Tuesday, February 23, 2010

Marble Chocolate Cheese Cake

Salam sejahtera kawan2 semuanya. Sebenarnya saya buat kek ni semalam untuk jamuan tetamu yang datang ke rumah. Oleh kerana terlalu letih saya, saya tak jadi nak n3 resepi kek ni semalam. Jadi hari ni saya nak kongsi bersama kawan2 semua resepi yang sememangnya mudah dan sedap ni. Resepi asal kek ni adalah dari Kak Hanieliza,pastu saya copy je dari Kak Ummi dan kata Kak Ummi, dia dapat dari CMG di Dapur Lama Mat Gebu(Celebrate Life With Food). Jadi saya panjangkan2 lagi resepi ni pada kawan2 yang belum pernah mencuba kek ini ya...



Bahan A:

* 180 gm mentega (*akak letak 190 gm)
* 170 gm gula halus (gula kastor)
* 3 biji telor gred A
* 20 gm serbuk koko *
* 120 gm tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
* 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B:

* 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
* 60 gm gula halus (gula kastor)
* 1 camca teh esen vanila
* 1 biji telor gred A

Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  11. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.
Selamat Mencuba.

9 comments:

  1. sedapnya...

    saya tau makan tp x tau buat. :-D

    ReplyDelete
  2. salam yatie...
    sedapnyaaa....saya jarang buat kek ni, sebab takut tak boleh tahan napsu..takut jadi buas..hahahahaha....

    ReplyDelete
  3. Salam, baru semalam cerita ngan Naza psl kek ni, kita dpt resepi dari Ima- Mawar merah, berangan nak buat weekend ni.. kita selalu serupa laa..

    ReplyDelete
  4. MamaFami>> kek ni memang sedap..mama buat lagi sedapkan...

    Yanti Arshad>> takpe....yatie bagi je...kalau rasa sedap barulah buat sendiri ya..

    Ain>>hai ain yg comel..ambeklah ya dik, auntie bagi free je ni...

    ReplyDelete
  5. Mat Gebu>> waalaikumsalam w.b.t...pertama sekali nak ucap berbanyak2 terima kasih sbb sudi singgah di blog yg baru lagi ni...suka sangat...

    CMG banyak sangat resepi yg sedap2 dan glamour, tu yg tak buat lagi/jarang buat kek ni...walauapa pun thanks ya resepi yg sedap ni..klau CMG mkn bnyk mana pun..tak buas punya..sbb kek ni moist...hahahaha...

    ReplyDelete
  6. Sariyusa>> waalaikumsalam,ye ke..kalau gitu buatlah ya...pastu jngn lupa bagi akak rasa..mesti sedap...

    ReplyDelete
  7. As salam yatie...nk tnye boleh x gantikan butter kepada minyak..?

    ReplyDelete