Sunday, August 14, 2011

Rendang Ikan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Harap kawan2 semua sihat2 saja. Maaf tak ada n3 terbaru, tuan blog balik kampung....seronok dpt bersahur dan berbuka puasa bersama ayahanda dan bonda tercinta. Hari ni nak kongsikan resepi Rendang Ikan yg saya masak semalam. Biasanya kita masak ayam atau daging je rendang, kali ni kita ubah selera pula pada rendang ikan. Kalau nak masak rendang ikan mestilah guna ikan yg jenis berdaging. Kali ni saya guna ikan mayong. Ikan mayong ni biasanya asyik masak asam pedas je, kali ni kita buat rendang pula...sedaplah pulak. Resepi kali ni saya kopipes dari Diana yg cun melecun tu, suka tngk muka Diana, manis je...Terima kasih Diana kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Kalau kawan2 maukan kelainan, bolehlah mencuba resepi rendang ikan ni...mmng sedap......jom tngk bhn2 yg di perlukan.


Bahan-Bahan
  • 800 gm ikan- Yatie guna isi ikan mayong
  • 2 helai daun kunyit _ di mayang
  • 4 helai daun limau purut _ di mayang
  • 4 keping asam keping / gelugur- Yatie letak 2 je
  • 1 paket serbuk santan + 300 ml air _ Yatie guna 200ml santan kotak+ 100ml air
  • 4 sudu besar kerisik- Yatie guna 2 sudu besar je
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menggoreng
Bhn² Kisar
  • 3 batang serai
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh tambah yer )
Cara menyediakannya
  1. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit.. Perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.. Goreng ikan dalam minyak yang dalam sehingga masak kekuningan tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian.. dalam periuk yang lain.. masukkan santan, bhn² kisar, kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul.
  5. Masukkan ikan goreng dan masak sehingga kuahnya pekat.
  6. Tutupkan api dan hidang. Taburkan sedikit hirisan daun kunyit.
*Yatie masak berkuah sbb satu family suka masakan yg berkuah, terpulang pada selera masing2 ya.

6 comments:

  1. assalam kak yatie, lama x masok sini, 1st time dgr rendang ikan kak... hehehe... haros cuba nanti... ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak yatie cayang...
    terima kasih kerana sudi mencuba resipi nie yer akak... gembira dgr akak suka... diana pun rindu nak makan rendang ikan.. nak masak pun masih cuti lg.. huhuu.. x per jamu mata kat dapur akak dulu yer.. ;)

    ReplyDelete
  3. kak yatieeeeeeeeee..
    i misss uuuu.. wah balik kampung mak si hamka ni rupanya..seronok la tu kan..

    rupanya banyak menda lagi saya tak tau, ikan pun boleh dibuat rendang ye.nampak sedapje tuu.. ishh ishh ishhh..

    ReplyDelete
  4. Assalam yatie, sedapnya rendang ikan tu, ala2 kembung masak kuali gitu, bestnya blk kg

    ReplyDelete
  5. pernah sekali wt rendang ikan.. guna ikan tongkol sbb isinya pejal tak mudah hancur... sedap gak kan ikan dibuat rendang.. tp resepi diana ni lom pernah cuba lagi.. mesti best jugak kalau dah namanya rendang..

    ReplyDelete
  6. ada rupanya ye rendang ikan...semalam teringin nak buat, tapi takut nampak pelik kang takde sapa makan lak...heheheheh....tq kerana bagi saya idea!

    ReplyDelete