Sunday, August 28, 2011
Salam Aidilfitri Buat Semua
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih saya ucapkan kerana tidak jemu2 singgah blog saya yg serba kekurangan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku, teman2 di alam maya, teman2 di alam nyata, teman2 di Facebook, silent reader dan teman2 lama ataupun baru. Maaf andainya selama saya berblogging ada membuat kesilapan yg sengaja ataupun yg tidak di sengajakan....yg bertanya dan tak sempat berbalas komen harap di maafi. Di lain kesempatan insyaAllah saya akan cuba balas dan buat kunjungan balas. Kita hanyalah manusia biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Moga dngn kedatangan bulan Syawal yg mulia ini memberikan kita seribu pengertian dan keceriaan utk sama2 meraikannya bersama kaum keluarga, sanak saudara dan teman2 yg di kasihi.
Dalam keseronokkan menyambut lebaran janganlah di lupakan pada teman2 yg serba kekurangan. Sentiasalah bersederhana dlm apa juga keadaan. Berhati2 juga semasa memandu, moga kita semua selamat sampai kedestinasi yg di tuju. Awasi juga anak2 ketika seronok berhari raya, moga Aidilfitri kali ini dapat kita sama2 meraikannya dngn penuh kesyukuran. Semoga Allah swt merahmati kita semua.
Buat teman2 blogger semua, sudi2kanlah ambil kad raya dari saya sebagai tanda ingatan. Sudikanlah gantung dan hias di blog masing2. Akhir kata dari saya Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
Salam Sayang Dari Yatiememories...
Saturday, August 27, 2011
Kek Lapis Alwani
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi kek kukus yg mudah dan semestinya sedap. Kek ini jugalah kek yg saya buat sempena hari jadi anak saya Seri Irdina pada 25.8.11. Kalau bulan puasa ni, nak buat kek yg ada buttercream mmng tak di makan punya...alamat dok betapa dlm petiais je. Bila fikir2 punya fikir, saya buat jelah kek yg biasa2 tetapi menarik utk Dina. Anak saya ni tak kisah, asalkan dia tahu kek yg mamaNya buat special utk hari istimewanya. Kek ni juga sesuai utk di hidangkan pada musim perayaan yg bakal menjelang. Terima kasih pada Dayang Jack kerana berkongsi resepi2 kek yg menarik dan sedap. Izinkan Yatie C&P resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2nya.
Bahan- Bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan serbuk horlicks
- 5 biji telur A
- 1/2 cawan gula halus
- 220 gm mentega berkualiti (DJ guna SCS)
- 1/3 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanilla
- pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau)
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
- Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
- Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan susu pekat dan putar lagi.
- Masukkan tepung dan diadun sekata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok)
- Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
- Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair.
- Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.
Cornflakes Madu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 yg tinggal jauh dari kampung halaman sudah pun mula pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda semua berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasinya. Bagi saya mungkin balik hari isnin sebab saya dan suami mmng orang Johor dan sekampung pulak tu. Jadi memang mudahlah, hari raya pertama boleh berkunjung rumah mak sendiri dan rumah mertua. Beginilah setiap tahun kami meraikannya....takde rebut2 punya. Kalau rasa nak makn rendang mak sendiri boleh balik rumah mak kejap...bila nak makan rendang mertua pula, boleh patah balik...begitulah seterusnya. Bila saudara mara datang pula, boleh jumpa juga sbb rumah dekat, talipon je...mesti kita orang sampai punya..
Oklah, alang2 tak balik kampung lagi..saya nak kongsikan bersama resepi cornflakes madu yg saya buat malam tadi. Biskut Cornflakes madu ni mmng laku dan cepat laris kat rumah ni. Tiap2 tahun mesti buat,kalau buat tu mesti kena lebih sebab takut tak sampai raya dah habis. Suami dan anak2 amat mengemari cornflakes madu ni. Rasanya ramai kawan2 di luar sana pun mengemarinya. Kali ni saya buat ikut adunan 1 kotak cornflakes yg besar. Jom kita semak resepinya. Kalau ada masa dan masih tercari2 resepi yg mudah tu, bolehlah mencuba resepi ni.
Bahan A
- 125 gm butter
- 1/2 cwn brown sugar
- 1 cawan madu
- 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
- 1 cwn kismis
- 1 cwn badam cincang panggang/gajus
- Mangkuk kertas kecil
- Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
- Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
- Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
- Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Friday, August 26, 2011
Selamat Ulangtahun ke 11 Seri Irdina
Dina berumur 3 tahun
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 di luar sana sedang sibuk menyiapkan persiapan terakhir utk menyambut bulan syawal yg mulia. Banyak rasanya tugas2 yg perlu di selesaikan, moga semuanya berjalan lancar dngn diiringi kesabaran tiap melakukan sesuatu pekerjaan itu...moga kita mendapat ganjaran dan keberkatan dariNya. Saya juga tidak ketinggalan menyiapkan persiapan utk keluarga sendiri, apa pun yg di lakukan kami sekeluarga menyambut aidilfitri ni dngn penuh kesederhanaan.
Dalam kesibukkan ini, saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 11 thn buat anak ke3 saya Seri Irdina bt Mohd Khata. Sebenarnya tarikh ulangtahunnya semalam 25.8.2011, saya sibuk sangat hingga tak sempat utk mengucapkannya di sini, nak buat kek pun asyik tertangguh je. Maklumlah bulan puasa, kalau buat kek ni tak berapa laku sbb semuanya puasa. Hari ni saya buat jugalah kek2 yg biasa atas permintaan Hamka. Hamka asyik tanya je...kenapa mama tak buat kek utk Kak Dina..kesian Kak Na...ulang2 je tanya benda yg sama. Dalam sibuk2 menyiapkan biskut raya, saya pun buatlah juga. Sebenarnya sebagai ibu mmng tak sampai hati sbb tak buatkan kek harijadi. Sebelum ni buat utk abang dan kakaknya...takut terasa hatilah pulak. Biar simple mcmana pun kek tu....ianya tetap dari air tangan ibunya sendiri...barulah bestkan. Uwaaaa..Dina pun dah tersenyum lebar je bila pulang dari sekolah nampak keknya.....tunggu buka puasa nanti ya nak merasa....
Untuk anak mama Seri Irdina, Selamat Ulangtahun ke 11 mama ucapkan, moga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, menjadi anak yg solehah yg sentiasa membahagia dan menbanggakan mama dan abah, moga berjaya di dunia dan di akhirat serta hidupmu sentiasa di berkati dan di limpahi rahmat Allah swt. Aminn. Pesanan mama buat Dina, jagalah diri dan maruahmu walau dimana saja kamu berada.

Thursday, August 25, 2011
Tart Nenas Gulung 2
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni nak kongsikan bersama resepi tart nenas gulung yg saya buat malam tadi. Kalau buat tart gulung ni, tak boleh awal2 sebab abes di makan sendiri je. Tak sempat nak buat raya. Kali ni saya buat 3 adunan sekali, senang keje tak payah ulang2 lagi. Mana kuih tart yg nak buat raya asingkan dan sembunyikan dulu..hehehe..mana yg nak buat makan bolehlah letak atas meja. Kali ni mmng puaslah anak2 dan suami makan sebab saya buat sendiri dan dapat banyak. Kalau buat banyak ni, kenalah ada pembantu, siapa lagi kalau tak anak dara saya Seri Izati. Seri rajin betul menggentel inti tart, pastu tugas menggulung dan sapu telur kat atas tart, semuanya Seri yg buat...uwaaaa rajinlah anak dara mama. Bila bab bakar kuih tu...hai serah pada mamaNyalah. Tapi takpe, kira adillah sama2 buat kuih kegemaran kami sekeluarga ni.
Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi tart yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Lepas ni berangan pulak nak buat tart kelopak...uwaaa mood mengetart sudah mari. Maklumlah tak perlu bersusah payah buat intinya....beli je yg dah siap...senang kerja. Sebelum ni saya pernah juga buat tart resepi K.Nor ni, kawan2 boleh lihat di SINI. Kalau ada kawan2 yg mencari2 resepi tart tu..bolehlah mencuba resepi ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.
Bahan- Bahan
- 250 gm butter
- 2 sudu besar gula castor
- 2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 cawan tepung jagung
- secubit garam
- 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
- jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
- 1biji kuning telur
- 1 titik pewarna kuning
- 1 sudu air
- Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.
- Ayak ke tiga2 tepung.
- Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
- Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
- Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
- Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
- Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
- Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. Yatie bakar dlm 25 minit.
- Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
Wednesday, August 24, 2011
Fancy Pandan Ice Cream Cookies
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Syukur alhamdulillah kerana kita dapat sama2 memuliakan bulan ramadhan yg mulia ini, moga kita di berikan kesihatan yg baik utk sama2 beramal soleh hingga ke penghujung ramadhan. Moga amalan yg baik ini akan berterusan hingga ke bulan2 yg seterusnya...Aminn.
Hari ni saya nak kongsikan lagi biskut aiskrim yg saya buat petang tadi. Kali ni saya buat perisa pandan pula, macam biasalah kalau perisa pandan dan warna hijau ni...mmng menjadi kegemaran anak bongsu saya Hamka. Suka betul Hamka bila mamaNya buat kuih hijau..tak sabar2 nak makan, barulah macam makan aiskrim betul katanya.....hehehehe ntah apa2 daaaaaa....
Resepi biskut ni sama macam biskut aiskrim strawberry tu, cuba tukar perisa pandan dan tambah sedikit pewarna hijau...tu je, mudahkan...jom semak resepinya.

Tuesday, August 23, 2011
Fancy Strawberry Ice Cream Cookies
Assalamualaikum dan slmt petang semua. Sebelum masak utk juadah berbuka puasa, saya nak kongsikan bersama resepi biskut ice cream yg sangat sedap dan menarik ni. Lama betul dah berangan nak buat biskut ni, kali ni merajinkan diri utk buat biskut ice cream ni...yg klakarnya anak saya Hamka tanya...nape ice cream ni tak sejuk....nape dan kenapa...hai mcm2lah Hamka ni. Tanya punya tanya dan separuh loyang di makannya. Hamka tanya kenapa mama tak buat ice cream warna hijau....dia paksa suruh buat warna hijau juga. Nampaknya saya kena buat lagi satu adunan utk kaler hijau je...barulah dia puashati..hehehehe. Biskut ice cream kali ni saya tambah strawberry emulco...uumm mmng sedap dan harum je, terasa mcm makan strawberry ice cream betul2 pulak..
Ok kali ni saya ambil resepi dari blog Ita lagi dan resepi asal adalah dari Ida. Terima kasih pada penyumbang resepi. Terima kasih juga sbb berkongsi resepi biskut yg sangat sedap. Pada kawan2 yg berkenan tu, bolehlah mencubanya....mmng berbaloi. Biskut ni sangat sedap dan rangup, lebih sedap lagi di salut dngn coklat dan di taburi manik berwarna warni...haiiiii sedap tak terkatalah..tak caya ke?????...kalau tak percaya, anda cubalah sendiri...jom semak resepinya. Kali ni saya buat 2 adunan sekali dan saya letak sekali adunan utk 2 adunan ya.
Bahan-Bahan

- 260 gm butter
- 120 gm gula icing
- 320 gm tepung gandum
- 60 gm tepung jagung
- 40 gm tepung ubi
- 1/2 sudu teh baking powder
- 40 gm serbuk badam
- Sdkt vanilla essence
- 2 sudu teh strawberry emulco (Yatie tambah)
- sedikit pewarna pink/merah (Yatie tambah)
- 1 biji kuning telur utk sapu atas biskut (Yatie tak sapu)
- Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan
- Pukul butter dan gula sehingga kembang.(Yatie pkl sebati je...)
- Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
- Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
- Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak.(Yatie tak sapu telur pun..)
- Biarkan biskut benar2 sejuk, barulah celup dngn coklat cair.
- Celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
- Hias biskut ikut creativiti anda.
Monday, August 22, 2011
Biskut Snow Almond
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi biskut snow almond yg saya buat semalam. Semalam saya buat 2 jenis biskut, satu biskut cornflakes dan satu lagi biskut snow almond ni. Petang tu lepas buat biskut snow almond saya pun terus buat biskut cornflakes rangup tu. Bila malam barulah saya mula menyalut coklat dan tabur breadcrumbs pada biskut snow almond tu. Sebenarnya dah lama teringin nak buat biskut ni, tapi terasa macam leceh pulak. Bila tngk Ita buat aritu, jadi teruja dan tak sabar nak buat dan merasanya. Ternyata mmng mudah dan sedaplah. Lepas ni saya nak buat 2 adunan lagi utk beri pada mak dan mertua pula. Adik2 mmng dah tanya je, K.Yatie ada tak buat biskut baru...pastu faham2 jelah ya.
Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Kalau teringin tu bolehlah mencubanya...saya rekomen mmng sedapppppp sangattttt...biskut ni...
Bahan A
- 260 gm butter
- 150 gm gula caster
- 1 sudu kecil esen vanila
- 50 gm serbuk badam
- 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
- 50 gm tepung kastard
- 50 gm susu tepung
- 40 gm tepung jagung
- Coklat masakan - cairkan cara double boiler
- Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
- Pukul bahan A hingga berkrim
- Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
- Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
- Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
- Sejukkan biskut atas redai
- Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
- Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
- Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Sunday, August 21, 2011
Biskut Cornflakes Rangup 2
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni buat lagi kukis 2 jenis, bila dah siap tu sambung masak utk juadah berbuka puasa. Bila malam mcm ni dah terasa letih pulak. Maklumlah bila buat biskut ni, saya buat 2 adunan terus, senang tak payah nak berulang kali membuatnya. Bila siap terus je bahagikan pada 3, satu bekas utk mak, satu bekas utk mak mertua dan satu bekas lagi utk sendiri. Bila dah cukup 3 bekas tu bolehlah mulakan projek buat biskut yg lain....itupun kalau laratlah.
Sebelum ni pernah buat biskut cornflakes rangup ni di SINI. Memang ranggup dan sangat sedap....tiap2 tahun mmng wajib buat biskut cornflakes ni. Kalau kawan2 nak mencuba tu, bolehlah semak resepinya..
Bahan-Bahan
- 250 gm mentega
- 3/4 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
- 2 cwn tepung naik sendiri
- Mangkuk kertas secukupnya
- Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
- Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
- Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
- Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
- Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
- Biarkan sejuk di redai biskut.
Saturday, August 20, 2011
Biskut Nestum
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Inilah biskut ke 2 saya iaitu Biskut Nestum. Sebelum ni nampak kat rumah Mas resepi biskut nestum ni, kebetulan saya buat juga tapi resepi yg berlainan. Anak2 mmng suka makan nestum jadi saya buatlah biskut nestum ni. Hamka sambil tolong tabur nestum kat atas biskut, sambil makan nestum. Pastu boleh tanya pulak kenapa kena tabur nestum tu kat atas biskut, kan kena bancuh dngn susu...pastu makan....hai anak2, ada je yg dia ingin tahu, sampaikan kdng2 tu tak terjawab apa yg di tanyanya tu.
Ok, kali ni nak kongsikan bersama resepi biskut nestum resepi Kak Wan. Kalau singgah kat blog K.Wan, teruja betul..semua biskut2nya menarik sekali dan pastinya sedap. Terima kasih K.Wan kerana berkongsi resepi ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Yatie copy dan buat dua adunan sekali. Kawan2 juga boleh lihat resepi asal Kak Wan di SINI ya.
Bahan-bahan (Yatie buat 2 adunan dari resepi asal)
Cara-Cara

- 260 gm mentega
- 40 gm shortening
- 100 gm gula kaster
- 2 sudu teh esen vanilla
- 280 gm tepung rose (kalau takde, boleh ganti dngn tepung gandum)
- 40 gm tepung jagung
- 100 gm nestum dikisar halus
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhu 150C.
- Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan telur dan tabur nestum diatasnya.
- Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 25- 30 minit (Yatie bakar dlm 35 minit, bergantung pada oven masing2 ya)
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Bubur Candil Keledek
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni mesti kawan2 semua tak melepaskan peluang utk sama2 membuat biskut raya bersama anak2 dan tentunya ada juga yg pergi membeli belah bagi persiapan terakhir. Maklumlah bila anak2 sekolah, agk sukar utk memilih pakaian yg sesuai utk mereka. Kalau main beli je, nnti tak sesuai pula, ada yg kecik dan ada pula yg terlalu besar. Bila tak sesuai tu, nak menukar pula satu kerja. Jadi eloklah pergi bersama2. Apa jua yg kawan2 lakukan harap semuanya menceriakan keluarga dan pesanan saya berbelanja dngn berkhemah ya. Jauhi pembaziran.(Kejap lagi saya pun nak keluar cuci mata....hehehe..)
Ok kali ni nak masukan resepi bubur candil keledek yg saya buat utk juadah berbuka puasa semalam. Bubur candil ni pernah saya buat sblm ni, dan semalam tergoda betul dek penangan Izah tu. Kebetulan saya mmng nak buat, apa lagi saya pun buatlah. Bubur ni mmng menjadi kegemaran kami sekeluarga, cuma kali ni saya tambahkan keledek rebus. Saya suka letak keledek/ labu supaya bubur candil ni tak berapa liat. Kalau kawan2 nak merasa tu bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya yg mudah ni.

- 1 1/2 cawan tepung pulut
- 2 cwn keledek rebus, toskan dan lecek halus
- 1/2 cwn sagu biji (cuci dan rendamkan bersama 1/2 cwn air selama 10 minit pastu toskan)
- 1/2 cawan air (jika perlu dan tuang sikit2 masa menguli doh)
- sedikit garam
- pewarna kuning dan hijau
- Air secukupnya= utk merebus bubur candil
- 2 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1 cwn air= tapiskan
- 1/2 cwn gula pasir
- 2 helai daun pandan- di simpul
- Rebus keledek sehingga empuk.
- Keledek yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus. Biarkan sejuk dan ketepikan dulu.
- Masukkan keledek yg telah di lecek tadi bersama tepung pulut dan uli hingga menjadi doh, tambah air jika perlu. Tuangkan sedikit2 sehingga menjadi doh yg diingini.
- Bahagikan pada 2 bahagian dan letak pewarna setiap bahagian.
- Didihkan air dan masakkan sagu tadi sehingga putih, setelah kembang, angkat dan siramkan di bwh air paip dan tapiskan. Ketepikan.
- Sementara itu dlm periuk yg lain,didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan kuning dan hijau dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.(api sederhana je ya..)
- Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
- Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
- Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati. Masukkan sagu biji tadi.
- Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Thursday, August 18, 2011
Pecal Ikan Pari
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hai dah masak ke belum? Kira awal lagilah ya nak masak. Sebenarnya lauk Pecal Ikan Pari ni menu semalam, tapi tak sempat nak n3 kat sini. Jadi sebelum masak utk juadah berbuka puasa hari ni, saya nak kongsikan bersama resepi pecal ikan yg sangat sedap ni. Bagi orng Jawa mmng cukup sinonim dngn masakan mcm ni. Saya mmng suka kalau mak masak mcm ni. Cuma resepi mak saya, rencah tu tak di masak, dan terus di satukan dngn santan yg di perah dngn air masak..terasa fresh betul. Lenkali saya masak ikut cara mak saya pula ya.
Resepi kali ni saya ambil dari blog Sue Joshua, dan saya C&P dari Jejaka Sedenak yg pakar memasak tu. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa dan suka bau cekur tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 ekor ikan pari kecik (mat guna pari potong dalam 300 gram, Yatie pun sama)
- 2 1/2 cawan santan pekat
- 5 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 5 inci ubi cekur*(Yatie guna 5 biji cekur)
- 20 biji cili padi kampung*
- 1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 helai daun cekur, hiris halus
- Beberapa cili padi untuk hiasan
- Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci dan toskan, lumur sedikit garam dan bakar hingga masak. Ketepikan.
- Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor dan didih kan, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan pari dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat.
- Masukkan hirisan daun cekur, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan cili padi dan hidangkan segera bersama nasi hangat... Selamat mencuba...
Wednesday, August 17, 2011
German Cookies
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 yg dah mula buat biskut raya. Saya jadi teruja nak membuatnya, tapi minggu ni anak yg no 2 tngh trial exam PMR, yg no 3 plk periksa sklh agama. Bila maknya sibuk mengukis nanti, dah tentulah baca buku pun jadi tak keruan sbb nak menolong di dapur. Buku pula ntah kemana. Jadi hasrat nak wat kuih raya tu, terpaksalah di pendam dulu....iyeke...
Semalam tengahari saya buatlah juga biskut yg ringkas tapi amat popular di kalangan blogger masakan. Bila tngk bahan2 tu ringkas sangat, pastu takyah guna terap segala...cuma bulat2kan, leperkan dan tekan dngn garpu...sekejap je dah siap. Saya buatlah 2 adunan sekali, alang2 dah buat biarlah lebih sikit. Kali ni anak yg bongsu menolong dan tak sabar nak merasa. Bila satu bakaran siap, dialah tak sabar nak merasa.....last2 satu loyang dia sendiri yg makan. Tak kisahlah, walau simple kuih ni tapi sedap. Bila time berbuka, apa lagi kakak dan abangnya....merasalah biskut german ni, wow semuanya kata sedap sbb ranggup sangat. Diaorang pun tanya bila masa mama buat biskut ni...nape tak tunggu diaorang...hehehehe.... Bila dah merasa tu, takleh berhenti, nak lagi dan lagi dan lagiiiiii...
Terima kasih pada Rima kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kali ni saya kopipes dari Mat Gebu. Ramai juga kawan2 yg dah mencubanya, antaranya K.Nor, Ika, Ita, Diana dan tak berapa ingatlah....maaf ya. Terima kasih sekali lagi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.

- 125 gram mentega
- 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
- 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
- 40 gram gula aising, diayak
- Secubit garam (resipi asal tak letak)
- Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
- Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
Tuesday, August 16, 2011
Talam Ubi
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya buat kuih Talam Ubi sebagai juadah berbuka puasa. Saya buat tengahari, bila petang tu, sedang elok je potong kuih ni dan bolehlah di buat berbuka puasa. Lama dah tak buat kuih talam ubi, kebetulan masa balik kampung aritu, dapatlah ubi yg sedap ni. Tanpa bertangguh lagi, saya pun teruslah buat kuih ni, kalau tangguh lagi, maunya masuk angin ubi ni dan tentunya tak sedap rasanya.
Ok kali ni saya cuba resepi dari Mat Gebu. Alhamdulilllah menjadi cantik je kuih ni. Cuma kali ni ada lebihan ubi, jadi saya semuakan je...jadilah lapisan ubi tu tebal sikit. Tak kisahlah, lagipun anak2 dan suami mmng suka bahagian lapisan ubi tu. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2nya.
Bahan Utk Lapisan Bawah
UNTUK BAHAGIAN BAWAH :-
Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
UNTUK LAPISAN ATAS :-
Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian tuang (kacau dulu) perlahan2 atas ubi tadi, gunakan kaedah meletak senduk atas lapisan bawah dan curah adunan ke dalam senduk dan biar ianya melimpah. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Bila masak biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.
CATATAN MAT GEBU :-
Sebelum tuang untuk bahagian kepala, mat angkat bahagian kukus yang ada tin tadi ke tepi sinki, kemudian ambil paper towel dalam 2 helai, berhati2 letakkan di atas permukaan lapisan bawah tadi (lapisan ubi), tujuan biar paper towel tadi menyerap air yang terhasil pada permukaannya, kemudian perlahan, tarik keluar paper towel tadi. Lepas tu baru mat tuang bahagian kepala dan sambung mengukus....Selamat mencuba!!..

- 600 gram parutan ubi kayu
- 160 ml santan cair
- 200 gram gula pasir
- 50 gram gula melaka
- Sedikit pewarna coklat (optional)
- 1 helai daun pandan
- 600 ml santan
- 40 gram tepung gandum
- 70 gram tepung beras
- sedikit garam
UNTUK BAHAGIAN BAWAH :-
Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
UNTUK LAPISAN ATAS :-
Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian tuang (kacau dulu) perlahan2 atas ubi tadi, gunakan kaedah meletak senduk atas lapisan bawah dan curah adunan ke dalam senduk dan biar ianya melimpah. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Bila masak biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.
CATATAN MAT GEBU :-
Sebelum tuang untuk bahagian kepala, mat angkat bahagian kukus yang ada tin tadi ke tepi sinki, kemudian ambil paper towel dalam 2 helai, berhati2 letakkan di atas permukaan lapisan bawah tadi (lapisan ubi), tujuan biar paper towel tadi menyerap air yang terhasil pada permukaannya, kemudian perlahan, tarik keluar paper towel tadi. Lepas tu baru mat tuang bahagian kepala dan sambung mengukus....Selamat mencuba!!..
Sambal Kentang Dan Ikan Bilis
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni nak kongsikan bersama resepi sambal kentang ikan bilis yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau masak sambal kentang mcm ni biasanya saya masak lebih. Anak2 suka betul makan gitew je sambal kentang ni sambil menoton tv, saya pun tumpang sekakilah. Resepi ni mudah je....jom kita semak bahan2 yg di perlukan.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 6 biji kentang
- 1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran, cuci dan toskan...gorengkan...ketepikan dulu
- 1 sudu besar air asam jawa
- Daun sup/daun bawang utk hiasan- di potong kecil
- Garam dan gula secukup rasa
- minyak utk menggoreng dan menumis
- 1/2 cawan cili kisar
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 cawan ikan bilis, rendam dan toskan
- sedikit belacan
- 1/2 cwn air utk mengisar
- Kupas kentang, potong berbaji/wedges, cuci dan toskan.... kemudian goreng kentang sehingga kekuningan.
- Panaskan1/2 cwn minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Tambah air jika perlu dan masak lagi selama 5 minit.
- Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng dan gaul perlahan supaya sebati.
- Masukkan ikan bilis yg telah di goreng tadi dan gaul sebati. Tutup api dan bolehlah di angkat.
- Taburkan daun bawang/daun sup dan siap untuk dihidangkan.
Sunday, August 14, 2011
Rendang Ikan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Harap kawan2 semua sihat2 saja. Maaf tak ada n3 terbaru, tuan blog balik kampung....seronok dpt bersahur dan berbuka puasa bersama ayahanda dan bonda tercinta. Hari ni nak kongsikan resepi Rendang Ikan yg saya masak semalam. Biasanya kita masak ayam atau daging je rendang, kali ni kita ubah selera pula pada rendang ikan. Kalau nak masak rendang ikan mestilah guna ikan yg jenis berdaging. Kali ni saya guna ikan mayong. Ikan mayong ni biasanya asyik masak asam pedas je, kali ni kita buat rendang pula...sedaplah pulak. Resepi kali ni saya kopipes dari Diana yg cun melecun tu, suka tngk muka Diana, manis je...Terima kasih Diana kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Kalau kawan2 maukan kelainan, bolehlah mencuba resepi rendang ikan ni...mmng sedap......jom tngk bhn2 yg di perlukan.
Bahan-Bahan
- 800 gm ikan- Yatie guna isi ikan mayong
- 2 helai daun kunyit _ di mayang
- 4 helai daun limau purut _ di mayang
- 4 keping asam keping / gelugur- Yatie letak 2 je
- 1 paket serbuk santan + 300 ml air _ Yatie guna 200ml santan kotak+ 100ml air
- 4 sudu besar kerisik- Yatie guna 2 sudu besar je
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula
- Minyak untuk menggoreng
- 3 batang serai
- 1 cm lengkuas
- 2 cm halia
- 2 cm kunyit hidup
- 10 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh tambah yer )
- Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit.. Perap selama 30 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali.. Goreng ikan dalam minyak yang dalam sehingga masak kekuningan tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian.. dalam periuk yang lain.. masukkan santan, bhn² kisar, kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul.
- Masukkan ikan goreng dan masak sehingga kuahnya pekat.
- Tutupkan api dan hidang. Taburkan sedikit hirisan daun kunyit.
Friday, August 12, 2011
Apam Salju
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni terasa letih dan mengantuk je. Kalau di layan ngantuk ni....hai tak jadi nak buat apa2...dapur pun tak berasap. Maklumlah smlm ada majlis berbuka puasa di tempat kerja suami, hari ni pun ada juga...jadi saya pun cutilah masak2. Bila malam barulah sambung masak utk juadah bersahur pula. Walau berbuka di luar, tapi saya ada juga menyediakan kuih utk di bawa bersama. Kuih ni mudah je, kuih apam beras/ apam salju/apam tukaz/ apam nasi. Rupa dan rasa kuih ni sama je cuma nama je berlainan...yg penting rasanya sedap. Saya juga buat bingka roti jagung dan resepinya boleh di lihat di SINI.
Bahan-bahannya.
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 cwn brown sugar
- 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
- 2 1/2 cwn air
- 2 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
- Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
- Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- Perap selama 3 jam.
- Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
- Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
- Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
Thursday, August 11, 2011
Puding Kastad Laici
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Inilah dessert yg biasanya saya buat utk juadah berbuka puasa, dah kira menu wajib bila bulan puasa ni. Biasanya puding ni makan dngn koktel je, tapi kami sekeluarga lebih suka makan dngn laici sbb suka dngn rasa laici dan kuahnya yg harum tu. Terpulanglah pada selera masing2 ya. Resepi ni mudah je,sama je mcm buat puding berkuah, cuma kali ni makan dngn laici...jadilah puding kastad laici.... saya mmng suka puding yg lembut mcm ni...terasa nyaman je lalu kat tekak, lebih2 lagi bila di makan sejuk. Ok jom kita semak resepinya....
Bahan2 Utk Puding
- 1 cwn tepung kastard
- 4 1/2 cwn air
- 1/2 cwn susu cair
- 1/2 cwn gula
- Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
- Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
- Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
- 1 tin buah laici
- 1 tin susu cair
- 1 tin air biasa (air masak)
- 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
- ketulan ais secukupnya
- Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
- Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang laici dan susu.
- Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur laici.
- Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
Wednesday, August 10, 2011
Kerutuk Telur
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Semalam ada pengunjung blog saya bertanyakan resepi telur. Dia suruh saya kongsikan lebih banyak lagi resepi yg menggunakan telur sbb dia suka sangat makan telur. Kebetulan sebelum puasa aritu saya ada masak kerutuk telur resepi K.Nor. Memang sedap telur masak macam ni. Sebenarnya telur ni boleh di pelbagaikan masakan..contohnya tukarkan saja resepi ayam dan gantikan pada telur...rasanya boleh jugakan. Kita buat dia...layan jelah...sesekali makan lauk telur ni mmng sedap. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi kerutuk telur ni, izinkan Yatie C&P resepinya kat sini pula ya. Yatie takde rempah kerutuk so Yatie gantikan pada rempah kari dan kurma....sedap jugalah...maaf ya K.Nor, bila ada rempah kerutuk tu, Yatie masak ikut style K.Nor ok...
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam ~ (Yatie ganti 10 biji telur di rebus dulu)
- 3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas (Yatie takde rempah kerutuk ni, so yatie gantikan dngn 2 sb rempah kari + 1 sb rempah kurma)
- 1 cawan santan fresh
- 1 cawan air
- 2 keping asam keping
- 2 sudu besar cili mesin
- 2 sudu besar kerisik
- 2 helai daun pandan
- 1 bj bawang besar ~ potong 4
- 2 bj cili merah ~ belah 2
- nisan/gula melaka
- garam
- minyak
- 1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
- 5 kuntum cengkih- Yatie letak 2 je
- 3 bj buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 labu bawang besar
- 3 bj bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1in halia
- 1in lengkuas
- 1in kunyit hidup
- Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
- Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
- Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
- Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
- Masukkan ayam dan gaul sebati.
- Biarkan rempah mesra kat ayam/telur dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
- Biarkan hingga mendidih.
- Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
- Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
- Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
- Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
- Hidangkan panas2.
- Kupas kulit telur yg dah direbus, belah sedikit telur (2 atau 3 belahan - hanya kena putih telur jer)
- Kemudian goreng dalam minyak yg panas hingga kekuningan. Yatie tak goreng telur ni, cuma Yatie kelar2kan saja supaya rempah meresap dlm telur tu.
- Angkat dan toskan.(telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng)
Tuesday, August 9, 2011
Durian Pancake
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa. Moga kita di beri kesihatan yg baik utk meneruskan ibadah puasa ini dngn lebih sempurna. Sebenarnya hari ni saya masak ringkas je. Mula tu berangan nak buat macam2, tapi hari ni dari pagi sampailah petang takde air. Jadi mmng susah nak buat keje mencuci di dapur, apalagi nak menyiang ikan/ayam yg sememangnya menggunakan air yg lebih. Tunggu punya tunggu dekat maghrib barulah air paip ada. Masa tu saya dah siap masak. Ingatkan dah malas gak nak masak, tapi kesian tngk anak2..mereka lebih suka yg maknya masak sendiri walaupun menu ringkas.
Hari ni saya masak tomyam je...mudahkan.. masukkan perencah tomyam, cili padi ketuk, bwng, carrot, baby corn dan tomato. Cukup rasa dah kira ok, lengkap sayur dan ayam..hehehe. Pastu saya celur mee hoon..makan mee hoon dngn tomyam.....fuhhh sedap gaklah. Bila dah penat angkut air, nak buat kuih pun dah malas. So saya buat durian pancake je, lagipun taklah menggunakan air yg banyak. Memang payah betullah bila air paip takde ni. Tugas kita di dapur pun jadi terbatas. Ok jom kita semak resepi durian pancake nilah. Pancake ni sedap dan lembut je walau dah sejuk. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Akak kongsikan kat sini pula ya.
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
- 3/4 camca teh baking powder
- 1 biji telur gred "A"
- 1 1/2 camca besar gula halus
- 30 g mentega, dicairkan
- 2 camca besar isi durian, dilecek hancur
- 1/2 cawan + 2 camca besar susu segar (mat guna susu sejat)
- Secubit garam halus
- Mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake
- Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan isi durian, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
- Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
- Panaskan non-stick frying pan bersaiz 4 inci dengan api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 1/3 cawan adunan tadi. Ratakan.
- Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
- Hidangkan bersama mentega dan curahan madu...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea..
Kuih Bakar Pandan (Joayee)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Inilah kuih bakar pandan yg saya buat petang tadi utk berbuka puasa. Kali ni buat guna cetak bahulu kemboja, cantik je mcm beli...hohohoho ayat perasan. Takpelah kita yg buat dia....dah mmng sedap, tu yg puji terlebih sudaaaaaa.
Sebelum ni buat guna resepi di SINI, kali ni guna resepi Joayee dan saya kopipes dari K.Ummi. Terima kasih pada penyumbang resepi, an sememangnya kuih2 mcm ni mmng menjadi kegemaran kami sekeluarga....lebih2 lagi bahagian kerak tu....walau hitam tetap menjadi rebutan. Lain pula dngn Hamka, dia suka makan kuih yg hijau je....bahagian kerak dia takmo sbb kuih hangit katanya. Saya tak kisahlah dia nak kata apa, dah mmng yg hitam tulah yg sedap. Dia budak2 kan, manalah tau sangat..kalau dia tau, maunya dia tak bagi kita punyer.. Jomlah kita semak resepi yg mudah dan sememangnya menjadi pujaan ramai ni.

- 1 cawan gula
- 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
- 2 sudu makan mentega
- 3 biji telor
- 1/2 sudu teh garam
- pewarna hijau
- bijan
- Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
- Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
- Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
- Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (*ummi set oven 165C selama 1 jam 15 minit).
Monday, August 8, 2011
Bubur Kacang Merah Dan Pulut Hitam Durian
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas2 je. Saya masak lemak pucuk ubi,, ikan kerisi goreng dan makan dngn sambal belacan. Pastu buat kuih bakar pandan...mudah, ringkas dan yg penting menyelerakan. Syukur alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yg Allah kurniakan. Kali ni nak kongsikan bersama resepi bubur kcng merah dan pulut hitam durian yg saya buat semalam. Saya suka betul kalau pulut hitam di campur dngn kcng merah...yg penting kcng merah dan pulut hitam tu mestilah betul2 empuk. Barulah terasa lemak2 manis bubur tu. Bila di letak durian, lagilah betapa sedapnya. Jom kita semak resepi yg mudah ni....
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 1 cawan kacang merah - cuci dan rendam 4 jam
- 1/2 cawan pulut hitam-cuci dan rendam 4 jam
- Air secukupnya utk merebus kcng merah dan pulut hitam
- 2 cawan santan pekat
- 2 cwn santan cair*
- 1 ketul gula melaka*(* di masak dan di tapis)
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu besar minyak masak
- 2 helai daun pandan - belah dan simpul
- 1 sudu kecil garam
- 10 ulas durian atau lebih
- Rebus kacang merah dan pulut hitam bersama air dan garam secara berasingan, masukkan 1 sudu besar minyak masak ke dlm setiap periuk (*biar cepat empuk).
- Bila kacang merah dan pulut hitam sudah empuk, campurkan keduanya menjadi satu periuk. Masukkan durian dan biarkan mendidih.
- Masukkan gula pasir kemudian masukkan pula air gula melaka yg di tapis. Kacau hingga gula larut dan sebati.
- Masukkan pula daun pandan, kemudian masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
- Setelah siap bolehlah di hidangkan.
Nasi Ayam Serai
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi nasi ayam serai yg saya masak utk berbuka semalam. Nasi ayam ni atas permintaan anak bujang saya, bila dah mintak tu..kenalah buatkan. Kalau tak maunya teringat2 je, maklumlah insyaAllah jika diizinkan Allah anak saya Mohamad Talhah akak menyambung pelajarannya ke UK bln september ni. Dah terasa2 sayu je ni, rasanya thn depan tak dapatlah berpuasa dan beraya bersama. Jadi peluang yg masih ada ni, dapatlah di manfaatkan dngn sebaik2nya. Aduhhh terasa sebak pulak, tu belum berangkat lagi tu..kalau dah berangkat, tak taulah nak citerrrr...huhuhu..
Ok, resepi nasi ayam ni adalah resepi yg mak saya ajar buat pertama kalinya. Saya suka resepi nasi ayam mak ni sbb tak menggunakan stok ayam dan guna air rebusan ayam. Masa baru kahwin dulu suami suruh masak nasi ayam, adoyaiii mengelabah sekejap. Apalagi tepon mak tanya resepi..saya pun masaklah guna resepi mak ni. Tak sangka menjadi buat pertama kalinya dan suami sayalah yg paling suka dan tak putus2 memuji masakan saya. Saya pun banggalah sekejap sbb nasi ayam saya menjadi. Alhamdulillah..terima kasih mak. Hingga sekarang saya masih lagi guna resepi nasi ayam mak yg best ni. Sesekali tu suka gak masak ikut resepi dari gang blog masakan...suka ada kelainan setiap resepi tu. Jomlah kita semak resepi yg mudah ni.
Bahan-bahan untuk nasi :

- 4 cawan beras (saya guna beras siam)
- 5 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campurkan dngn 5 cwn air)
- 3 ulas bawang putih - di hiris
- 1 inci halia - di hiris
- 3 btng serai- di ketuk
- Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar minyak
- Garam secukupnya
- Basuh beras dan rendam dlm 10 minit, pastu toskan. Ketepikan.
- Masukkan 4 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
- Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dan rempah tumis hingga naik bau.
- Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
- Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
- Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
- Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
- 1 ekor ayam- di potong 12....selebihnya di cincang utk buat supnya
- 3 sudu besar kicap
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar madu
- 2 sudu besar sos tomato
- Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam)
- Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
- Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
- 4 ulas bawang putih
- 4 tangkai cili merah
- 5 biji cili padi merah
- 2 sudu besar cuka
- 2 sudu besar gula dan sedikit garam
- 2 sudu besar sos cili
- 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
- Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
- 8 biji cili hijau/padi
- 2 ulas bawang putih
- 1/4 cwn kicap(secukupnya)
- gula dan garam secukupnya
- sedikit sup ayam
- Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
- Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
- 2 biji kentang= di potong dadu besar
- 1 btng carrot- di potong kecil
- Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
- 2 ulas bawang putih(hiris)
- 2 ulas bawang merah(hiris)
- 1" halia(hiris)
- Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 1 cengkih
- 1 kiub pati ayam
- Air secukupnya dlm 4 cwn
- Garam secukup rasa
- Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
- Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
- Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
- Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
- Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Sunday, August 7, 2011
Puding Susu Buah- Buahan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Rasanya hari minggu ni ramai kawan2 pergi membeli belah bagi persiapan raya, dan tentunya ramai dan sesak di setiap pasaraya. Harapnya bersabar walau apa jua keadaan sekalipun Maklumlah hari2 biasa mmng hari bekerja dan sekolah, jadi mmng sukar nak pergi membeli belah. Jadi hujung minggu nilah luangkan masa sedikit walau keadaan sesak tu ramai yg tak mengemarinya.
Ramai pula yg tidak melepaskan peluang utk berbuka puasa di luar sempena hari cuti ni. Bagi saya tetap sama je, berbuka puasa di rumah...layan jelah menu kegemaran anak2 dan suami...dan yg penting menu kegemaran saya juga...hehehehe.. Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi puding susu buah2an yg saya buat utk berbuka semalam. Kalau bab puding ni mmng kegemaran saya. Terasa nyaman je lalu kat tekak ni bila berbuka puasa..mmng sedap betul. Resepi kali ni saya ambil dari Kak Jun@myresepi dan saya kopipes dari Juwita. Terima kasih pada penyumbang resep, izinkan saya kongsikan kat sini pula ya..jom semak bahan2 yg di perlukan. Kalau kawan2 suka resepi puding berkuah koktel tu boleh lihat resepinya di SINI.
Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
Bahan Sos Kastad

- 1 paket serbuk agar2 (11gm)
- 2 biji telur
- 4 cawan air
- 1/2 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 2-3 sudu besar tepung kastad
- 1 tin fruit cocktail
- Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
- Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
- Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. Bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail.(Yatie tak masukkan fruit cocktail, cuma ambil airnya saja dan masukkan dlm adunan agar2 tadi, kacau sebati)
- Setelah siap,masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan bersama sos kastad.
Bahan Sos Kastad
- 1 cawan susu cair
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 3 s/b tepung kastad- Yatie letak 2 susu besar rata je
- Masukkan semua bahan dalam periuk.
- Masakkan dengna api sederhana sehingga mendidih dan nampak agak pekat dari sebelumnya. Kacau sentiasa guna api sederhana.
- Setelah siap tutup api dan sejukkan.
- Hidangkan dengan puding susu dan juga fruit koktel tadi. Sedap di makan sejuk.