Friday, February 19, 2010

Roti Puri

Inilah roti puri yang saya buat petang tadi yang di makan bersama sambal udang dan sambal sotong. Rasanya memang sedap bila di makan masa panas2. Kalau nak tahu rasanya mcm mana, cubalah ya....Resepi asal adalah dari Yatiezaini di my resepi. Terima kasih ya akak resepi yg sedap ni, dan saya minta izin copy ya....


Bahan-bahan
* 2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil yis mauripan
* 1/2 sudu kecil garam *
* 3 sudu makan minyak masak *
* 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
* 175ml air panas *
* 40-50ml air (tuang lagi sikit2 bila perlu)
* Minyak utk mengoreng

Cara-cara
1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan .. kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
2. Satukan tepung dan yis .. gaulkan.
3. Bahan no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja.
4. Dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
5. Tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn dan mjadi doh.
6. Perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil.
7. Canai doh nipis macam kulit karipap / duit 50 sen.
8. Siap untuk di goreng...goreng sebijik sebijik ok.

9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong.
10. Masa mengoreng hendaklah disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng, baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

5 comments:

  1. Salam, Sis. Baru buat roti puri ni malam Ahad lepas.. tapi resepi kita lain. Tapi boleh sama pulak.. makan ngan sambal sotong (lebih masak nasi lemak) pasal dah malam, tak sempat buat kari.. hehe

    ReplyDelete
  2. ALAHAI ... jijah suka sangat puri niii

    ReplyDelete
  3. Sari yusa>> selera mcm sama pulak ya...

    ReplyDelete
  4. Jijjah>>mai kita makan sama2...akak mmng suka juga..

    ReplyDelete
  5. sedap tak kakak2 sekalian??
    saya xpenah makan lagi dalam hidup nie..
    tensen nye..
    air liur dah meleleh..

    ReplyDelete