna merah
1/4 cawan air

Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan


Bahan C
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung jagung

Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan

Cara memasak
  1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
  2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
  3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
  4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.(atau balut dngn kain penutup kukus)
  5. Untuk lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.
  6. Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau plastik supaya kelihatan cantik.
SELAMAT MENCUBA

Kek Gula Hangus

Salam sejahtera semuanya. Rasanya semua dah tahu cara membuat kek gula hangus. Dulu masa belum tahu buat kek ni saya suka sangat makan, tapi bila dah tahu hai...rasa kenyang pulak. Bukannya apa, saya suka membuatnya je sebab nak tengok sarang semut/lebahnya jadi ke tidak. Bila tengok sarangnya jadi tu seronoklah rasanya, kalau tak.......sedih je. Kek ni biasanya memang kita jumpa bila ada majlis kenduri kendara. Resepi ni saya dapat dari Kak Ita rositamz dan resepi asalnya dari Widad di my resepi.Terima kasih ya resepi yg mudah dan sedap ni....


Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus
  2. Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2)
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu....
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Tuesday, February 9, 2010

Agar-Agar Santan Salju

Hai bertemu kembali. Rasanya kalau dah makan pedas2, tak lengkap kalau tak ada pencuci mulut. Hari ni saya buat agar2 santan salju. Nama asal agar2 santan je...tapi saya tambah salju sebab memang sedap sangat...kena dengan namanya agar2 santan salju...sejuk je kat tekak. Resepi asal dari AlongRoz. Terima kasih ya along resepi yg mudah dan sedap ni. Mari kita lihat bahan-bahannya..






Bahan-bahan

Lapisan Bawah
1 sb serbuk agar2
900 ml air biasa
150 gm gula pasir
1 sk esen rose
pewarna merah

Lapisan Atas

1 sudu kecil serbuk agar2
100 ml air biasa
400 ml santan
90 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara membuatnya.

1. Masak bahan2 lapisan bawah sehingga mendidih. Setelah siap tuang ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.Sementara itu masak bahagian lapisan atas.

2. Dalam periuk, masak 100 ml air tu dan masukkan gula serta daun pandan. Masukkan pula serbuk agar2 dan kacau sebati. Masukkan pula santan dan kacau guna api perlahan dan sehingga mendidih.

3. Setelah siap, cakar2 sikit agar2 lapisan bawah tadi dngn menggunakan pisau, supaya ianya lekat dan tuang adunan atas pula.

4. Setelah siap, biarkan beku dan letak dalam peti ais. Sedap di makan sejuk.

SELAMAT MENCUBA

Ayam Asam Pedas

Salam semuanya. Hari ni saya masak ayam asam pedas. Masa mula2 dengar dulu memang pelik sikit, setahu saya ikan je yang sedap di masak asam pedas. Bila dah cuba....wallaaa sedapnya rasa di tekak ni. Kebetulan satu keluarga amat mengemarinya, dan kami memang peminat setia asam pedas. Kalau kawan2 di luar sana nak tahu sedap ke tidak....cubalah sendiri ya. Mari kita lihat resepinya.


Bahan-bahan
1 ekor ayam
3 kelopak sawi jeruk(kalau suka)
1/2 cawan air asam jawa
700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
1 cawan cili kisar
4 tangkai daun kesum
1 btng bunga kantan

BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kalau tak nak, tak payah letak)
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
BAHAN2 LAIN:-
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit.
  2. Cuci bersih dan toskan.
  3. Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir.
  4. Perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan.
  5. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak masak dalam periuk.
  6. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak.
  7. Gunakan api sederhana.
  8. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
  9. Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi.
  10. Biarkan mendidih.
  11. Masukkan jus asam jawa dan perasakan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa masam, pedas dan sedikit manis).
  12. Biar mendidih perlahan hingga ayam masak.Masukkan daun kesum dan bunga kantan dan gaul sebati.Siap dan matikan api.
  13. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Monday, February 8, 2010

Daging Kunyit Pedas

Salam sejahtera semuanya. Rasanya semua dah masak tengahari dan dah bersedia pun nak makan tengahari. Hari ni saya masak ringkas je. Daging masak kunyit. Resepi ini adalah dari mak. Saya memang benar2 rindu masakan mak. Biasanya mak saya masak ringkas2 je, tapi sedap sangat rasanya.Antara menu kegemaran saya sekeluarga adalah daging goreng kunyit. Mari kita tengok bahan-bahannya..



Bahan-bahan.
500 gm daging(di rebus empuk dan toskan)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam(utk gaul bersama daging)
7 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3 biji bawang putih, dihiris halus
1 inci halia, di hiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 btng lada merah, dihiris serong
4 btng lada hijau, dihiris serong
1 btng carrot
1 cwn kacang panjang/buncis, dipatah2kan 2 inci
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak.
1. Hiris daging nipis2, cuci,rebus dan toskan. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekurang2nya 20 minit.
2.Panaskan minyak di kuali. Goreng daging yg di lumur kunyit dan garam tadi. Goreng hingga daging sedikit garing.
3. Masukkan hirisan bawang merah kecik dan bawang putih, goreng hingga sekata.
4. Masukkan hirisan bawang besar, hirisan lada hijau dan merah. Gaul hingga sebati.Perasakan garam dan gula.
5. Masukkan carrot dan kacang panjang.Jika perlu, masukkan sedikit air.
6. Setelah siap angkat dan hidangkan. Taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Siap dan boleh di makan bersama nasi putih panas.