Sunday, February 21, 2010

Hawaiian Pizza

Hai bertemu kembali. Hari ni sebenarnya saya buat pizza je. Buat sendiri puas jugalah makan. Biasalah duduk di perantauan ni nak makan pizza kenalah buat sendiri. Kalau teringin makan kat luar tu, rasa was2 pula. Jadi lebih baik buat sendiri. Sebenarnya macam2 resepi saya dah cuba, tapi yang ini paling mudah sekali. Sekali lagi saya copy je dari rumah Hana Kanazawa. Terima kasih ya Hana resepi yang sememangnya mudah dan sedap. Mari kita lihat bahan-bahannya. Minta maaf sekiranya saya ada tokok tambah ikut kesesuaian sendiri.


Bahan-bahan
* 200 gm tepung roti (saya guna 2 cwn)
* 1 sudu gula
* sedikit garam
* 1 sudu kecil yis
* 125 ml air
* 2 sudu butter - (saya guna 1 sb shortening dan 1 sb minyak zaitun)
* 1 sudu susu tepung

* topping- keju mozarella, sosej, nanas dlm tin, sos pizza/sos prego, parsley kering, , cendawan butang dan lada benggala merah.

Cara-cara
  1. Bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. Tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit. *tak bakar pun takpe...
  3. Sapu kulit piza dengan sos pizza/sos prego....ratakan sos keseluruh bahagian. Tabur sosej,cendawan, nanas dan lada benggala yang di hiris kecil2 atau apa sajer inti pilihan di atas kulit pizza. Taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
  4. Masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 10 minit.. enak dimakan panas-panas!

*Kalau tak bakar doh pizza dulu, masa memasak pizza sebenar mestilah 20 minit.

7 comments:

  1. kak yati..ada lagi tak..mntak sikit..hihi sedap nengoknyer..

    ReplyDelete
  2. mmm.. sedapnya, tak pernah lagi try buat pizza.. must try ni, dush2!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Yatie.
    Dah lama di Baton Rouge?
    Semasa Kak G & kengkawan di US pun gitu juga .. mahu tak mahu harus masak kan? Tp kita mmg enjoy sbb masa tu tetiba boleh jd kreatif dgn pelbagai masakan .. hehe.
    Tp masa di LA, kurang aktiviti masak sbb ada byk kedai & restoran halal (Pakistan, Arab, China, Thai & mcm2 lg ada) .. :)

    ReplyDelete
  4. mummyseri>> mmng sedap..sowwy dah abeslah..lain kali akak buat lagi ya...dtng cepat sikit tau...

    ReplyDelete
  5. Sari Yusa>> mesti cuba...yus mmng suka cuba sesuatu yg baru....bersemangat orngnya...

    ReplyDelete
  6. DDrFauziah, waalaikumsalam Kak G...Yatie dah 3 thn kat sini....masak2 ni kerja rutin harian..tu yg saja2 sibuk berblog...isi masa lapang...kat sini takde sngtlah restoran halal..tu yg masak je...bila kat US ni tekak mcm2 nak makan pulak...

    ReplyDelete
  7. assalam.salam perkenalan.saya minta izin kopipes ye,nk tulis byk sngt lak.

    ReplyDelete