Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam Serai

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi nasi ayam serai yg saya masak utk berbuka semalam. Nasi ayam ni atas permintaan anak bujang saya, bila dah mintak tu..kenalah buatkan. Kalau tak maunya teringat2 je, maklumlah insyaAllah jika diizinkan Allah anak saya Mohamad Talhah akak menyambung pelajarannya ke UK bln september ni. Dah terasa2 sayu je ni, rasanya thn depan tak dapatlah berpuasa dan beraya bersama. Jadi peluang yg masih ada ni, dapatlah di manfaatkan dngn sebaik2nya. Aduhhh terasa sebak pulak, tu belum berangkat lagi tu..kalau dah berangkat, tak taulah nak citerrrr...huhuhu..

Ok, resepi nasi ayam ni adalah resepi yg mak saya ajar buat pertama kalinya. Saya suka resepi nasi ayam mak ni sbb tak menggunakan stok ayam dan guna air rebusan ayam. Masa baru kahwin dulu suami suruh masak nasi ayam, adoyaiii mengelabah sekejap. Apalagi tepon mak tanya resepi..saya pun masaklah guna resepi mak ni. Tak sangka menjadi buat pertama kalinya dan suami sayalah yg paling suka dan tak putus2 memuji masakan saya. Saya pun banggalah sekejap sbb nasi ayam saya menjadi. Alhamdulillah..terima kasih mak. Hingga sekarang saya masih lagi guna resepi nasi ayam mak yg best ni. Sesekali tu suka gak masak ikut resepi dari gang blog masakan...suka ada kelainan setiap resepi tu. Jomlah kita semak resepi yg mudah ni.



Bahan-bahan untuk nasi :
  • 4 cawan beras (saya guna beras siam)
  • 5 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campurkan dngn 5 cwn air)
Bahan tumis
  • 3 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 3 btng serai- di ketuk
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar minyak
  • Garam secukupnya
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan rendam dlm 10 minit, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 4 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dan rempah tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Madu
  • 1 ekor ayam- di potong 12....selebihnya di cincang utk buat supnya
  • 3 sudu besar kicap
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
Bahan-bahan untuk Sos pedas merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
Bahan-bahan sambal kicap
  • 8 biji cili hijau/padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
Bahan-bahan untuk Sup Ayam ringkas
  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 1 cengkih
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

13 comments:

  1. wahhhhh.....rasa macam nak buat juga jerk nasi ayam..
    sedapnya tengok...

    ReplyDelete
  2. sedapnye nasi ayam tp x pandai buat..huhu bila nk bljr ni ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Kak Yatie...Tahniah pd Talhah yg akan sambung belajar ke U.K...Nampak menyelerakan nasi ayam serai ni...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yatie...

    Memang membangkitkan selera waktu berbuka ni. Ira pun rancang nak masak nasi ayam juga kat anak2 minggu ni...

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie!! semalam ramai yg buat nasi2 gini termasuk kita tp kita tak dpt ambik gmbr sbb tak sempat :D itu pun buka dgn air dulu hihihi.... Hari ni pun tak tahu nak masak apa sbb kekosongan idea lagi niii :D nmpk nasi akak ni terasa nak buat lagi ada serai2 ni sedap kan kak :-)

    ReplyDelete
  6. TGK GAMBAR KAT SINI..SAYA RASA NAK TRY JUGAK LA KAK..TQ KONGSI SEMUA SET MASAKAN SIAP SEKALI DGN SOS2 NYER..HEHE.SALAM RAMADHAN=)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikumwbh...kak yatie...mmm terasa2 sup and ayam goreng kat tekak ayu ni ha....:) mmm mmg nasi dgn sup2 ni pun mudah n fav ramai org kan kak...nanti ayu nak cuba ni pulak....ayu simpan dulu resepi mak akak ni ye....:)..

    Psssssst:air tgn ibu ada power kan kak?:)

    ReplyDelete
  8. dah lama x bt nasi ayam..nnt boleh la try

    ReplyDelete
  9. wahhh nasi ayam seraiii ler pulakkk!!..mmg nyum2
    klu nk kasik anak2 mkn lajuuu jer,,nasi ayam ler jawapannya:))

    ReplyDelete
  10. Assalam Yatie...masyaallah memang sedap..terasa wangi nya nasi serai tu. Pernah buat ..memang sedap sgt...nnti akak nk buat masa weekend nnti bila anak2 ada kat umah....
    Berselera....sgt...menu istimewa...

    ReplyDelete
  11. sedapnyer nasi ayam..peberet saya dan anak2..tp bulan pose ni tak dapat lah nk buat..sbb diorang tu takkan nk makan nasi ayam gak time sahur... nk masak dua tiga kali...fuh.. malas...

    ReplyDelete
  12. Sama menu kita kali ni...nasi ayam. ada serai dlm nasi..wangi nasinya.mmg kegemaran anak2 kan nasi ayam ni.
    tahniah buat anak Yati dpt sambung belajar di UK.

    ReplyDelete
  13. Beras siam yg mmg beli di kelantan or beras siam yg di jual di mana2 kedai di kl? Ada org kata beras siam ori tak sama dgn yg di jual di kl, betul ke?

    ReplyDelete